Nak vaksin atau tidak?
Apa itu vaksin? Vaksin ini adalah bahan mikrob, kuman ataupun virus yang telah dilemahkan. Maknanya, apabila vaksin ini masuk dalam badan kita, sistem imunisasi kita akan kenal dan ingat bentuk virus covid-19. Tetapi yang masuk dalam badan kita iaitu virus yang lemah tidak akan mengizinkan penyakit yang sebenar menimpa kita. Bermakna, bila mana ditakdirkan kita terkena penyakit covid-19 yang sebenar pada masa hadapan, badan kita hebat dan sudah ada memori bentuk virus covid-19. Jadi, ia akan bertindak balas agar diri kita tidak kena kesan yang teruk atau menyebabkan kematian dengan izin Allah SWT. Jadi begitulah vaksin berfungsi.
Kesan selepas vaksin? Kenapa sakit?
Kenapa kita sakit badan, demam dan sebagainya? Ada yang diserang sakit kepala yang agak lama. Hal ini biasa dan normal. Sebab badan kita bila ambil vaksin iaitu virus yang telah dilemahkan yang mana adalah suatu benda yang asing bagi badan kita.
Kita tidak biasa jumpanya. Tiba-tiba ia masuk ke dalam badan kita. Jadi badan kita responlah. Jadi, kesannya Insya Allah hanyalah sementara dan tidak lama. Bila badan kita respon, ini adalah bagus bermakna sistem badan kita berfungsi dengan baik. Jadi, jangan risau kesan-kesan selepas ambil vaksin.
Bila ambil vaksin, dijamin 100% ke kita terhindar dari jangkitan covid-19?
Tidak jamin 100%. Apa yang penting bila kita sudah ambil suntikan vaksin menyebabkan badan kita sudah ada memori bagaimana bentuk virus covid-19 itu tadi. Jadi menyebabkan badan kita tahu bagaimana untuk bertindak apabila berhadapan dengan virus covid-19 yang real.
Sebagai contoh mudah, kita tahu di kampung kita ada seorang penjahat bernama Pok Mat. Bila dia datang ke kampung kita, kita sudah tahu apa yang perlu dilakukan seperti mengunci pintu. Tutup pintu itu umpama bagaimana badan kita bertindak dengan virus covid-19 itu tadi.
Bila Pok Mat datang serang lagi kali kedua, kita sudah terlalu kenal dengan Pok Mat ini musuh kita. Lalu kita pun tutup pintu sentiasa ataupun kita serang Pok Mat ini. Ini sebagai contoh bagaimana badan kita berfungsi setelah mengambil suntikan vaksin.
Jadi, ia tidak akan memberi 100% jaminan, tetapi yang penting bila kena covid-19, Insya Allah badan kita lebih bersedia dan kita akan terhindar dari kematian. Tapi, kita kena ingat, walaupun kita sudah ambil vaksin, kita masih kena jaga SOP.
SOP lepas vaksin?
Patuhi SOP. Pakai penutup hidung dan mulut dengan betul. Kena jaga jarak, Jangan ke tempat yang sesak sehinggalah 70% rakyat divaksin. Bila ramai di vaksin, Insya Allah kita panggil ia sebagai imuniti kelompok ataupun dalam bahasa inggeris kita panggil health immunity. Insya Allah kita semua akan dilundungi daripada jangkitan virus covid-19.
Nak tunggu 70% itulah rakyat kita ambil vaksin, jom pakat daftar vaksin. Jangan takut dan jangan risau tentang status halal atau tidak. Majlis fatwa kebangsaan sudah keluarkan kenyataan hukum mengambil vaksin adalah harus sebab ia demi mencegah penyakit berjangkit berbahaya iaitu kemudaratan yang lebih teruk.
Sebahagian dari sejarah dalam hidup kita, kita sendiripun termasuk cucu-cucu kita sudahpun mengambil pelbagai vaksin oleh kerajaan kita. Antaranya Polio, campak dan Alhamdulillah, sehingga sekarang kita masih dilindungi oleh Allah SWT.
Jenis vaksin yang kita akan ambil yang penting kita telah usaha. Kita sebagai orang islam kena berusaha dan tawakal serta berdoa moga selamat.
Kesian kepada barisan hadapan atau frontliner kita yang bekerja siang dan malam tanpa berhenti. Anak-anak cucu kita yang tidak boleh bersekolah sehingga kini. Sampai bila kita hendak berada dalam keadaan maca mini. Tepuk dada tanya iman di dada sama ada kita nak vaksin atau tidak.
Elak sebar benda yang tidak pasti.
Jangan takut kepada vaksin. Marilah daftar vaksin. Anak-anak tolong daftarkan ibu dan ayah serta bantulah mereka yang tidak pandai mendaftar vaksin.
Ibu dan ayah jangan risau dan jangan takut. Insya Allah kita jaga kita. Semoga selamat semua. Terima kasih.
Artikel disediakan oleh penulis wk.com
Sumber rujukan : Dr. Wan Syaidatul Aqma Mohd Noor (Pensyarah Mikrobiologi UKM)