Beritahu Anak Kita 10 Perkara Ini Walaupun Nampak Remeh

10 perkara yang kita kena bagitahu anak kita walau kita nampak kecil dan remeh.

1. Beritahu anak kita bahawa dirinya adalah Hamba Allah. Nampak simple tapi ini menentukan ‘mental self image‘ anak kita.

Gambar Hiasan : Google

Anak yang tak rasa diri dia hamba Allah mudah menjadi angkuh, bossy dan merasakan kemahuan dirinya mesti dipenuhi setiap masa.

2. Beritahu anak kita bahawa dirinya dimiliki Pencipta-Nya.

Walaupun anak kita nakal-nakal sekalipun, Insya-Allah dia akan mudah balik ke pangkal jalan jika dia tahu hakikat dirinya dan siapa yang memiliki dirinya.

3. Beritahu anak kita bahawa mencari duit itu perlu tetapi bersedekah itu lebih perlu.

Barulah anak kita sentiasa ada minda suka memberi ( giving mindset ) daripada cuma menerima semata mata ( receiving mindset ).

4. Bagitahu anak kita bahawa dia bahawa bakal tempuhi 5 checkpoint:

Checkpoint 1 – mati
Checkpoint 2 – barzakh
Checkpoint 3 – mahsyar
Checkpoint 4 – mizan
Checkpoint 5 – sirat

Dan selepas itu akan berakhir sama ada di syurga ataupun neraka. Anak yang tahu checkpoint ini akan mudah tunduk hatinya dengan kebaikan.

Gambar Hiasan : Pinterest

5. Beritahu anak kita bahawa Al Quran bukan cuma untuk dilagukan semata-mata.

Al-Quran adalah kitab praktikal yang kita perlu ‘take action‘ selepas membaca dan memahaminya

6. Beritahu anak kita bahawa rezeki bukan datang daripada kita ibubapa tetapi rezeki datang daripada Pencipta.

Anak yang tahu rezeki itu adalah pemberian Penciptanya akan mudah bersyukur dan berterima kasih.

7. Beritahu anak kita bahawa selepas akil baligh dia akan terpaksa memikul banyak tanggungjawab & akan disoal di akhirat kelak tentang tanggungjawabnya.

Anak yang tahu dia dia ada banyak tanggungan akan lebih memiliki ‘sense of responsibility‘.

8. Beritahu anak kita bahawa amal soleh bukan cuma solat dan puasa.

Gambar Hiasan : Pinterest

Bekerja, makan, tidur, bantu adik beradik dan semua perkara akan jadi amal soleh asalkan diniatkan untuk Allah semata.

9. Beritahu anak kita bawa nilai adik beradik melebihi nilai segala harta benda dunia.

Anak yang tahu nilai adik beradiknya takkan mudah berkelahi berebutkan harta selepas kita sudah tiada.

10. Beritahu anak kita bahawa suatu hari nanti kita akan pergi jua dan sebaik-baik bekal yang kita ada adalah doa daripadanya.

Pelaburan paling berharga sepanjang menjadi ibubapa adalah apabila anak kita sudi mendoakan kita kerana majoriti anak di luar sana sangat jarang mendoakan ibubapanya yang sudah meninggal dunia.

#penting
#ahliKeluargaKenaTahu 

Sumber: FB Page Taufiq Razif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *