Misi PKP: Misi Membawa Keluarga Ke Syurga

Ya Allah himpunkan seluruh ahli keluarga kami di syurgaMu. Cuba tag keluarga kita, kawan-kawan kita yang lain di laman Facebook atau mana-mana laman media sosial. Moga- moga Allah makbulkan doa kita ini. Insya-Allah.

Apa kena mengena tajuk Misi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan Misi membawa keluarga ke syurga?

Pertama sekali, kita mesti kena hadam, PKP atau bukan PKP, pastikan misi kita tetap sama iaitu, “Misi Membawa Keluarga ke Syurga.” Takkan kita tidak mahu masuk syurga dengan insan yang tersayang betul tak?

Firman Allah dalam Surah al-Tahrim ayat nombor 6 sebagai asas tajuk kita.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ


Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

Perkaitannya, bayangkan musim Pandemik Covid-19 ini kita semua dikehendaki mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan oleh pemerintah. Sebab, wabak Covid-19 adalah suatu penyakit yang senang berjangkit, merbahaya serta boleh membawa maut. Jadi, dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, kerajaan buat sedemikian untuk mencegah kita dari dijangkiti wabak Covid-19 ini. Kita semua mengamalkan duduk di rumah kerana kita masih belum menang.

Sumber Gambar : Pinterest

Bila direnung balik, ingatkah kita kisah ashabul kahfi yang mana mereka ini bersembunyi di dalam gua kerana di luar sana ada ancaman akidah yang lebih bahaya dari ancaman Covid-19. Hal ini kerana, Covid hari ini bila dijangkiti, masuk ICU kemudian meninggal. Insya Allah mati dalam keadaan beriman dan mudah-mudahan dapat anugerah syahid.  Tapi, pemuda ashabul kahfi ini mereka bersembunyi di dalam gua di luar sana kerana ada ancaman akidah.

Ancaman akidah ini, jika terkena virus syirik, confirm akan ke neraka. Lalu, anak-anak muda ini masuk dalam gua menyembunyikan diri demi menyelamatkan fizikal dan akidah mereka. Ini ashabul kahfi. Panjang kisah ashabul kahfi ini.

Satu doa yang diamal oleh pemuda-pemuda ashabul kahfi boleh diamalkan oleh kita semua sepanjang tempoh berselindung di rumah masing-masing serta kerana misi kita hendak membawa keluarga kita ke syurga. Insya-Allah.

Doa Ashabul Kahfi

Sumber Gambar : Pinterest

Surah al-Kahfi ayat nombor 10

Sumber Gambar : Google

Duhai pembaca Budiman sekalian, khususnya ibu bapa.

Kita tidak tahu bila ujian Pandemik Covid-19 ini akan berakhir. Begitu juga kita tidak tahu berapa lama tempoh masa kita akan berada dalam keadaan sebegini. Itu tidak bererti kita tidak boleh menang. Jika masing-masing tidak saling menjaga, bagaimana perkara ini dapat diatasi. Marilah kita menganggap suasana wabak yang sedang berlaku ini seakan kita berada dalam suasana peperangan. Musuh yang kita hadapi ini unseen iaitu tidak nampak dengan mata. Jadi di rumahlah kita jadikan sebagai kubu pertahanan. Analoginya, di rumah kita ada suami, isteri dan anak-anak. Peranan suami atau bapa ini adalah sebagai ketua tentera. Si ibu pula adalah sebagai penolong tentera. Manakala, anak-anak ini adalah tentera. Aim atau matlamat adalah demi melindungi negara serta rumah kita dari serangan musuh.

Sumber Gambar : Pinterest

Perkaitan dengan ujian Covid-19 ini untuk lebih faham kerana kita juga sekarang ini berada dalam situasi yang sama which means kita stay at home berhadapan dengan musuh. Anak-anak yang hendak diselamatkan berada di dalam rumah dan di luar sana untuk sebuah misi yang besar iaitu hendak bersama-sama ke syurga. Maka, bermulalah peranan ketua (Para bapa/suami) yang hebat kerana sentiasa bersiap siaga antaranya dengan mengamalkan doa al-Kahfi mudah-mudahan mendapat perlindungan dari Allah SWT agar terhindar dari ancaman wabak Covid-19. So, semua kena mainkan peranan demi menjayakan misi ini.

Para bapa sekarang mungkin berhadapan cabaran yang sangat hebat. Ada yang dibuang kerja. Ada yang gajinya kena potong. Ada yang buat business dan sales semakin berkurang. Ada yang hilang keupayaan mungkin disebabkan sejarah lama seperti pernah hadapi kemalangan dan sebagainya. Mereka ini sudah sedaya upaya buat yang terbaik.

Namun masih tetap ada segelintir dari kita yang goyah. Tidak memainkan peranan yang sepatutnya. Ada yang menghabiskan masa dengan Games tanpa mahu buat persiapan yang baik serta tidak menghiraukan ahli keluarga yang lain. Ada yang terlalu asyik dengan media sosial. Ada juga yang tidak kreatif dalam menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

Selain itu ada yang tidak dapat ikut rentak yang sepatutnya. Suami cara suami. Isteri cara isteri. Bahkan, guru juga. Tidak semua, tapi hanya segelintir dari kita. Kita sedia maklum segala-galanya telah berubah semenjak Pandemik Covid-19. Semua benda berasaskan atas talian termasuklah kelas anak-anak, mesyuarat, urusan kerja, pembelian dan banyak lagi.

Jika semua orang pentingkan diri sendiri, atau hanya sebelah kaki sahaja yang ambil tindakan, persoalannya, bagaimana kita hendak menang? Bagaimana kita hendak menyahut seruan misi PKP membawa keluarga ke syurga?

Kelas online dan work from home

Siapa yang terlibat di sini. Ibu? Bapa? Guru? Peranan institusi keluarga yang lain?

Ujian yang kita hadapi ini antaranya pertembungan dengan kerja kita sekali dengan kelas anak-anak secara atas talian. Yang manakah kita perlu utamakan? Adakah kaedah yang kita buat terbaik atau sebaliknya?

Hal ini kerana macam-macam ragam telah kita lihat.

  1. Ibu bapa tidak uruskan masa dengan baik bersama anak-anak sama ada salah seorang atau kedua-keduanya terlalu fokus kepada kerja atau ada yang memberi gajet bagi melepaskan diri dari anak-anak.
  2. Guru-guru atau ibu bapa tidak cuba menyesuaikan diri dengan keadaan semasa yang memerlukan kemahiran menggunakan media sosial.
  3. Kaedah pembalajaran dan pengajaran yang kreatif tidak ada atau tidak sesuai dengan usia pelajar. Misalnya, terlalu serius, padat dan sebagainya.

Jadi macam mana kita hendak lalui semua ini adalah dengan saling memahami. Jangan fikir diri sendiri. Jangan menyerahkan anak-anak bulat-bulat gajet di rumah yang menyebabkan kes anak-anak terabai meningkat. Belum cerita lagi solat berjemaah di rumah.

Allahu Akbar, ancaman yang turut ada sekarang ini apabila anak-anak juga terpaksa gunakan gajet. Telefon, laptop, tab kerana mereka terpaksa belajar online. Peranan kita adalah terima dengan mengawal dalam pada masa yang sama. Cuma kawal dari segi penggunaan gajet selepas waktu kelas. Nak tak nak memang ini sahaja caranya.

Tapi, apabila ibu bapa sebagai ketua dan pembantu ketua tentera tadi tidak menunjukkan akhlak yang baik apabila terlalu sibuk dengan gajet, bagaimana pula dengan anak-anak.

Kalau ikutkan stress, memang begitu. Hal ini kerana, work from home, kena kejar deadline, bertembung dengan kelas anak lagi. Cikgu pula tidak guna Teknik yang bersesuaian dengan umur pelajar.

Para bapa, tolong hargai jasa isteri yang setia menemani anak-anak belajar. Ibu-ibu hargai guru-guru yang telah bekerja keras untuk mengajar anak-anak kita. Para guru juga, harus cepat belajar dan adapt dengan keperluan menggunakan teknik pembelajaran secara online. Cikgu pun dalam proses untuk menyesuaikan diri dalam mendidik anak-anak. Amat penting semua seisi keluarga bantu ahli keluarga yang lain dalam mengikuti suasana kelas online yang baik. Para guru perlu sentiasa kreatif dalam mengajar demi memastikan fokus pelajar tidak lari. Perlu sentiasa improve diri. Ibu dan bapa harus bantu dan mengawasi anak-anak belajar dengan baik. Sebab ada segelintir ibu bapa asyik menyalahkan guru-guru sahaja dan asyik menyalahkan suasana,

Sedar atau tidak, kita sedang dalam perang sekarang ini? Kita tetap kena hadapi semua ini mahu atau tidak mahu. 

Ibu bapa luangkanlah masa bersama dengan anak-anak. Elakkan diri dari stress. Create permainan untuk disertai bersama anak-anak di rumah.

Contoh permainan

  1. Main baca Tarannum
  2. Main puzzle
  3. Main Beyblade

Main dengan anak-anak supaya kita dan juga anak-anak hilang stress. Untuk rujukan, boleh ke FB Puan Mazidah.

Kesimpulannya, wujudkan aktiviti yang melibatkan ahli keluarga. Sebagai sedikit cadangan. Ada ibu bapa beri gajet kepada anak-anak hanya untuk melepaskan diri dari melayani anak. Mungkin boleh bagi tugasan kepada mereka. Ada masa boleh main ada masa stop main telefon.

Mungkin dalam kalangan kita ada yang berniaga. Kita ajak dia buat promosi guna telefon. Supaya penggunaan gajet itu ke arah perkara yang bermanfaat. Penting sekali,

  1. Perlu kawal
  2. Perlu tunjuk contoh tauladan yang baik
  3. Perlu kreatif hindari masa bersama gajet

Virus tinggal solat juga wabak yang lagi bahaya ancamannya. Sebab itu, amalkanlah doa Ashabul Kahfi supaya Allah SWT pelihara kita semua. Virus tinggal solat lebih bahaya daripada virus Covid-19. Bagaimana kita hendak lindungi keluarga kita dari ancaman wabak Covid-19 kalau virus tidak solat menyelubungi diri kita atau ahli keluarga kita yang lain. Kalau ketua keluarga tidak solat, macam mana kita hendak mengajak untuk solat berjemaah. Jom sama-sama kita ubah dan kita mesti menang. Insya Allah.

Artikel telah disunting oleh penulis wk.com

Boleh rujuk FB Page Gracious Sister’s Dakwah untuk dapatkan pautan video asal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *