568c0db4 D9f9 4737 B46b 19cfc9dd9e64

11 Julai 2017, Kota Bharu : YB Hjh Mumtaz binti Md. Nawi (Exco Wanita Kelantan) bergegas ke Mydin, Jakel dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) setelah dimaklumkan bahawa kawasan tersebut dilanda ribut yang kuat sekitar jam 7.00 petang semalam.

Fenomena ribut beserta hujan lebat tersebut telah mengakibatkan beberapa kerosakan terhadap bangunan yang terdapat di sekitar Kubang Kerian.

Papan tanda milik syarikat Jakel didapati tumbang dan banyak atap di sekitar kawasan tersebut tercabut akibat angin yang terlalu kuat.

Menurut saksi kejadian di Mydin, beliau melihat ribut itu berpusar-pusar mengikut laluan seperti melihat kepala ribut yang kuat sedang lalu.

YB Hjh Mumtaz seterusnya melawat wad kanak-kanak HUSM yang turut rosak akibat kejadian tersebut. Beliau juga meminta pihak HUSM bersiap sedia kerana kejadian ribut ini tidak dapat dijangka.

Sementara itu, maklumat daripada pihak hospital memberitahu bahawa tiada pesakit atau pegawai hospital yang mengalami kecederaan, Alhamdulillah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *