Cakna Suri

18 Jan 2021-Penyerahan Skim Cakna Suri kepada seorang penerima daripada Kota Bharu oleh YB Dato’ Hajah Mumtaz Md Nawi, EXCO Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan sebagai gimik pembahagian one-off RM100 kepada 6750 suri rumah yang terpilih, iaitu terhad kepada 150 orang suri di setiap DUN.

Turut hadir sama dalam majlis ini adalah Pn. Ilvira Mohd Dasuki, Pengarah U-KeKWa dan Pn. Siti Nurhajartum Akmal Mohammad, Penolong Pengarah Kanan Unit Pembangunan Kleuarga, U-KeKWa.

Skim Cakna Suri merupakan satu skim istimewa sempena Sambutan 3 Dekad Membangun Bersama Islam. Ia khusus diwujudkan untuk menghargai jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh suri rumah bersempena dengan Sambutan Hari Suri Rumah Peringkat Negeri Kelantan 2020.

Kerajaan negeri Kelantan sedar bahawa suri rumah merupakan satu profesion yang sangat penting dan perlu dihormati dalam membentuk keluarga Mawaddah yang selari dengan Dasar Keluarga Mawaddah, maka pelbagai program cakna suri termasuk Skim Cakna Suri ini diperkenalkan. Berikut adalah fasa pembahagian one-off RM100 kepada semua pemohon yang layak.

📍 Fasa 1 (19-20 Jan 2021)

  1. Gua Musang
  2. Jeli
  3. Tanah Merah
  4. Kuala Krai
  5. Rantau Panjang

📍 Fasa 2 (26-27 Jan 2021)

  1. Machang
  2. Tanah Merah
  3. Pasir Putih
  4. Bachok
  5. Pasir Mas

📍 Fasa 3 (30-31 Jan 2021)

  1. Kota Bharu
  2. Tumpat
  3. Kubang Kerian
  4. Pengkalan Chepa

Justeru, pihak Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa) mohon kepada pemohon yang layak untuk memberi kerjasama dengan memberikan maklumat yang diperlukan jika dihubungi melalui whatsapp atau telefon untuk mempercepatkan proses-proses seterusnya.

Nombor yang digunakan untuk menghantar mesej menerusi aplikasi whatsapp adalah seperti berikut :-

  • 011-5852 2436
  • 011-6943 2584
  • 013-983 6915
  • 013-983 5912
  • 013-995 5780

Abaikan jika anda menerima mesej daripada nombor selain ini.

Artikel telah disunting oleh penulis wk.com

Artikel asal boleh didapati di FB Page UKeKWa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *