Baru-baru ini, sebuah loji sembelihan di Australia digantung serta merta selepas wujud dakwaan pelanggaran protokol halal yang digariskan JAKIM.
Badan Pensijilan Halal Negara itu juga diberikan surat tunjuk sebab sementara siasatan menyeluruh dijalankan.
Bagaimana mekanisma ini dijalankan, dipatuhi dan dilaksanakan dengan begitu ketat demi menjaga status halal Malaysia yang diyakini ramai.
Dalam sesebuah rumah sembelihan di luar negara yang hendak diluluskan, beberapa peringkat perlu dilalui. Pihak berautoriti yang terlibat adalah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia sebagai badan yang meluluskan lesen, permit import untuk membawa masuk daging daripada luar negara.
Langkah 1: Memproses dokumen dan permohonan
- Perlu melalui proses penilaian dan inspeksi oleh pihak berautoriti di negara tersebut. Lalu, satu senarai nama rumah sembelihan akan dikeluarkan oleh mereka.
- Setelah mendapat kelulusan oleh pihak berautoriti negara mereka, barulah diangkat ke Pusat Perkhidmatan Veterinar di Malaysia.
- Kemudian diangkat ke JAKIM. Di sini ada 2 peranan yang perlu dimainkan. Pertama adalah aspek teknikal dan kedua adalah aspek halal. Aspek teknikal akan dinilai oleh Jabatan Veterinar. Manakala, aspek halal dinilai oleh JAKIM. (Dokumentasi, rekod, bagaimana pematuhan, amalan rumah sembelihan itu sendiri).
- Proses pengauditan dan kelapangan.
Apa tindakan yang boleh diambil oleh JAKIM di atas dakwaan yang berlegar
Proses pengiktirafan ataupun kelulusan rumah sembelihan luar negara ini melibatkan pelbagai pihak. Bukan pihak JAKIM semata-mata. Jika wujud aduan, kita mempunyai prosedur pasca pengiktirafan atau kelulusan.
Melaksanakan pemeriksaan berjadual kepada semua rumah sembelihan yang terbabit akan dijalankan. Di Australia, kita ada badan islam yang diiktiraf dan Jabatan Veterinar Australia sebagai jawatankuasa penilai.
Mereka inilah yang bertanggungjawab melakukan supervision terhadap rumah sembelihan. Setelah mereka meluluskan, barulah kita akan turun padang untuk menilai dan meluluskan sebelum diiktiraf. Kemudian selepas mendapat kelulusan, mereka akan membuat penilaian susulan.
Jika ada aduan sebagaimana yang diperkatakan, sudah pasti ada tatacara dalam kita mengendalikan aduan tersebut (SOP). Maka, kalau proses awal tadi melibatkan semua pihak, aduan yang dibuat juga kita akan balik kepada pihak-pihak terbabit untuk kita dapatkan maklumat apa sebenarnya yang berlaku. Kita tidak boleh mendengar satu pihak sahaja. Barulah siasatan kita akan mencapai objektif.
Bagaimana JAKIM sekarang menyantuni netizen
Pemahaman perlu diberikan kepada masyarakat supaya mereka tidak hanya menerima daripada satu sumber sahaja. SOP sedia ada telah pun terpakai dalam menghadapi isu ini. Kita juga akan pantau badan Islam terbabit. Terutama sekiranya mereka gagal membuat laporan yang dikehendaki, kita akan bagi surat tunjuk sebab.
Antara contoh status halal sesebuah rumah sembelihan ditarik balik (Bentuk-bentuk perlanggaran)
Perlu difahami bahawa bidang kuasa penarikan balik status halal adalah di bawah Jabatan Veterinar Negara. Maka JAKIM dalam aspek halal sekiranya berlakunya perlanggaran terdiri dari awal sampai akhir rantaiannya (Penerimaan haiwan tersebut sehinggalah dibungkus dan bersedia untuk dieksport).
- Tukang sembelih menyembelih haiwan tidak putus uratnya ataupun sembelih berlaku dua kali dengan sengaja oleh pelakunya.
- Haiwan yang sakit dibawa masuk juga sembelih dan mati sebelum sembelihan dibuat.
- Proses pendarahan (Proses menyembelih sehingga haiwan itu mula mati) tidak boleh ada apa-apa aktiviti yang ditengah-tengahnya yang membantutkan proses pendarahan selepas sembelihan.
- Proses buang kulit, lapah dan potong yang tidak dipatuhi amalan-amalan kebersihannya.
Dengan perlanggaran ini, JAKIM akan kembali kepada pihak yang berkuasa (Jabatan Perkhidmatan Veterinar) berdasarkan penemuan-penemuan yang ada dan telah disepakati serta diakui oleh pihak berautoriti Australia akan bawa pengesyoran dalam aspek halal bahawa rumah sembelihan ini ada pelanggaran-pelanggaran yang dilakukan.
Semoga sedikit sebanyak gambaran bagaimana proses pengiktirafan sijil halal ini dapat memberikan sedikit info kepada kita semua.
Artikel disediakan oleh penulis wk.com
Rujukan : Analisis Daging import, SOP longgar?