Rancangan Apa Khabar Adik Kakok?
Isu-isu hot santai sahaja.
Tajuk: Wanita, PKP dan Norma Baharu
Panelis: Puan Ilvira Mohd Dasuki
- Pengarah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa) Negeri Kelantan
Soalan 1: Pandangan mengenai rutin hidup kita norma baharu
Firman Allah dalam Surah Al Ra’du Ayat 11
Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri.
Ayat ini sebenarnya satu ayat kepada kita yang sedang menjalani perubahan daripada kebebasan hidup sebelum ini seperti boleh ke mana-mana sahaja kepada terpaksa melalui fasa perintah kawalan pergerakan (PKP) secara drastik ekoran daripada Pandemik Covid-19.
Apakah contoh cabang perubahan kalau kita reflects balik dalam hidup kita. Antaranya:
- Fasa sebelum dan selepas berkahwin. Sebelum kahwin, kita hendak bangun pagi pun tidak. Sejurus selepas kahwin, kita berubah dengan sentiasa bangun awal terutama untuk bermunajat kepada Allah SWT, ada anak dan suami kita perlu urus.
- Perubahan secara drastik adalah seperti tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula pada tahun 2020. Pada awalnya kita masih boleh merentas daerah dan negeri, tapi bulan 3 sudah tidak boleh akibat dari wabak Pandemik Covid-19 yang berbahaya. Majlis kahwin, kenduri kahwin semua tidak boleh. Akibatnya, kena stay at home disamping ahli keluarga.
Tidak dinafikan apabila perubahan secara drastik telah mengakibatkan tekanan dalam kehidupan individu. Kesan yang besar adalah semua sektor terjejas di seluruh dunia (Global).
Dalam sebuah kajian, “The Great Lockdown’’. Dibuat kajian di situ bahawa hampir 30 juta manusia hilang pekerjaan di seluruh dunia pada tahun lepas sahaja. Statistik ini mungkin meningkat secara mendadak.
Kalau dahulu hand sanitizer Cuma biasa kita jumpa hanya di hospital dan juga klinik. Namun sekarang semua wajib ada, dalam beg tangan. Mask dahuli hanya dipakai masa masuk makmal ke lebih kurang. Sekarang wajib pakai. Selain itu, bersalam dibolehkan terutama apabila berjumpa sahabat handai, keluarga dan sebagainya. Namun berubah, kita tidak boleh bersentuhan sebab bahaya di musim Covid-19 ini. So, alah bisa tegal biasa. Nak ke mana-mana, kita jadi fikir dahulu sebelum ke mana-mana.
Soalan 2: Sebagai Pengarah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, apakah cabaran atau isu terbesar sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP)?
Agak banyak isu-isu sepanjang tempoh perintah kawalah pergerakan (PKP). Sebenarnya ada 3 perkara yang kita perlu tengok dalam mengambil berat tentang perkara tersebut.
Isu yang perlu di highlight:
- Anak-anak dengan gajet.
- Pengurusan jadual isi rumah kita. Rumah kita kena ada jadual.
- Wanita bagaimana menambah pendapatan.
Isu 1: Anak-anak dengan gajet
Hampir 100 peratus pelajar kita akan menggunakan internet dan gajet sepanjang Pendidikan dan pembelajaran di rumah (PDPR). Semua pelajar akan guna termasuk guru-guru. Ibu bapa pun akan terlibat secara automatik.
Statistik pelajar di Malaysia kita ada lebih kurang 4.8 juta untuk tahun ini. Sebagai contoh:
- Pra sekolah 208 000.
- Sekolah Rendah 2.7 juta.
- Sekolah Menengah kita ada 2 juta.
- Di Kelantan lebih kurang 300 000 (590 lebih buah sekolah termasuk sekolah Yayasan Islam Kelantan atau YIK 93 sekolah. Kemudian kita ada pelajar-pelajar di sekolah menengah 150 ribu dan 370 ribu pelajar sekolah rendah.
Jumlah 300 000 ini semuanya akan menggunakan gajet. Untuk sekolah menengah, ibu bapa mungkin agak sukar untuk mengawal anak-anak. Anak-anak masuk bilik kemudian lock atau kunci pintu. Betul atau tidak? Jadi kita tidak tahu dia buat apa sebenarnya sama ada belajar atau buat benda lain seperti pergi ke channels yang terlarang. Tetapi, sebagai ibu bapa, kita kena tegas, jangan keras. Jarang-jarang sekali kita wajib buat sportcheck telefon anak-anak remaja kita supaya kita tahu ke mana pergerakan atau history di dalam search engine mereka.
Untuk kanak-kanak yang sekolah rendah pula, ibu bapa belum terlambat lagi. Semasa beli telefon untuk anak-anak, install google save search (GSS) ataupun minta mereka kidder untuk menggantikan search engine google. Satu lagi goole for kids. Ini adalah khusus untuk anak-anak di bawah umur atau sekolah rendah.
Perkara ini sangat-sangat penting kerana kadang-kadang ibu bapa bekerja, jadi tidak punya cukup masa untuk memantau anak-anak. Jadi, berikan gajet kepada mereka dengan syarat gajet yang kita telah ubah suai kerana kawalan itu lebih selamat daripada anak-anak kita dari kecil sudah terdedah dengan link yang tidak sepatutnya.
Hukama ada menyebutkan bahawa, ‘Prevention is better dan cure’.
Mencegah itu lebih baik daripada merawat.
Isu 2: Bagaimana ibu bapa nak mengadakan jadual bagi isi rumah.
Kalau dahulu kita mana ada jadual detail macam itu di rumah sebab kita tahu anak-anak kita bersekolah di sekolah fizikal. Waktu ada di rumah hanya pada hujung minggu dan juga pada waktu makan malam. Lepas itu buat kerja sekolah, kemudiannya masuk bilik tidur. Komunikasi antara ibu dan bapa pun terbatas.
Tetapi apabila berlaku Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hampir keseluruhan hidup kita berada di rumah untuk belajar dan bekerja daripada rumah. Jadi, ibu bapa kena berbincang untuk mengadakan atau mewujudkan jadual di rumah supaya kita boleh merasai perubahan itu.
Pertama, wajibkan atau letakkan beberapa perkara sebagai contoh solat bersama. Kalau sebelum ini kita solat bersama hanya pada waktu Maghrib. Sekarang ini banyakkan dan tugaskan anak lelaki sebagai imam. Kalau tidak ada anak lelaki, tugaskan anak perempuan kita menjadi imam. Ini adalah salah satu cara untuk menjadikan mereka pemimpin.
Kedua, memasak atau waktu makan. Makan ini kena dilakukan bersama-sama, jangan makan berasingan. Kebanyakan dari kita makan berasingan kerana katanya masih kenyang sewaktu tibanya waktu makan bersama. Jadinya, akan memberikan tugas yang banyak kepada si ibu untuk memasak lebih dari dua kali. Basuh pinggan dan masuk dapur banyak kali menyebabkan mempengaruhi saiz badan menjadi bertambah.
Ketiga, anak-anak lelaki dan perempuan perlu ada jadual bekerja. Kerja apa? Simpan dan mengemas rumah. Ketika inilah ibu bapa akan tahu apakah kelebihan anak-anak yang ada. Mungkin, walaupun anak lelaki, tetapi ramai sahaja yang pandai memasak dengan baik. Kita explore sama-sama di mana kelebihan anak-anak kita di rumah.
Selain itu jadual untuk diri kita sendiri misalnya kalau sebelum ini hubungan kita jauh dengan Allah. Kalau sebelum ini kita tidak membaca al-Matsurat, ini lah peluang untuk kita membacanya sebagai rutin harian. Atau pun satu lagi kita sudah baca Al-Matsurat, tetapi tidak pernah cuba untuk menghafalnya, inilah peluang untuk menambahbaik diri kita dengan menghafalnya. Insya Allah. Selain itu, zikir Fatimah (Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali).
Jikalau hubungan kita dengan ahli keluarga sedikit renggang, tempoh kawalan pergerakan (PKP) inilah masanya untuk kita membaikinya. Teruskan berhubung dengan ‘Skype, Zoom, Google Meet, Video Call dan sebagainya terutama dengan ahli keluarga yang berada jauh. Sebab kita terpisah dan terhalang dari bertemu.
Selain itu, sentiasa tambah ilmu. Manfaatkan sebanyak mungkin masa dengan mendengar kuliah agama secara online yang dianjurkan oleh banyak pihak seperti;
- Sekiranya berminat dengan selebriti-selebriti, dengar kuliah Ustazah Hafizah Musa, Ustazah Isfadiah, dan Ustazah Asma’ Harun misalnya. Mereka ini adalah antara figure-figure yang kita boleh belajar dan dengar.
- Peringkat Negeri Kelantan (JAHEAIK) dan Majlis Agama Islam (MAIK) itu sendiri. Kita search sahaja akan keluar link pautan mereka.
- Halaqah ada Gracious Sister’s Dakwah (GSD)
- Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa) kita ada, ‘Di Bawah Naungan Satu Ayat’
- Di bawah majlis wanita kita ada kuliah dhuha.
Sekarang ini senang sahaja nak tambah ilmu. Cuma tinggal nak atau tak nak sahaja. Bak kata pepatah, ‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’.
Isu 3: Wanita bagaimana menambah pendapatan
Khususnya para Wanita yang berminat untuk tambah pendapatan. Di Kelantan kita, semua sedia maklum wanita Kelantan ini antara yang paling kreatif dan juga paling aktif dalam bidang perniagaan.
Musim ini mereka tidak boleh berniaga secara fizikal, mereka ini mengambil peluang berniaga secara online. Tidak boleh keluar berniaga, mereka keluarkan style dropship, Cash of delivery (C.O.D), dan berniaga secara online. Kiranya wanita Kelantan ini mereka tidak akan berdiam diri.
Bagi para wanita di luar sana yang masih baru menceburkan diri, di bawah kerajaan Negeri Kelantan ada banyak kursus dan kelas yang disediakan. Misalnya, berminat dalam bidang perniagaan atau mahu mencuba serta mendapatkan kemahiran seperti jahitan, kraf tangan dan kulinari bolehlah terlibat dengan Pusat Pembangunan Wanita Kelantan.
Kita ada 45 Pusat Pembangunan Wanita Kelantan di seluruh Negeri Kelantan. Hasil keluaran graduan dari Pusat Pembangunan Wanita Kelantan ini ramai yang mempunyai pendapatan melebihi daripada Rm 20 ribu. Sudah ada testimoni. Alumnii kita sudah ada lebih 4000 orang.
Andai kata tidak berminat bidang tersebut, tetapi berminat dengan penanaman. Jadi, boleh melibatkan diri dengan Projek Dapur Hijau. Lebih 1000 lebih penyertaan telah dibuat. Mereka hanya perlu menanam di sekitar rumah sahaja. Pihak penghulu beserta jawatan kuasa sedang membuat penilaian dari semasa ke semasa peserta-peserta Program Dapur Hijau di seluruh Negeri Kelantan. Lumayannya, mereka boleh dapat pendapatan sampingan yang banyak apabila menjual hasil tanaman tersebut dan pada masa yang sama mereka boleh bersedekah.
Misal kata, tidak minat juga dalam bidang jahitan, kraf tangan, kulinari dan penanaman, tetapi sukakan perkara kebajikan, kita boleh mencuba dengan sedekah atau infak. Sebagai contoh letak barangan seperti sos cili, gula atau apa-apa sahaja percuma untuk diberi kepada asnaf yang memerlukan.
Sebaik-baik manusia adalah mereka yang boleh memberikan manfaat kepada manusia yang lain.
Soalan 3: Cara pengurusan konflik yang berlaku semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) ‘Stay at home’.
Memang betul bila kita tidak boleh keluar dalam tempoh masa yang panjang, akan ada yang terkesan seperti kes baru-baru ini kes adik Amir yang disyaki didera serta menyebabkan kematian. Kita tidak mahulah buat statement mana-mana memandangkan kes tersebut masih lagi di bawah siasatan pihak berkuasa. Kalau boleh, kita tidak mahu sampai tahap itu berlaku sehingga meninggalkan dunia dan sebagainya.
Sebagai ibu bapa, kita ada 2 kerja.
- Memantau anak-anak kita yang begitu memerlukan ketahanan sabar yang tinggi.
- Kena ada cara bagaimana untuk mengurus emosi kita sendiri.
Sebenarnya cara berkomunikasi atau bersosial merupakan satu proses untuk pendidikan anak-anak kita sebenarnya. Perlunya ibu bapa ada kemahiran keibubapaan yang baik atau kita panggil perlu ada, ‘Parenting skill’.
Apabila kita marah, jantung kita akan berdegup dengan kencang. Muka kita jadi merah padam kerana menahan marah. Darah naik sampai kepala. Dari segi psikologi kita kena lepaskan kemarahan itu. Tetapi bagaimana?
Marah ini adalah datang daripada syaitan. Syaitan ini daripada api.
- Kalau kita marah, kita kena ambil wuduk sebab sifat air itu untuk menyejukkan api. Jadi, mengelakkan kita daripada marah, pergilah berwuduk.
- Kalau tidak berkesan, maka berbaringlah.
Sabar itu payah namun moga syurga buatmu.
Menurut kadar statistik, kadar konflik yang berlaku dalam rumah sewaktu Perintah kawalan pergerakan (PKP) naik kepada 100 kes sebulan berbanding 20 hingga 30 kes sahaja berbanding tempoh sebulan sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP). Jadi, ini adalah scenario atau keadaan yang kurang sihat kepada perkembangan ahli keluarga itu sendiri.
Misalnya, kita sudah tahu punca konflik itu, maka kita wajib selesaikan. Jangan simpan di dalam hati. Duduk sama-sama berbincang untuk solusi. Kalau tetap tidak boleh diselesaikan, carilah orang yang boleh membantu seperti tok imam dan sebagainya.
Kalau masih tidak boleh diselesaikan juga, kerajaan juga kita boleh hubungi misalnya
- Kerajaan Negeri Kelantan, Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa). Kita ada talian hotline 0199882999
- Kementerian Pembangunan Wanita itu sendiri bila kita Nampak atau tahu ada krisis dalam rumah, bolehlah hubungi nombor mereka 15999 (Talian e-kasih).
Sentiasalah berdoa dalam surah al- A’raf ayat 126
Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kesabaran. Matikanlah kami sebagai orang Islam.
Soalan 4 Bagaimana untuk mempersiapkan diri terutama dalam hidup berkeluarga.
Sebelum kahwin, kita ada kursus pra perkahwinan. Tetapi selepas berkahwin, jarang sekali kita menghadiri kursus parenting. Ibu mengandung misalnya bagaimana hendak menguruskan diri sebelum, semasa dan selepas melahirkan. Semua ini perlukan kita untuk belajar bukan setakat tengok serta buat pemerhatian.
Kesimpulannya,
Terdapat 3 mesej yang hendak disampaikan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) di Kelantan atau di mana jua anda berada,
- Cuci Tangan
- Penjarakan sekurang-kurangnya 1 meter
- Pakai pelitup mulut dan hidung
Perlu elak
- Tempat sesak
- 2. Elak bersentuhan
Artikel disediakan oleh penulis wk.com
Terima kasih kepada Puan Ilvira Mohd Dasuki di atas sharing yang diberikan.
Boleh ikuti video live Apa Khabar Adik Kakok di pautan link Apa Khabar Adik Kakok Tumpat