Copy Of National Best Friends Day Social Media Template – Made With PosterMyWall (1)

Kerajaan Negeri Kelantan terus komited dalam memberi pengiktirafan terhadap sumbangan dan pengorbanan para wanita Kelantan dalam pembangunan dan kemajuan negara.

Sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) merupakan salah satu agenda pemerkasaan wanita di negeri Kelantan. Ianya simbolik kepada pencapaian wanita Kelantan atas pelbagai sumbangan dan penglibatan wanita berganding bahu bangkit bersama dengan golongan lelaki mendepani cabaran dan mencurah bakti sama ada sebelum atas semasa pandemik Covid-19 melanda.

Sumber Gambar : FB Page HSK 2021

HSK 2021 menampilkan kelainan daripada program sebelum ini melalui pelaksanaan program norma baharu. Program-program utama:

1. Pra Sambutan Hari Sayyidatina Khadijah – Daurah Wanita di 14 Parlimen bermula : 14 – 27 Mac 2021

2. Di Bawah Naungan Satu Ayat : 29 Mac 2021 (Isnin)

– Viewers : 14k

– Post Reach : 28.8 K

– Post Engagement : 2.4k

  • Menampilkan anakanda Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz yang ke-9 iaitu Pn Nik Amalina.
  • Penampilan penulis buku Suri Hati Ustazah Wan Nor Ainon Wan Abdullah.
  • Perkongsian pengalaman jiran terdekat, semenjak kecil dan sahabat seperjuangan Datin Tuan Sabariah, Puan Nor Haniza Hj Taib.
  • Penampilah Daie Muda YADIM Nurhamizah Salleh sebagai moderator.
Sumber Gambar : FB Page HSK 2021
Sumber Gambar : FB Page HSK 2021

3. Daurah Wanita Istimewa : 30 Mac 2021 (Selasa)

– Viewers : 44.6k

– Post Reach : 142.8k

– Post Engagement : 19.2k

  • Penampilan Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa
  • Penampilan Tokoh HSK 2018, Dr Nik Rosmawati Nik Husain
  • Pengasas JATIMAS, Puan Zawati Ibrahim
  • Johan Program Daie Musim ke-3, Puan Hamidah Abdul Razak
Sumber Gambar : FB Page HSK 2021

4. Majlis Acara Sambutan Hari Sayyidatina Khadijah: 31 Mac 2021 (Rabu)

  • Penyampaian 13 Anugerah Tokoh & 8 Ikon di Peringkat Negeri.
  • Menampilkan anugerah baru iaitu Tokoh Mariah Al-Qibtiyah (Mualaf), Anugerah Wanita Barisan Hadapan, Anugerah Wanita Non Muslim, Anugerah Siti Hajar (Inovatif).
  • Penyampaian 14 Anugerah Tokoh & Ikon Parlimen.
  • Penyampaian 45 Anugerah Tokoh DUN.
  • Pelancaran Bantuan Cakna Hawa.

5. Pameran Maya – sepanjang : 29 – 31 Mac 2021

  • Galeri Wanita Kelantan
  • Video Produk PPWK

6. Karnival Kerjaya Wanita Peringkat Negeri Kelantan : sepanjang 29 – 30 Mac 2021 bermula jam 9.00 pagi – 5.00 petang bertempat di Crystal Colour Avenue Kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Wanita

  • 15 Majikan terlibat
  • 300 orang pengunjung dalam tempoh 2 hari

Bantuan Cakna Hawa merupakan satu tanda penghargaan untuk meraikan pekerja wanita yang berpendapatan di bawah RM 3,000. Seramai 100 orang wanita berpendapatan rendah akan dipilih di setiap DUN untuk menerima bantuan one-off sebanyak RM 100. Borang permohonan boleh didapati melalui wakil-wakil DUN yang telah dilantik melalui Majlis Perundingan Wanita Parlimen (MPWP) masing-masing.

Sumber Gambar : FB Page HSK 2021

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *