Senam Malam

Bahaya Sukan Pada Waktu Malam | Zaman sekarang kita boleh tahu lah ramai antara kita yang memang bersukan pada waktu malam, ada yang pergi gym, main futsal dan bersukan pada waktu malam, tapi adakah kita tahu yang Bahaya Sukan Pada Waktu Malam ? Jom baca kenapa Bahaya Sukan Pada Waktu Malam.

Bahaya sukan malam

 

KUALA LUMPUR – Awas bagi mereka yang gemar bersukan pada waktu malam kerana tanpa disedari anda mungkin boleh diserang penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi dan masalah jantung.

Aktiviti bersukan seperti bermain futsal, badminton dan beriadah di gimnasium di waktu malam yang kini menjadi gaya hidup warga kota dan juga para remaja akibat kekangan masa bekerja dan belajar pada siang hari, sebenarnya boleh menjadi ‘pembunuh senyap’.

Difahamkan, aktiviti tersebut yang banyak menggunakan tenaga boleh bertukar menjadi gejala tidak sihat dan membahayakan kesihatan jika tidak diuruskan dengan baik.

Menurut pakar perunding perubatan terkenal, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad (gambar kecil), secara purata seseorang menghabiskan lapan jam bekerja sehari dan memerlukan waktu rehat.

Katanya, aktiviti bersukan selepas bekerja terutama pada waktu malam menyebabkan badan menjadi lesu kerana tubuh dipaksa bekerja keras dan banyak tenaga dikeluarkan.

“Kita memaksa badan untuk bekerja keras dengan aktiviti sukan yang berat dan boleh mengakibatkan tekanan darah kita meningkat naik sekali gus boleh menyebabkan masalah darah tinggi dan jantung.

“Bukan tidak boleh bersukan waktu malam, tetapi biarlah sukan yang ringan serta tidak menggunakan tenaga yang banyak seperti berenang dan berjoging,” katanya. -Kosmo!

Bersukan adalah suatu aktiviti yang digalakkan, malah ia dapat meningkatkan kadar metabolisme dan membantu meningkatkan kesihatan dalaman dan luaran, disini apa yang dimaksudkan adalah jika bersukan dilakukan pada waktu diri anda dalam keletihan seperti kurang rehat dan sebagainya, mungkin risiko aktiviti sukan itu akan menjadi bertambah teruk.

Pastikan sebelum melakukan sesuatu aktiviti, dapatkanlah rehat yang secukupnya, pengambilan air yang banyak dapat mengurangkan anda terhidrat ketika menjalani aktiviti sukan.

Yang penting, mendapat rehat yang secukupnya sebelum melakukan aktiviti adalah kunci untuk mendapat kesihatan yang baik.
Sumber: Bahaya Sukan Pada Waktu Malam – Fuh.My

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *