Cover Ke Spijak

Polis menahan empat remaja perempuan berhubung kes video tular perbuatan biadab memijak al-Quran di Kampung Gobek Gual Ipoh, Tanah Merah.

Bapa remaja perempuan yang didakwa memijak Al-Quran tampil memberi penjelasan menerusi penstriman video secara langsung di halaman Facebook ‘Live Kelate Kito’ pada Sabtu lalu.


Bapanya mendakwa anak gadisnya dikategorikan sebagai OKU lembam dan melakukan perbuatan tersebut atas paksaan rakan-rakan. Dia juga cenderung untuk hanya berkawan dengan kanak-kanak walaupun dia sudah menginjak usia 17 tahun.

Sumber gambar https://www.mstar.com.my/

Kes ini telah mendapat perhatian Ahli Dewan Negara menerusi temubual radio Bernama.

Tulisan ini berdasarkan hasil temubual radio Bernama bersama YB Senator Ustazah Asmak Husin (Ahli Dewan Negara).


Sebagai seorang ibu, YB Senator Ustazah Asmak Husin memberi pandangan isu ini bukanlah berdasarkan kepada si pembuat. Tetapi ke atas perbuatan tersebut. Pandangan ini boleh disimpulkan kepada dua perkara iaitu:

  1. Perbuatan
  • Hukum memijak al-Quran adalah Haram kerana ianya satu penghinaan terhadap Al-Quran
  • Walaubagaimanapun, perlulah dilihat dalam konteks lain adakah perbuatan mangsa dalam keadaan sedar atau tidak, niat untuk menghina ataupun dibuat-buat

2. Pendidikan

  • Pendidikan zaman sekarang berbentuk akademik dan hanya fokus kepada pendidikan formal.
  • Suasana persekitaran memainkan peranan penting dalam tumbesaran anak-anak.
  • Penekanan informal penting untuk membentuk anak-anak. “Al ummu madrasatul ula” Ibu adalah madrasah pertama bagi anak. Penting untuk ibu memberi pendidikan informal kepada anak.
  • Ibu bapa yang bagus akan membentuk suasana yang bagus untuk anak-anak. Seterusnya membentuk pemikiran, perlakuan dan perkataan yang akan digunakan oleh anak-anak
  • Ilmu agama yang akan diguna sebagai perisai serta nur dalam kehidupan
  • Ilmu agama tidak sama dengan ilmu pengetahuan. Apabila akal itu tidak dicerahkan dengan ilmu ‘yaqin’, ilmu keyakinan bahawa Allah adalah pencipta kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *