AMAL

Penerima Ikon Kemasyarakatan pada tahun ini telah diberikan kepada anak muda yang bernama Amal Hayati binti Jusoh Mohd Yusoff. Beliau yang kini menetap di Kota Bharu merupakan seorang usahawan
sepenuh masa yang menguruskan sepenuhnya kedai roti milik ibunya dan juga penulis buku. Dilahirkan pada 20 Disember 1993, beliau menamatkan pelajaran menengah dengan Sijil Pelajaran Malaysia di
Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Saadong. Selanjutnya beliau ke Kolej Matrikulasi Perak dan kemudian menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Universiti Teknologi Mara. Seorang yang
cemerlang dalam pelajarannya beliau telah mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang untuk SPM 2010 dan Anugerah Dekan di peringkat universiti pada tahun 2012 hingga tahun 2014.

Amal Hayati sangat komited dalam membantu masyarakat dan mula mendapat pengalaman menyantuni asnaf semasa PKP 1 dengan mengumpul dana mengunakan plafform media sosial beliau. Ramai yang memberi kepercayaan kepada beliau untuk menguruskan tabung infak bagi membantu asnaf. Semasa PKP 1 beliau mendapat kebenaran dari pihak berkuasa untuk menyerahkan sumbangan barang keperluan asas seperti beras minyak gula, biskut dan lain lain kepada lebih 500 keluarga untuk dibantu. Beliau juga menyantuni gelandangan di sekitar Kota Bharu yang di lakukan sebulan sekali dan kini semakin ramai
yang turut membantu beliau dalam menjayakan program infak bersama gelandangan.

Selain itu ikon ini telah menubuhkan kumpulan tertutup di media sosial untuk membantu golongan wanita yang memerlukan sokongan moral terutamanya dari segi emosi dan kekuatan dalaman. Beliau telah menubuhkan saluran telegram untuk menyebarkan kebaikan melalui penulisan dan aktif menulis di Facebook tentang kebaikan yang banyak terarah kepada golongan wanita. Beliau juga selalu dijemput untuk menyampaikan slot motivasi kepada agensi agensi swasta yang terpilih dan aktif menyertai pelbagai program kemasyarakatan setempat. Beliau juga pernah ditemu ramah oleh wartawan semasa Program Gelandangan berlangsung yang diadakan di sekitar bandar Kota Bharu.


Ikon ini banyak membantu asnaf dari segi ekonomi terutamanya dalam bidang kek dan roti dengan membantu golongan tersebut untuk memasarkan produk produk yang dibuat oleh mereka sama ada di
platform media sosial dan juga di kedai beliau. Bukan itu sahaja beliau juga telah menerbit sebuah buku motivasi yang bertajuk Sihat with Me yang bertujuan untuk membangkitkan semangat dalam diri wanita.
Dalam usia yang masih muda beliau sangat komited dalam membantu masyarakat tanpa mengharapkan apa apa balasan dan beliau melakukannya dengan sepenuh jiwa. Semangat beliau yang tidak
pernah menyerah untuk menyumbang kepada masyarakat dari sudut ekonomi dan juga dokongan bantuan emosi seharusnya menjadi sumber inspirasi kepada golongan muda terutamanya wanita. Golongan muda adalah aset kepada negara, jika lebih ramai golongan seperti beliau dapat dilahirkan pembangunan negara akan menjadi lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *