Business Woman Profile Instagram Post

Tips memulakan perniagaan (Pemilihan produk).

Gambar Hiasan : Pinterest
  1. Jangan cepat hendak hasilkan produk sendiri. Jika kita lihat usahawan yang telahpun berjaya, mereka telah melalui bermacam-macam untung rugi dan sebagainya. Jadi, dengan sebab itu, kita kena mula dengan menjual produk orang.
  2. Sekiranya mahu memilih produk, carilah yang menggunakan modal tidak terlalu tinggi. Contohnya, kalau makanan pilihlah yang tidak cepat rosak dan basi. Maksudnya yang tahan lama.
  3. Modal permulaan sekurang-kurangnya RM 2000 ke bawah. Andai business tidak menjadi, kita akan kurang rasa kecewa. Bergantung juga berapa banyak marketing yang telah kita lakukan. Maksudnya, produk kita itu sejauh mana diketahui oleh target customers.

Perlu ke membuat pinjaman untuk berniaga?

Gambar : Google

Elakkan membuat sebarang pinjaman untuk berniaga. Sebenarnya, perkara ini akan menjadi isu berbangkit. Penting sekarang adalah marketing produk itu. Buatlah Facebook, Instagram, belajar tik tok, tengok video sharing ilmu oleh orang-orang yang berjaya. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Hanya tiru apa yang dibolehkan dalam islam.

Tips memasarkan (marketing) produk?

Gambar Hiasan : Pinterest
  1. Fokus kepada produk. Personal branding. Tetapi kena ingat, matlamat tidak menghalalkan cara. Hindari buat video gelek-gelek dan kaedah yang terlarang sebab niat kita hendak mencari sumber rezeki yang halal dan diredhai Allah.
  2. Pengasas perlu menjaga penampilan diri (Kemas dan cantik). Jangan pula letak gambar kucing. Letak gambar sendiri sebab kita akan lebih dikenali.
  3. Elakkan kemas kini (Posting) hal yang tidak berkaitan dengan perniagaan di media sosial.
  4. Pastikan bahan pemasaran seperti poster dan gambar produk cantik dan kemas. Kena belajar cara ambil gambar dan sebagainya.

Zaman serba mencabar ini, kita kena biasakan untuk berdikari dengan membuat duit dari rumah ataupun sebagai side incomes. . Hal ini demikian kerana, kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada kita di masa akan datang termasuklah bagi yang sudah mempunyai kerjaya. Kena ada untuk back up kita.

Gambar Hiasan : Pinterest

Manakala, jangan rasa selesa jika anda suri rumah meskipun sudah ada suami yang bekerja. Jangan terlalu bergantung harap kepada suami sebab kita tidak tahu apa yang boleh berlaku pada masa akan datang.

Harap dapat sesuatu dari perkongsian artikel kali ini. Terima kasih.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *