Tips Pengurusan Kewangan

Ekonomi yang tidak menentu menyebabkan setiap orang perlu merancang kewangan untuk perbelanjaan yang efisien dan tiada pembaziran. Duit bukan segala-galanya. Tetapi segala-galanya perlukan duit.

Benarkah merancang kewangan dapat membantu pengurusan harta kita dengan lebih berkesan? Bagaimana cara untuk kegunaan di dunia tapi juga untuk saham di akhirat?

Seperti yang semua sedia maklum, pasca pandemik covid-19, ramai dalam kalangan kita yang telah kehilangan sumber pendapatan. Apabila sektor telah dibenarkan beroperasi, masyarakat berkejar mahu memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing.

Gambar Hiasan : Kewangan

Bagaimana antara cara terbaik untuk kita menabung untuk kehidupan dan dalam masa yang sama juga mendapat kebaikan akhirat.

Perancangan kewangan ini bukanlah manusia merancang. Tetapi Allah S.W.T yang ajarkan. Bab kewangan Allah S.W.T telah sebut dalam al-Quran Surah Yusuf ayat 43 hingga 49 berkaitan untuk kita menjaga kewangan itu dengan baik. Surah ini mengisahkan perintah Allah S.W.T kepada Nabi Yusuf a.s ketika mana kerajaan Mesir mengalami masalah kewangan serta kemarau yang panjang sehingga menjejaskan banyak sektor.

Firman Allah Taala :


43. Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata: “Sesungguhnya aku mimpi melihat: tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-ketua kaum (yang hadir, terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini, kalau kamu orang yang pandai menafsirkan mimpi”.


44. Mereka menjawab: “Yang demikian itu ialah mimpi-mimpi yang bercampur aduk, dan kami bukanlah orang-orang yang mengetahui mimpi-mimpi (yang sedemikian) itu


45. Dan (pada saat itu) berkatalah orang yang terselamat di antara mereka yang berdua itu, dan yang baharu mengingati (akan pesanan Yusuf) sesudah berlalu suatu masa yang lanjut: “Aku akan memberi tahu kepada kamu tafsirannya. Oleh itu hantarkanlah daku pergi (kepada orang yang mengetahui tafsirannya) “.


46. (Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): “Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya”.


47. Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.


48. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).


49. “Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)”.

Maka, Allah S.W.T ajarkan tentang kepentingan persediaan.

Semak dan susun kewangan dengan baik. Apa perbelanjaan kita. Apa yang kita hendak beli dan lain-lain. 

Bahasa mudahnya, kena ada checklist. Sekarang ini dari sekecil-kecil perkara, semua perlukan duit. Sebagai contoh, hendak masuk ke tandas, kena bayar. Pengurusan jenazah pun kena bayar. Dengan isu duit ini juga boleh meningkatkan kadar jenayah apabila telah menyebabkan manusia hilang pertimbangan.

Gambar Hiasan : To Do List

Dalam al-Quran Allah S.W.T berfirman dalam surah Nun. Allah sebut kepada kita tulis apa jua checklist  dalam hidup kita. Sebab kita bukannya ingat semua benda. Rasulullah S.A.W sentiasa fikir apa yang hendak buat pada hari seterusnya. Sebab itu baginda tidak duduk diam. Sentiasa ada sahaja perkara bermanfaat yang baginda buat.

Jom usahakan dalam merancang kewangan dan kehidupan. Ambil kertas atau buku tiga (555) sebagai contoh catat esok hendak buat apa. Petang hendak buat apa. Bersedekah ke. Buat ataupun tidak, it’s okay. Tapi, yang penting ada perancangan.

Tips untuk wanita mempraktikkan

Di sini ada kepentingan untuk kita meletakkan mana keperluan dan kehendak. Dalam hadis Nabi, manusia ini Allah jadikan ada hawa nafsu. Cuma biasanya nafsu dalam membeli belah ini biasanya banyak kepada orang perempuan. Sekarang ini, jangan kita hidup dengan membanding-bandingkan orang lain. Salah kita apabila terlalu terpengaruh dengan segala benda yang dipaparkan oleh orang lain sebagai contoh di media sosial.

Gambar Hiasan: Wanita dan Beli belah

Contohnya, di TikTok, suami buat surprise belikan isteri dia kereta. Lepas itu kita pun trigger. Lepas itu kita pun mengharapkan suami kita membuatkan perkara yang sama tanpa memikirkan pro dan kontra perkara itu. Bukan soal romantik atau tidak di sini. Bahkan, kemampuan suami kamu macam mana. Hal ini boleh menyebabkan harmoni di dalam rumah tangga hilang.

Apa beza di antara keperluan dan kehendak. Keperluan ini adalah benda yang by hook or by crook kita kena ada. Seorang suami kena bagi kepada isteri keperluan seperti perlindungan yang baik, pakaian, keselamatan, makan dan minum. Keperluan ini kalau belum cukup, si isteri perlu ingatkan. Janganlah berlebih-lebihan pula.

Manakala, kehendak adalah tambahan. Apabila, segala keperluan telah berjaya dilaksanakan, maka adalah keinginan-keinginan yang lain yang boleh dibuat. Tetapi jangan mencukupkan kehendak mengatasi keperluan.

Orang islam ramai yang menjadi seperti ini sebagai contoh, baru sahaja melangkah ke alam pekerjaan, terus beli kereta melebihi 30 peratus daripada nilai gaji. Perbelanjaan seperti ini adalah tidak bijak. Gaji Rm2000, kereta harga Rm1000 perlu dibayar setiap sebulan. Datang Covid-19, mengakibatkan kerja tidak dapat dilaksanakan menyebabkan tidak boleh melakukan pembayaran.

Fitrah orang perempuan memang sukakan perbelanjaan. Tetapi, perlu sentiasa beringat. Jangan hanya mengikut kehendak hawa nafsu demi mengikuti arus sebagaimana orang lain. Ukur baju di badan sendiri. Maka, ambil peringatan, cukuplah penuhi apa yang menjadi keperluan kepada diri kita dan keluarga.

Manusia ini akan mati dengan apa yang kita hidup. Kita hidup sebagai apa? Jika kita hidup dengan sentiasa menghadiri majlis ilmu, mudah-mudahan kita mati dalam keadaan berada di taman-taman syurga. Tapi, malang sekali sekiranya sepanjang hayat kita hidup dengan perkara-perkara yang lagha dan mati dalam keadaan seperti itu, alangkah ruginya kita.

Pasca banjir ini adakah kita boleh berhutang dengan bank  untuk membaik pulih kehidupan? Kebenaran mengeluarkan simpanan KWSP atau berhutang dengan pihak bank?

Sebaiknya dalam islam, jangan ajar diri berhutang. Baginda nabi Muhammad S.A.W dalam sebuah riwayat, Aisyah r.a pernah dengar nabi S.A.W waktu solat membaca doa (Doa-doa nabi ketika nabi bagi salam). Nabi berdoa,

‘Ya Allah, aku berlindung daripada fitnah Masihi dajjal, fitnah kematian, fitnah kehidupan, fitnah kubur. Ya Allah aku mohon perlindungan dari perbuatan-perbuatan buruk dan hutang yang tertunggak.’

Sahabat tanya nabi apabila mendengar baginda melafazkan doa itu. Maka, kata baginda nabi S.A.W, sesungguhnya orang yang berhutang, dua penyakit akan menimpa mereka. Pertama, suka bercakap buruk. Kedua, suka mungkir janji.

Maka sebab itu dalam islam, apabila hutang ini menyebabkan sikap buruk tersebut. Maka islam mengajar kita supaya elakkan berhutang. Bila adanya pilihan tadi (KWSP dan juga pinjaman bank), maka KWSP adalah yang terbaik. Sebab KWSP adalah caruman kita dan itu duit kita. Kalau ada pilihan antara untuk keluarkan diri sendiri atau berhutang, jawapan 100 peratusnya adalah keluarkan duit sendiri. Sebab once kita mula berhutang, hidup tidak akan tenang. Fikir hendak bayar hutang sahaja setiap hari.

Pelaburan online, boleh ke?

Dalam islam, pertama adalah faham apa yang kita hendak buat. Knowledge comes first, profit comes later. Ilmu pengetahuan datang dahulu, barulah keuntungan datang kemudian. Bila sebut pelaburan secara online, yang ini kita sangat perlu berhati-hati. Apa yang kita bimbangkan jika itu bukan skim pelaburan, tetapi merupakan skim peleburan. Tahu peleburan itu maksudnya apa?

Gambar Hiasan : Pelaburan Atas Talian

Peleburan adalah benda-benda yang menghabiskan dan mencairkan duit kita. Ramai dalam kalangan kita cepat hendak kaya. Kalau boleh hari ini melabur, esok terus kaya. No. Jangan terpengaruh dengan skim-skim yang nonsense sebegini. Trusts with the flow. Percaya dengan proses.

Dalam saham sendiri ada banyak yang patuh syariah seperti bursa saham, cripto, IPO dan ada beberapa lagi yang dibenarkan. The rest, Forex, Skim Cepat Kaya, Piramid tidak payah lah kita terlibat. Sebab itu bila sebut pelaburan atas talian, tolonglah belajar dahulu apa yang kita kehendaki.

Sebagai contoh terlibat dengan pelaburan saham iaitu bursa saham Malaysia, kita kena cari guru-guru yang tahu pasal ini.

Imam al-Ghazali sebut dalam kitab Ihya’ Ulumuddin. Ada 4 (empat) perkara sebagai seorang islam.

  1. Kena ada iman. Iman is not an option.
  2. Kena ada ilmu. Dalam ilmu ini bukan sahaja untuk hidup sahaja. Hendak mati pun kena ada ilmu. Kalau tidak belajar ilmu kewangan, kamu bukan dapat pelaburan kewangan, tetapi peleburan kewangan. Kamu akan banyak rugi daripada untung.
  3. Kena ada amal.
  4. Kena ada ikhlas dalam setiap perbuatan yang kita lakukan.

Dalam bantuan banjir, ada juga yang tidak amanah. Mereka yang tidak berkenaan juga ambil sumbangan banjir. Boleh ke?

Dalam bab memberi bantuan ini memang akan kita jumpa orang yang suka mengambil kesempatan. Contohnya, dia tidak sepatutnya ambil, tetapi dia pergi ambil. Maka, pegang satu benda iaitu hadis baginda Nabi Muhammad S.A.W,

‘Kita makan barang haram kita akan kenyang. Tetapi ingat, ia akan menjadi najis. Maka, najis itu kita akan buang. Tetapi, yang haram kekal dalam tubuh badan kita. Haram kita masuk ke dalam syurga Allah.’

Maka, janganlah ambil hak orang lain.

Nasihat dalam menabung dan mendapatkan saham akhirat juga.

Gambar Hiasan : Saham Akhirat

Untuk saham akhirat, Almarhum TG Haron Din pernah berkata, ‘Untuk saham akhirat jangan tunggu banyak baru hendak buat. Buatlah sampai jadi banyak. Jangan tunggu kaya baru hendak bersedekah. Tetapi, bersedekahlah sampai kamu jadi kaya.’

Ukuran keberkatan bukan kepada kewangan. Kalau berkatnya adalah menjurus kepada kewangan, maka sudah pasti bank adalah yang paling berkat. Keberkatan di sini adalah sesuatu yang membuatkan hati kita sentiasa tenang, sentiasa dekat dengan Allah dan banyak lagi.

Janganlah menilai keberkatan kepada simpanan. Arwah TG Haron Din meninggal tidak meninggalkan harta yang banyak. Tetapi, berpuluh legasi yang arwah tinggalkan iaitu berpuluh pembinaan masjid. Arwah Ustaz Murtadha genap 4 tahun arwah meninggalkan kita, tidak ada duit dalam simpanan beliau. Arwah telah menginfakkan seluruh hartanya untuk agama.

Semoga bermanfaat.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Rujukan: Boleh tonton di FB Page Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita dan Madadcentre.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *