DR Hafizah

Pada 2016, nama Malaysia telah diharumkan oleh seorang anak muda dari Machang yang pada ketika itu merupakan calon PhD di University of Glasgow. Nama beliau termasuk dalam kumpulan saintis yang berjaya membuktikan teori Albert Einstein berhubung gelombang graviti. Anugerah Ikon Khas Juri ini sememangnya layak diberikan kepada saintis muda yang berjiwa cekal ini.

Dr. Hafizah Noor Isa, merupakan graduan PhD di University of Glasgow ialah antara 1,004 orang penyumbang yang menulis kertas saintifik, ‘Observation of Gravitational Waves from a Binary Black Hole Merger’ yang diketuai oleh Laser Interferometer Gravitational-Wave Observatory (LIGO) di Amerika Syarikat.

Dalam penyelidikan ini, beliau terlibat secara langsung di United Kingdom dalam menghasilkan alat bagi mengesan gelombang graviti dan seterusnya dapat membuktikan teori Albert Einstein berhubung “Teori Relativiti”. Hasil dari pengesanan gelombang graviti ini, kumpulan penyelidik bersama ini telah berjaya meraih hadiah “Nobel” dalam bidang fizik pada tahun 2016.

Di atas kejayaan ini juga beliau dianugerahkan Anugerah Perdana Belia Negara dan Special Breakthrough Prize In Fundamental Physics pada tahun 2016. Beliau yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di UniversitI Islam Antarabangsa Kampus Kuantan dan merupakan bekas pelajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta Sekolah Menengah Kebangsaan Machang. Kejayaan anak jati Kelantan ini mengingatkan kita tentang tokoh ahli fizik Islam Al Biruni yang berpengetahuan luas dalam bidang fizik, matematik, astronomi dan sains semulajadi.                                                                             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *