WhatsApp Image 2019 06 24 At 12.46.50 PM

Oleh : Ratu Syahadah

Melahirkan generasi Az-zahra’ merupakan antara objektif dan garis panduan Program International Young Muslimah Forum (Al-YOUM) yang sedang berlangsung di Kota Bharu. Program yang berlangsung pada hari ini menghimpunkan lebih 500 orang beliawanis.

Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Hj Nik Mohd Amar Hj Nik Abdullah program sebegini wajar diadakan adalah usaha untuk melahirkan muslimah yang lebih mantap dari segi sahsiah dan akhlaknya. Hal ini kerana, masyarakat moden kini masih mencari-cari ‘role model’ mereka.

” Kebanyakan dari mereka menjadikan artis, pelakon penyanyi sebagai role model. Sedangkan Al-quran telah menyediakan role model untuk diikuti oleh masyarakat, khususnya muslimah”

” Tradisi Islam juga turut mengeluarkan role model yang hebat. Antaranya ialah Fatimah Azzahra’, Sayyidatina Khadijah, Asiah dan Masyitah” ujarnya lagi.

Beliau juga berpandangan, walaupun seseorang wanita itu hebat dalam bisnes, kosmetik dan sebagainya. Jika tidak mampu menjaga rumah tangga dan anak-anak itu adalah satu kegagalan terbesar.

” Harapan saya, generasi muda wanita sudah boleh kembali kepada sejarah. Menggali khazanah ilmu dan role model yang telah disediakan oleh Al-Quran dan sejarah Islam. Semoga ramai lagi bakal Fatimah Azzahra’ di lahirkan” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *