Copy Of Try (5)

Salam semua!
Nak masak apa ye hari ni ?
Nak masak pun kena fikir menu apa… Kalau buat menu sama, sudah pasti anak-anak pun jemu.

Sumber: Google

Apa kata cuba resepi ayam goreng percik dalam buku Jelira ni? Bahan-bahan pun senang nak cari, siap masak, hidang, boleh makan terus. Mesti suami dan anak nak menambah nanti…

Tambahan pula, resepi ni digunakan dalam program kursus kulinari yang dinamakan Rencah Rasa Mek Kelate yang dianjurkan oleh Pusat Kemahiran Wanita Kelantan (PPWK).

-AYAM GORENG PERCIK-

Bahan-bahan

Ayam -1 ekor
Cili Kering-1 senduk
Bawang merah – 15 biji (saiz besar) Bawang putih-1 labu kecil
Halia-2 inci
Serai – 4 batang
Belacan-sebesar ibu jari
Asam keping 2 keping
Daun limau purut -5 helai 7
Santan-1/2 kilogram
Garam dan Gula secukup rasa

Cara-cara Penyediaan

  1. Potong kecil-kecil dalam 16 bahagian.
  2. Gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng sehingga kekuningan.
  3. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan serai sehingga lumat.
  4. Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam santan.
  5. Masukkan santan ke dalam kuali, kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar kedalam santan.
  6. Masukkan garam, gula secukup rasa dan asam keping ke dalam santan. Kacau santan sehingga mendidih.
  7. Masukkan belacan dan kacau sehingga menjadi separuh pekat
  8. Kemudian masukkan ayam telah digoreng kedalam kuali kuah percik. Gaul ayam dan kuah percik.
  9. Akhir sekali, masukkan daun limau purut dan sedia dihidang.

Semoga perkongsian hari ini bermanfaat untuk anda semua.
Nak tahu lagi resepi menarik, anda boleh dapatkan buku Jelira ini di pejabat kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *