Hijab Dalam Islam

Siapa pernah mak atau ayahnya pernah cakap,

Rumah ni ambik la kat hang, senang tak payah nak berebut dah lepas aku mati nantiā€?

Inilah namanya Hibah lisan. Pemilik harta memberikan harta tersebut semasa dia hidup dalam keadaan harta tersebut telah sempurna milik.

Sekarang ini ramai yang dah mula cakna tentang betapa pentingnya pengurusan harta orang Islam. Lagi banyak harta, lagi banyak yang kita fikirkan untuk ditinggalkan kepada ahli waris.

Gambar Hiasan: Google

Walaupun, jika kita meninggal dunia, harta-harta kita seperti rumah, tanah, kereta, duit dan macam-macam lagi akan ada bahagian pusaka masing-masing, namun kita masih bimbang, ada orang yang kita sayang, tak mendapat bahagian.

Gambar Hiasan : Google

Contohnya anak angkat yang tidak berhak menerima pusaka. Atau anak tak sah taraf yang datang daripada benih seorang lelaki itu sendiri.

Disebabkan itu, salah satu penyelesaian yang boleh digunakan adalah dengan Hibah.

Gambar Hiasan : Google

Ada dua jenis kes Hibah harta yang biasa berlaku di Mahkamah Tinggi Syariah:

✅ Hibah Lisan

Maksudnya, pemilik harta hanya bercakap melalui lidah dan tutur katanya sahaja untuk menyerahkan harta miliknya kepada penerima yang dia nak beri.

Boleh jadi Hibah lisan ini dibuat kepada mana-mana pihak, dihadapan beberapa orang saksi. Cuma, hibah lisan ini paling sukar nak dibuktikan jika saksi telah meninggal dunia atau saksi sudah lupa.

Mungkin juga saksi buat-buat lupa atau perkataan antara saksi itu tidak konsisten dan ada keraguan padanya.

✅ Hibah bertulis

Gambar Hiasan : Google

Hibah bertulis juga sebenarnya boleh jadi dua iaitu menulis mengikut prosedur dan lengkap segala maklumat pemberi, penerima, lafaz ijab dan qabul, barang-barang yang dihibah serta maklumat saksi-saksi.

Biasanya, penulisan hibah sebegini jarang berlaku melainkan pemberi tersebut melantik Peguam Syarie atau syarikat pengurusan harta pusaka atau menulis sendiri dan mendapatkan cop pesuruhjaya sumpah.

Ada juga yang bertulis secara tidak formal. Contohnya, pemberi menulis sendiri diatas kertas tertentu sama ada menyimpan untuk dirinya sendiri ataupun disimpan kepada pemerima tersebut.

Hibah bertulis sebegini juga sukar untuk dibuktikan tentang ketulenannya atau tersangat sukar untuk dibuktikan kerana tiada saksi untuk beri keterangan sokongan.

❤️ Kesimpulan,

Buatlah hibah harta bagaimana sekalipun, Lisan atau Bertulis, kedua-duanya perlu dibuka kes Pengesahan Hibah di Mahkamah Tinggi Syariah selepas kematian pemberi Hibah tersebut.

Walaupun, mungkin penulisan hibah tersebut lengkap dengan segala butiran, tandatangan pemberi, penerima dan saksi, WAJIB untuk dibuat pengesahan di Mahkamah Tinggi Syariah bagi mendapatkan Perintah Pengesahan sebelum harta tersebut dibawa ke Faraid.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Peguam Syarie Fahmi Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *