
🔅 Pencarian 300 orang bayi bersempena program Tahnik Perdana 2019 Peringkat Negeri Kelantan dibawah seliaan Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (UKeKWa).
🔅Bagi tuan/ puan yang baru menimang cahaya mata dan berminat menyertai program ini boleh mengisi borang pendaftaran dengan pihak kami.

🔅 Borang pendaftaran boleh didapati :
1) Pejabat Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Aras 2, SUK
2) Klik link http://www.wasap.my/60139836915/NakJoinTahnikPerdana
(untuk dapatkan borang secara online)
🔅Berikut merupakan syarat-syarat permohonan :
- Bayi yang dilahirkan diKelantan & Warganegara Malaysia
- Bukan penerima Skim Cakna Aulad di peringkat Dun
- Penyertaan terbuka kepada bayi yang lahir bermula 1 Ogos 2019
- Borang yang lengkap perlu dihantar ke Pejabat UKeKWa
- Terhad kepada 300 penyertaan terawal sahaja
- Borang TIDAK boleh difotostat
- WAJIB sertakan bersama SALINAN KAD PENGENALAN IBU & BAPA, SALINAN KAD MYKID ANAK
- Tarikh tutup permohonan ini adalah 17 Oktober 2019 (Khamis)
- Borang yang tidak lengkap atau maklumat yang meragukan tidak akan diproses

🔅Sebarang pertanyaan maklumat & permohonan borang melalui email/ whassap boleh hubungi Unit Pembangunan Keluarga, UKeKWa di talian 013-9836915
Unit Pembangunan Keluarga
Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita
Kerajaan Negeri Kelantan