Copy Of Try (3)

Fenomena cuaca panas ini menjadi kebiasaan di Malaysia lantaran iklim Malaysia yang mengalami cuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Namun, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, cuaca panas di Malaysia telahpun mencapai paras berjaga-jaga.

Kenyataan amaran rasmi tersebut telah dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Meteorology Malaysia menerusi laman sesawangnya. Dalam kenyataannya, Malaysia akan mengalami cuaca yang lebih panas dan kering berbanding tahun-tahun sebelumnya. Suhu suatu kawasan atau negeri yang telahpun mencecah 35 hingga 37 darjah celcius selama 3 hari berturut-turut telah diberi amaran berjaga-jaga supaya masyarakat lebih peka dan kurangkan aktiviti di luar rumah agar dapat menghindari daripada strok haba.

            Kemarau yang melanda ini bukan sahaja memberi impak kepada manusia malah kepada sungai, tanaman, haiwan ternakan dan hutan. Kebanyakan sungai telah mengering sejak kemarau melanda, haiwan ternakan mengalami strok haba, tanaman musnah  dan kebanyakkan hutan terbakar yang tercetus daripada cuaca panas dan kering ini. Ketahui implikasi cuaca panas dan langkah yang perlu dipraktik bagi menghadapi cuaca panas.

IMPLIKASI CUACA PANAS 

  1. Tekanan mental dan emosi

            Ketika cuaca panas, kita diberi ujian dan cabaran dalam mengharungi kehidupan seharian  akibat daripada cuaca panas yang melanda terutamanya kepada wanita berhijab . Ini tercetus apabila mereka mengalami keadaan dimana ia berpeluh secara berlebihan yang  boleh menyebabkan mereka mudah terjebak kepada ruam panas. Apabila berada dalam keadaan yang panas yang ekstrem, kita mengalami kesukaran untuk menjalankan ibadah atau kerja seperti biasa yang hasilnya memberi impak kepada tekanan mental dan emosi sendiri. Keadaan mental yang mengalami tekanan boleh membawa kepada kemurungan malah emosi yang tidak stabil.

2.Strok haba

            Seperti yang sudah diwar-warkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM), cuaca yang panas boleh mendatangkan risiko strok haba kepada sesiapa sahaja. Kebanyakkan masyarakat terutamanya wanita mengalami sakit kepala dan pening sepanjang cuaca panas yang juga merupakan simptom kepada strok haba. Ini berpunca daripada pemilihan pakaian yang tidak sesuai untuk dikenakan semasa cuaca panas. Strok haba juga boleh mempengaruhi otot-otot manusia yang akhirnya akan mengalami kekejangan dek kerana kepanasan yang melampau.

3.Dehidrasi

            Dehidrasi bukan hanya disebabkan oleh kekurangan pengambilan air putih atau mineral malah disebabkan oleh cecair dalam badan yang berkurang dengan kadar yang lebih cepat akibat daripada cuaca panas. Semasa cuaca panas kita tidak lekang daripada berpeluh. Walau bagaimanapun, perpeluh secara berlebihan boleh memberi kesan kepada kesihatan diri kita. Implikasinya, badan akan mengalami kelesuan dan keletihan apabila dehidrasi yang berpunca daripada kekurangan air dalam badan.

LANGKAH YANG PERLU DIPRAKTIK KETIKA CUACA PANAS

  1. Pemilihan pakaian yang sesuai

            Ketika cuaca panas, disarankan untuk melakukan pemilihan pakaian yang bersesuaian dengan cuaca panas. Seeloknya, pakailah pakaian yang kurang tebal daripada sebelumnya. Jika sebelum ini kita mengenakan pakaian yang berlapis-lapis tebalnya, maka ketika cuaca panas kurangkan sekurang-kurangnya satu helai. Walau bagaimanapun, sebagai seorang wanita muslim, janganlah sesekali kita mendedahkan aurat hanya kerana kepanasan. Penceramah bebas pernah berkata:

“setitik air peluh wanita yang kepanasan kerana

 bertudung untuk menutup auratnya, ia dikira pahala”

~Ustaz Kazim Elias~

2.Kekal terhidrasi

            Ketika cuaca panas, badan mengalami kekurangan air. Oleh itu, kita perlu kekal terhidrasi dengan pengambilan air kosong lebih banyak daripada sebelumnya. Minum minuman berelektrolit dan berjus juga dapat membantu mengantikan cecair dan elektrolit dalam badan yang hilang sepanjang berhadapan cuaca panas.

            Segala dugaan dan cabaran ini merupakan ujian daripada Allah SWT kepada hambaNya supaya sentiasa ingat dan beribadah kepadaNya. Perbanyakkan zikir kepadaNya dan diseru kepada semua masjid di Malaysia untuk menunaikan Solat Sunat Istiqa’ supaya doa dan solat kita memohon hujan didengari oleh Allah SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *