Penubuhannya adalah untuk membantu kerajaan mendaftarkan OKU dipendalaman
dan untuk menghubungkan OKU dengan program kerajaan.
Tugas-tugas penyelaras OKU Parlimen
- Membantu Penyelaras Pembangunan OKU Negeri dari segi bantuan maaruf OKU dan data maklumat OKU.
- Mencari dan membantu mendaftarkan OKU di parlimen masing-masing.
- Bekerjasama dengan pihak MTD bagi program / penerangan melibatkan OKU menerusi Taklimat DUN/ Parlimen.
- Menjadi perantaraan bagi penyaluran maklumat dan membantu penyelesaian kes yang keluar dalam akhbar, aduan, maklumat dari orang ramai untuk dibuat tindakan atau diselaraskan mengikut saluran kerajaan negeri dan persekutuan.
- Menjadi sumber maklumat kepada kerajaan dan NGO berkaitan OKU
- Mempromosikan model / dasar/ gagasan OKU Muqarrabun.
- Mengesan “OKU Biso” dan OKU berpotensi untuk digilap.
- Mempromosikan program kerajaan terutama u-kekwa
- Membantu kerajaan menjayakan program dan pentadbiran
- Memastikan kebajikan OKU terjaga.
- Mematuhi dan melaksanakan arahan PPON, dan MPPOK.
- Membantu PPO lain jika diperlukan.
Senarai Maklumat Penyelaras Pembangunan OKU Negeri (PPON), Penyelaras Parlimen OKU (PPO)