Kelantan telah menjangkau usia 34 tahun dalam melaksanakan dasar “Membangun Bersama Islam” (MBI), satu perjalanan panjang yang membuktikan bahawa negeri ni mampu kekal utuh dengan prinsip Islam dalam semua aspek pentadbiran. Dengan dasar ni, Kelantan bukan sahaja mengekalkan identiti Islam, tetapi juga membuktikan bahawa pentadbiran berasaskan ajaran Islam mampu memberikan impak positif dan kesejahteraan untuk semua lapisan masyarakat.
Kerajaan Hidayah: Panduan Allah dalam Hidup Bernegara
Dasar “Membangun Bersama Islam” (MBI) ini sebenarnya selari dengan konsep “Negara Hidayah” yang diperkenalkan ulama tersohor, Sheikh Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi. Menurut Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud, Negara Hidayah ini adalah kerajaan yang berpandukan sepenuhnya kepada petunjuk Allah, bukan semata-mata untuk mencari keuntungan material atau popularity. Negara yang mengikuti konsep ni dapat menjaga daripada semua aspek merangkumi aspek ekonomi, sosial dan pentadbiran supaya selari dengan ajaran Islam.
“Kerajaan Hidayah ini ialah kerajaan yang mengikut wahyu Allah, yang menegakkan prinsip Islam dalam setiap keputusan,” kata Ustaz Dato’ Nassuruddin. Prinsip ni mampu membuatkan negeri berkembang bukan saja dari sudut material, tapi juga mengekalkan keseimbangan dunia dan akhirat sekaligus membawa kebaikan untuk semua rakyat.
Cabaran dan Kejayaan Kelantan Melaksanakan Islam dalam Pentadbiran
Pelbagai cabaran yang pernah dilalui oleh Kerajaan Negeri apabila mula melaksanakan dasar MBI pada tahun 1990, terutamanya dalam melawan ideologi sekular dan Islamofobia yang semakin merebak. Walaubagaimanapun, Kelantan tetap teguh, meletakkan Islam sebagai teras pentadbiran, ini membuktikan Islam bukan sekadar agama ibadah peribadi, tetapi menyeluruh termasuk dalam urusan negara.
“Setiap dasar yang dilaksanakan adalah demi keredhaan Allah, bukan ingin meraih populariti. Dalam pentadbiran ini, Islam menjadi teras yang tidak boleh dipertikaikan,” tegas Menteri Besar.
Pembelaan Kelantan untuk Wanita dan Armalah
Salah satu aspek yang mendapat perhatian dalam pentadbiran MBI adalah pemerkasaan wanita dan pembelaan terhadap golongan ibu tunggal atau armalah. Kelantan mengambil langkah berani memberi peluang adil kepada wanita dalam pelbagai bidang termasuklah dalam kepimpinan, ekonomi dan pendidikan. Golongan Armalah juga turut mendapat sokongan melalui pelbagai program yang dilaksanakan untuk membantu mereka menambah baik taraf hidup mereka.
“Kelantan membuktikan bahawa wanita bukan sekadar diberi ruang dalam masyarakat tetapi juga diberi tanggungjawab untuk membantu membangunkan negeri,” tambah YAB Dato’ Panglima Perang.
Islam dan Politik Tidak Boleh Dipisahkan
Salah satu kejayaan besar Kelantan adalah dalam menentang ideologi sekular yang cuba untuk memisahkan agama dengan politik. Kelantan menunjukkan dengan jelas yang Islam adalah panduan yang menyeluruh, tiada pemisah antara agama dan urusan negara. Semua keputusan politik dan pentadbiran berasaskan Islam sebagai tunjang utama.
“Islam ni bukan sekadar ibadah peribadi, tetapi juga merupakan panduan dalam pentadbiran negara,” jelas beliau lagi. “Kelantan membuktikan bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan.”
Kelantan Sebagai Model Negara Hidayah
Kelantan kini menjadi contoh kepada negeri-negeri lain, membuktikan yang Islam mampu menjadi asas yang stabil dan berkesan dalam pentadbiran negara. Dengan menekankan nilai-nilai Islam dalam semua aspek, Kelantan menjadi model negeri berpandukan syariat Islam bukan sekadar boleh capai kemajuan material tetapi boleh juga boleh mewujudkan keadilan, kebajikan, dan perpaduan tanpa kira agama dan kaum.
Kelantan: Negeri yang Teguh pada Prinsip Islam
Dengan lebih tiga dekad pentadbiran berasaskan Islam, Kelantan kini menjadi contoh kepada negara-negara lain dalam menggabungkan agama dan politik secara harmoni. Melalui dasar MBI, Kelantan tidak hanya berfokuskan kepada pembangunan material tetapi juga memperjuangkan nilai Islam yang utamakan keadilan, kesejahteraan sosial dan martabat manusia terutama golongan wanita dan mereka yang memerlukan. Meletakkan Islam di hadapan, Kelantan terus menjadi inspirasi dan teladan kepada umat Islam seluruh dunia sebagai model negara hidayah.