Rogol Bukan Isu Gurauan

Sejak kebelakangan ini, gangguan seksual dijadikan sebagai bahan gurauan. Adakah patut perkara ini menjadi normal dalam kalangan masyarakat kita?

Adakah isu rogol ini boleh dijadikan isu gurauan?

Rogol adalah suatu pencerobohan hak dan maruah wanita. Rogol tidak boleh dijadikan sebagai bahan gurauan sebaliknya perbuatan ini mesti dipandang serius serta kita kena bina kesedaran bahawa ini adalah isu yang serius.

Cuba kita lihat apakah hukuman dalam undang-undang jenayah islam dan juga sivil. Adakah isu ini boleh dijadikan bahan jenaka? Dalam islam, rogol ini dipanggil zina tetapi dengan paksaan. Pada zaman Rasulullah SAW dahulu ada satu kisah seorang lelaki yang merogol seorang wanita. Berita ini sampai ke pengetahuan baginda Rasulullah SAW lalu si lelaki ini diperintahkan untuk direjam sampai mati.

Hukuman ini beza dengan zina adalah zina memerlukan hukuman had iaitu memerlukan empat (4) orang saksi. Manakala rogol tidak perlu saksi.

Dalam undang-undang sivil pula, kesalahan rogol ini terletak di bawah seksyen 376 kanun keseksaan yang mana pelaku boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. Jadi hukuman ini berat.

Tempat kerja adalah ruang untuk kita mencari rezeki demi menampung keperluan isi rumah. Jadi, jika situasi di tempat kerja adanya gurau-gurauan kotor berbaur lucah sehingga membawa kepada gangguan seksual sebegini.

Gurau-gurauan lucah ini sering berleluasa di pejabat-pejabat tempat kerja. Maksudnya, pelaku juga terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka ini boleh bersembang lucah tanpa rasa malu di tempat kerja. Di manakah nilai rasa malu dan menjaga diri?

Bagi mereka yang menjaga diri, gurauan lucah sebegini menyebabkan rasa ketidakselesaan di tempat kerja. Malu itu sebahagian daripada iman. Orang yang melakukan lawak lucah ini secara tidak langsung telah menjatuhkan maruah dirinya sendiri sebelum menjatuhkan maruah orang lain.

Kadang-kadang orang berusia yang kita panggil pak cik, datuk, tok wan, mereka ini sepatutnya layak kita hormati. Tetapi, bila gurauan lucah atau double meaning menjadi mainan mulut mereka menyebabkan mereka ini tidak layak untuk dihormati.

Sebenarnya gurau-gurauan kotor lucah ini ada manifestasi. Maknanya pemikiran dan hati si pelaku terlebih dahulu telah kotor menyebabkan terzahir melalui kata-kata. Apa yang lebih teruk jika dibiarkan, hal ini akan meleret kepada perbuatan yang tidak senonoh. Mungkin terlajak kepada mencabul atau mungkin ke arah yang lebih serius daripada itu.

Sumber Gambar: Pinterest

Gangguan seksual bukan gurauan. Kalau rasa tidak selesa dan menjatuhkan maruah seperti berlaku dari segi panggilan-panggilan, unwanted gift, sentuhan-sentuhan, diarahkan buat kerja di luar skop kerja dan sewaktu dengannya. Perkara sebegini boleh berlaku tidak kira jantina dan diputuskan oleh mahkamah sebagai gangguan seksual. Sangat mengecewakan apabila perkara ini seakan telah menjadi normalisasi dengan alasan melawak.

Anak-anak kita di sekolah sedang fight untuk memastikan kawan-kawan mereka tidak bercakap tentang perkara lucah dan tidak terlibat dengan pornografi. Tetapi mak ayah pun menghadapi konflik yang sama di tempat kerja. Jadi bayangkan dua (2) generasi ini sedang tercemar. Keruntuhan rumah tangga is real di mana-mana sahaja. Suami dan isteri sebenarnya berjuang iman untuk memastikan rumahtangga itu tidak dikotori dengan perkara-perkara ini.

Sumber Gambar: Pinterest

Cuba bayangkan parents yang berada di tempat kerja berhadapan dengan gangguan seksual. Lebih terukparents itu sendiri yang terlibat dengan gangguan seksual, tetapi mahu anak-anak sendiri bersih dan tidak turut tercemar.

Sebagai ibubapa, kita perlu elak perkara ini seawal mungkin agar tidak menjadi ibubapa yang terlambat menyelamatkan anak-anak. Mungkin kita tidak tahu apa kandungan dalam telefon anak-anak perempuan mahupun lelaki.

Remaja di sekolah walaupun kita nampak mereka boleh berfikir dan dapat membezakan baik dan buruk, tetapi ketahuilah wahai ibu dan ayah bahawa mereka sedang terperangkap apabila rakan-rakan di sekolah menjadikan isu lucah sebagai bahan gurauan. Jadi, ibubapa harus cakna dengan perkara ini.

Apakah tindakan undang-undang yang boleh diambil?

Boleh adukan kepada pihak atasan seperti majikan atau pihak sumber manusia. Kebanyakan syarikat boleh ambil tindakan secara dalaman terlebih dahulu. Kalau rakan sekerja yang buat, bolehlah adukan kepada majikan. Tetapi kalau majikan yang buat, boleh buat aduan kepada orang yang lebih atas daripada majikan itu ataupun sumber manusia.

Andai tidak ada yang paling atas mungkin company yang kecil, maka kita boleh buat laporan polis. Perempuan dan juga adik-adik kalau tidak mahu buat aduan asbab tidak percayakan semua orang, jangan risau kerana kita ada pihak polis yang mana gangguan-gangguan seksual ini boleh disiasat dan pelaku boleh dituduh di bawah seksyen 54 kanun keseksaan (cabul).

Jangan diam dan jangan biarkan diri anda menjadi mangsa kepada gangguan seksual.

Kadang-kadang remaja ini pendiam dan tidak semua benda mereka akan kongsi. Nasihat kepada ibu-ibu di luar sana dalam memastikan anak-anak tidak menjadi mangsa gangguan seksual. Adakah sampai perlu check telefon anak-anak atau kenalpasti dengan siapa anak-anak berkawan sebagai langkah awal?

Bagi konteks peringkat umur orang-orang muda, parents di luar sana perlu jadikan anak-anak sebagai kawan. Maksudnya bukan bertegas sepanjang masa. Jikalau ibubapa serius dan tegas sepanjang masa menyebabkan menjadi jarak antara hubungan ibubapa dan anak-anak.

Perkara ini menyebabkan anak-anak menjadi perahsia dan tidak mudah berkongsi cerita atau sebarang masalah yang dihadapi. Perkara yang tidak serius mungkin okay. Bagaimana pula sekiranya berlaku perkara yang serius dan anak-anak tidak mahu ceritakan kepada ibubapanya. Mungkin sebab takut dipersalahkan oleh ibubapa sendiri dan sebagainya.

Sumber Gambar: Pinterest

Mungkin perlu diperkasakan peranan kaunselor di sekolah agar anak-anak pelajar ada tempat untuk meluah.

Parents kena be realistic. Kita bukan malaikat, begitu juga dengan anak-anak. Kena pastikan anak-anak kita mendapat satu mesej yang jelas bahawa apa-apa sahaja yang berlaku pada dia. Sama ada anak-anak menjadi mangsa ataupun pelaku.

Kesilapan-kesilapan yang tidak diberhentikan dalam kadar segera menyebabkan kita telah merosakkan diri mereka sendiri terlebih dahulu. Kemudian, berlanjutan merosakkan orang lain.

Dalam subjek pendidikan jasmani, tidak dinafikan elemen pendidikan seksual memang ada. Tetapi skrip mendorong ke arah boleh rogol yang viral baru-baru ini, “Kalau nak rogol, rogollah yang berumur 18 tahun ke atas.”  Skrip ini tidak sepatutnya dilafazkan oleh seorang guru sebagai pendidik. Akhirnya, murid-murid lelaki bersetuju, berteriak dan bersorak, manakala murid-murid perempuan ketakutan.

Sebagai kesimpulan, adik-adik dan wanita-wanita di luar sana sekiranya anda menghadapi gangguan di luar sana, atau anda tahu perkara ini ada berlaku kepada orang sekeliling. Pertama, hentikan perbuatan mereka dengan mambuat laporan polis. Hal ini kerana, perbuatan rogol ini adalah satu perkara yang mungkar. Perbuatan jenayah rogol ini bukan hanya boleh berlaku kepada kita seorang, bahkan kepada orang lain juga.

Pertahankan maruah adalah suatu tuntutan dalam Islam. Insya-Allah, Allah akan melindungi anda. Kalau rasa tidak selamat, boleh hubungi talian kasih. Jadi, keluarkan diri anda atau bantu mangsa dari kepompong masalah ini. Antara perkara yang terkandung dalam maqasid Syariah adalah menjaga maruah. Hal ini sangat penting dan jangan biarkan masalah ini berterusan. Cari pelindung. Dapatkan bantuan sama ada call talian kasih 15999, buat laporan polis atau buat aduan kepada orang-orang yang anda percayai.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Tontonan asal boleh ke FB Page Generasi wanita sejahtera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *