Bagaimana Syariah Memperkasa Wanita

Bagaimana syariah memperkasa wanita

Sejak kemunculan Islam, darjat wanita diangkat dan mulia. Contohnya, dalam Islam antara ayah dengan ibu, ibu mempunyai kedudukan yang lebih tinggi. Taat kepada ibu tiga kali yang disebut, barulah ayah. Itulah antara hadis yang disebut oleh Rasulullah SAW sendiri yang mengiktiraf kedudukan wanita dalam Islam.

Gambar Pinterest
Gambar Pinterest

Dalam surah An-Nahl ayat 97, Allah SWT menjelaskan kepada kita, “Sesiapa yang beramal soleh (Lelaki atau perempuan), dan kedua-duanya sama ada lelaki dan perempuan beriman kepada Allah SWT. Maka kami akan hidupkan kepada mereka dalam keadaan kecukupan yang sangat baik. Nescaya kami akan balas mereka ini dengan sebaik-baik balasan atas apa yang mereka amalkan.”

Ayat di sini maksudnya sesiapa yang bertaqwa dan beramal soleh, maka dia berhak mendapat balasan atas apa yang diamalkannya. Jadi, Allah SWT mengangkat darjat wanita itu setara dengan lelaki. Secara ringkasnya lapan (8) perkara syariah itu memperkasa wanita.

Gambar Pinterest

Antaranya:

  1. Kesaksamaan hak. Menyeluruh termasuk wanita dan lelaki dari sudut spiritual. Sesungguhnya yang paling mulia dalam kalangan kamu adalah yang bertaqwa. Kedua-duanya mesti buat kerja Amal Ma’ruf dan Nahi mungkar. Contoh lain, dalam Islam tanggungjawab lelaki dan wanita berbeza. Wanita fitrah menutup auratnya juga berbeza dengan lelaki.
  2. Wanita di dalam Islam dilantik sebagai khalifah. Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Aku melantik di atas muka bumi ini khalifah”. Dua-dua perempuan dan lelaki bertanggungjawab sebagai khalifah yang mesti dilaksanakan sedaya yang mungkin. Dalam Surah at-Taubah: “Lelaki dan perempuan mukmin saling memimpin di antara satu sama lain”. Sebagai contoh kerja-kerja memimpin seperti menguatkuasakan undang-undang, hukum, cara hidup Islam, dan syariat Allah mengikut kapasiti masing-masing. Empat kapasiti wanita seperti tanggungjawab sebagai seorang ibu (Memimpin keluarga menjauhi neraka dan mengamalkan cara hidup Islam), isteri (Ibarat timbalan Perdana Menteri), pekerja atau majikan (Bagaimana memastikan islam itu dilaksanakan), dan sebagai NGO (Menyemarakkan orang cinta Islam serta Islam tertegak di atas muka bumi).
  3. Kukuhkan kepakaran fitrah. Wanita ada kelebihan emosi berbanding lelaki. Lelaki dikurniakan kelebihan akal dan itu tidak bermaksud wanita tidak secerdik mereka. Cumanya spektrum cara minda berfikir adalah berbeza. Contohnya, lelaki dalam rumah tangga mereka akan fikir bagaimana hendak menjaga keluarga dalam masa depan, bagaimana memastikan duit yang dicari cukup untuk nafkah anaknya dan nampak cabaran sekeliling lebih meluas berbanding wanita. Wanita pula kebanyakannya hanya akan fokus perkara yang nampak di depan matanya serta bagaimana mahu menyelesaikan masalah segera. Kelebihan emosi wanita pula adalah super kasih sayang dalam keluarga dan masyarakat. Wanita tiada maka hilanglah seri. Kalau ibu ini rosak, generasi akan rosak.
  4. Syariah mengiktiraf kebebasan wanita tetapi bersyariat. Bebas bersuara, hendak bekerja dalam rumah, hendak memimpin dan boleh buat keputusan dengan baik. Cuma, apa yang patut dan tidak patut dalam Islam perlu dititikberatkan. Syariatlah yang memandu kita supaya bebas tetapi ada batasannya.
  5. Ada hak pendidikan. Pembudayaan pendidikan akhlak sangat penting kepada wanita sebab mereka akan boleh mendidik generasi dan pemimpin berakhlak. Selain itu, hak pendidikan ke peringkat tertinggi demi memenuhi seruan jihad kepakaran dalam Islam. Setiap hal ehwal dalam hidup perlukan ilmu dan kemahiran. Ibu cerdik melahirkan anak cerdik bukan sekadar dapat kerja yang baik.
  6. Ada maruah dan peribadi yang terpelihara. Di dalam Islam, wanita ini dijaga dan dilindungi. Ada satu isu yang viral pasangan pengantin diberikan hadiah kondom oleh temannya. Sungguh memalukan dan mengaibkan adanya mentaliti sebegini kerana hilangnya malu. Tetapi, lebih menyedihkan, wanita sendiri ada yang merendahkan dan menjatuhkan martabat serta maruahnya sendiri.
  7. Surah An-Nisaa’ tanda wanita penting dalam Islam. Sejak zaman Rasulullah dan sahabat lagi ramai tokoh wanita zaman kerajaan Islam.

Semoga bermanfaat.

Artikel disediakan oleh Penulis wk.com

Rujukan: FB Page TDM Berhad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *