Beberapa diskusi yang telah dianjurkan untuk membincangkan isu semasa berkisar dengan wabak covid-19 yang telah meragut banyak nyawa warga penduduk dunia tidak kira tua, muda, kaya atau miskin.
Apabila kita dilanda wabak, ingatlah 5 perkara, sebelum 5 perkara. Sihat sebelum sakit. Selain itu,taatilah pemerintah kita yang memberi arahan dari semasa ke semasa meskipun pahit untuk ditelan selagi mana tidak bertentangan dengan Islam.
Antara dalil dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sa’d Ibn Abi Waqqash R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
إِذَا سَمِعْتُمْ بِالطَّاعُونِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَدْخُلُوهَا، وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا مِنْهَا
Maksudnya : Apabila kamu mendengar bahawa taun menimpa sesuatu tempat maka janganlah kamu masuk ke dalam kawasan tersebut. Dan apabila kamu berada di dalam kawasan yang terdapat padanya taun, janganlah kamu keluar daripadanya.
Riwayat Al-Bukhari (5728)
Hadis di atas ini jelas menunjukkan langkah pencegahan yang disyorkan oleh Rasulullah S.A.W sebelum dan juga selepas seseorang itu terlibat dengan penyakit berjangkit. Dari sudut sekiranya seseorang itu mengetahui akan penularan sesuatu wabak di tempat tertentu, janganlah dia pergi ke tempat tersebut bagi mengelakkan dirinya dari dijangkiti penyakit tersebut. Manakala jika seseorang itu telah berada dalam kawasan yang merebak padanya wabak, tindakan pencegahan yang diambil bagi mengelakkan penularan penyakit tersebut adalah dengan cara tidak keluar dari kawasan tersebut. Ini dilakukan bagi mengelakkan kemudharatan yang lebih besar seperti yang disebutkan dalam sebuah kaedah fekah yang masyhur :
إذَا تَعَارَضَ مَفْسَدَتَانِ رُوعِيَ أَعْظَمُهُمَا ضَرَرًا بِارْتِكَابِ أَخَفِّهِمَا
Maksudnya : Apabila bertembungnya dua mafsadah, maka dipelihara (ditolak) mudarat yang paling besar dengan melakukan mudarat yang lebih ringan.
Rujuk Al-Asybah wal-Nazhair, Ibn Nujaim (Hlm. 76)
Wabak Covid-19 ini telah berada dalam komuniti kita sekarang ini. Sebab itu, semua dikehendaki mengambil suntikan vaksin demi membentuk imuniti berkelompok. Kiranya virus Covid masuk dalam badan kita hanya setakat itu makna kata tidak menjangkiti individu lain. Insya Allah.
Buat rakyat Malaysia yang masih belum daftarkan ibu bapa sebagai penerima suntikan vaksin, boleh lah daftarkan mereka dengan kadar segera. Galakkan orang sekeliling kita untuk bersama-sama menjayakan usaha kerajaan bagi membasmi masalah wabak penyakit Covid-19.
Apabila semua dikehendaki duduk di rumah telah menimbulkan kemarahan netizen dalam Facebook, Twitter dan Instagram. Semua serba tidak kena dalam kalangan masyarakat kita.
Pandemik adalah ujian kepada semua orang bermula dari pemimpin sehinggalah rakyat, peniaga, orang biasa, perantau, orang kampung, orang bandar dan semua orang. Bagi saya bukan mudah pemimpin dalam membuat sesuatu keputusan. Kalau buat A, B pula marah. Kalau buat B, A pula marah. Akhirnya keputusan dibuat bersama dengan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara. Manakala, kerajaan negeri juga tidak terkecuali kerana tidak boleh buat keputusan sendiri. Akhirnya itulah keputusan-keputusan yang wujud seperti yang kita dapat lihat sehingga ke hari ini.
Ada beza antara social contact dengan close contact. Social contact ialah apabila tempat itu besar, kita akan boleh jaga penjarakan semua itu. Maknanya tidak ada bersentuhan atau berhimpit-himpitan. Manakala, close contact adalah seperti hari raya atau kenduri, kita dapat lihat walaupun nama keluarga, automatik tidak ada penjagaan jarak atau pematuhan SOP. Sebab itulah banyak kes ibu bapa terkena jangkitan Covid-19 akibat berjangkit dengan ahli keluarga.
Pandemic Covid-19 di Kelantan makin meningkat. Apa harapan Abe Mat kepada rakyat di musim ini?
Semua orang mengharapkan virus Covid-19 ini diangkat sebab kita sudah hampir 2 tahun beraya dalam keadaan norma baharu. Tipulah kalau tidak ada langsung sekelumit rasa sedih, rindu dan seumpamanya. Rindukan aktiviti luar dan sewaktu dengannya. Begitu juga dengan para petugas barisan hadapan yang mana bersengkang mata dalam berusaha memutuskan rantaian Covid-19 meskipun terpaksa berkorban masa dan tenaga.
Harapan lagi kepada semua, sedarlah Covid-19 ini adalah sangat berbahaya. Bahaya sehingga boleh membawa maut. Jadi segelintir orang kita yang tak kena ini, dia tak kisah untuk melanggar SOP. Jadi kepada orang lain yang sudah kena, yang ini lah orang yang sudah alaminya. Hanya Allah yang tahu segala keperitan yang dihadapi terutama apabila melibatkan jangkitan dan kematian kepada orang yang tersayang.
Jadi, minta tolong dengar arahan pemerintah untuk patuhi SOP dan tidak keluar rumah. Kalau semua orang bagi kerjasama, Insya Allah penyakit Covid-19 ini akan dapat diatasi.
Dunia di hujung jari walaupun keadaan musim pandemic Covid-19 ini. Nak bertemu mata tukarlah dengan buat Video Call dan sebagainya. Fikirlah andai SOP tidak dipatuhi, maknanya lama lagi pandamic Covid-19 akan sukar dibanteras daripada menular. Selain itu, ramai sangat yang terkesan merangkumi semua sektor termasuklah ekonomi, pendidikan, dan lain-lain lagi.
Semoga sedikit sebanyak nasihat dan perkongsian di atas bermanfaat untuk semua. Silakan Share kepada insan tersayang dan jangan lupa daftar dan bantu orang sekeliling dengan memberi kesedaran mendaftar suntikan vaksin musim pandemik ini.
Sekian, terima kasih.
Artikel disediakan oleh penulis wk.com
Artikel asal boleh ke link Apa Khabar Adik Kakok