Slide Ikon Inovatif

Raaisyah binti Mohamed Hanafiah berusia 36 tahun merupakan anak jati Kelantan yang dilahirkan pada 5 April 1987. Seorang usahawan yang kreatif menghasilkan pelbagai inovasi produk yang dihasilkan
sendiri beliau mempunyai pengalaman yang luas dan memperoleh kejayaan yang banyak dalam bidang inovatif. Telah pun mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta Mohamad Faisal bin Badry mereka dianugerahkan seorang cahaya mata lelaki yang berusia empat tahun Muhammad Syawal.

Beliau mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pasir Tanah Merah sebelum melanjutkan pengajian di universiti pada peringkat Sarjana Muda dalam bidang Perbankan
Islam di Universiti Teknologi MARA Selepas bergraduasi dari UiTM, beliau terus memulakan perniagaan serunding di Tanah Merah bermula tahun 2011 sehinggalah sekarang. Sehingga kini jenama Serunding
Samblado beliau sudah mempunyai kilang untuk pemprosesan dan pembungkusan yang bertempat di Kampung Kubang Kerian Bukit Panau Tanah Merah.

Perniagaan serunding tersebut membuatkan beliau berusaha mempelbagaikan lagi jenis produk serunding untuk dipasarkan Usaha keras dan konsisten telah pun membuahkan hasil sehinggakan beliau
mendapat tempat Naib Johan Anugerah Inovasi Industri Kategori Produk Hasilan Ternakan Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar selepas menghasilkan serunding daging
Habbatussauda pada tahun 2016 Pada tahun yang sama beliau juga dikurniakan pingat perak di European Exhibition of Creativity Innovation di Iasi, Romania.

Tidak terhenti di situ, beliau sekali lagi mendapat Naib Johan Anugerah Inovasi Industri Kategori Produk Ternakan Peringkat Kebangsaan atas penghasilan produk keropok serunding pada tahun 2019 dan Johan
Produk Inovasi peringkat Negeri Kelantan dengan produk serunding belut beliau Pada tahun 2021 pula, beliau sekali lagi mengulang kejayaan dengan dinobatkan sekali lagi Naib Johan Anugerah Inovasi
Industri Kategori Produk Ternakan Peringkat Kebangsaan selepas mengeluarkan produk serunding daging kambing pula Kejayaan demi kejayaan dalam menghasilkan inovasi produk serunding yang merupakan makanan tradisi negeri Kelantan ini telah menjadikan beliau seorang usahawan yang berjaya gigih dan inovatif.


Dengan kejayaan menghasilkan pelbagai inovasi produk serunding yang telah dijalankan Raaisyah telah dapat mengembangkan perniagaan beliau sekaligus membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat khususnya Semoga beliau dapat menghasilkan lebih banyak produk inovasi di peringkat yang lebih tinggi dan akan mengharumkan nama negeri dan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *