Kita sering mengulang-ulang kata rindu apabila ingin bertemu dengan Ramadan. Ubat kepada rindu ialah dengan berjumpa, dan sekarang kita sudah bertemu dengan pengulu sekalian bulan iaitu bulan Ramadan. Perkara yang kita perlu fikir adalah bagaimana cara kita menyambut Ramadan, adakah masih sama dengan yang lepas?
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah: 183)
Berpuasa bukan hanya kerana adat tetapi ibadat yang didasarkan dengan iman dan taqwa. Matlamat akhir berpuasa adalah untuk mencapai darjat taqwa. Bukan sahaja perlu berpuasa secara zahir tapi batin juga perlu dijaga, insyaAllah akan tercapai darjat taqwa. Apabila kita sudah mengetahui pelbagai nikmat dan ganjaran yang Allah telah berikan pada bulan ini, jadi perlu kepada kita untuk persiapkan diri sebaik-baiknya.
Antara doa yang boleh diamalkan apabila kita bertemu dengan Ramadan ialah:
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ شَهْرِ رَمَضَان وَبَلِّغْنَا لَيْلَةُ الْقَدَر
“Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Ramadan ini dan temukanlah kami dengan Lailatul Qadr”
Semoga kita direzekikan bertemu dengan malam Lailatul Qadr dan diampunkan segala dosa yang terdahulu. Semoga madrasah Ramadan menjadi batu loncatan untuk kita terus menambahkan amal.
كن ربانيا ولا تكن رمضانيا
“Jadilah kita hamba kepada Allah, bukan hamba kepada bulan Ramadan”
Iaitu dengan cara kita melakukan kebaikan bukan hanya dalam bulan Ramadan sahaja tetapi apabila keluarnya daripada bulan Ramadan tetap melakukan kebaikan tersebut.
Ramadan Kareem!