Apabila tiba musim tengkujuh, antara makanan yang mendapat permintaan tinggi adalah putu halba. Banyak gerai-gerai menjual putu halba di tepi-tepi jalan dan orang akan beratur panjang untuk mendapatkannya. Ia menjadi punca rezeki kepada para peniaga di musim tengkujuh.
Bau Halba yang ditambah dalam ramuan ini, mudah untuk memikat pelanggan yang lalu lalang. Ditambah nisey yang dijadikan bahan pemanis dalam halba, boleh membuka selera siapa yang menjamu terutama semasa panas.
Resipi Putu Halba:
Bahan-bahan:
- Ubi kayu
- Gula melaka
- Kelapa muda
- Halba
- Garam
- Gula
Cara-cara:
- Buang kulit ubi kayu dan basuh bersih. Kemudian potong kecil dan buang urat dalam ubi tersebut.
- Kisar bersama air kemudian tapi sehingga betul-betul kering. Kalau perah guna kain lagi cantik.
- Bila dah siap leraikan, biarkan dalam bekas selama setengah jam. Kemudian gaul dengan halba dan sedikit garam.
- Jika tiada acuan, letak dalam mangkuk kecil. Letak gula melaka di tengah-tengah.
5. Kemudian kukus sehingga masak.
6. Bila dah masak, gaul bersama kelapa muda yang sudah dicampur dengan sedikit garam dan gula.
7. Tak perlu guna tepung, 100% guna ubi kayu.
Sumber Resipi di sini