6 Tips Wanita Bijak Urus Kewangan Keluarga

Malaysia dan seluruh dunia mengalami masalah kemelesetan ekonomi yang agak membimbangkan. Setiap 10 tahun sekali biasanya akan berlaku kitaran kemelesetan ekonomi ini. Fiqh kewangan amat penting terutama wanita walaupun yang tidak bekerja untuk menjaga keluarga.

Gambar Hiasan: Google

Selepas pasca pandemik, ramai yang terkesan dan terpaksa buat pelbagai kerja demi memenuhi keperluan hidup dan keluarga. Sebagai wanita kita kena sangat peka dan perlu sensitive dengan ilmu kewangan keluarga.

Wanita merupakan pemimpin dalam rumahtangga suaminya. Pemimpin bukan hanya bermaksud memastikan rumah kemas, rumah bersih dan menjaga anak sahaja, tetapi sebenarnya tonggak ekonomi keluarga berada di bahu sang ibu ataupun isteri (Wanita).

Gambar Hiasan : Google

Perbelanjaan akan banyak fokus kepada:

  1. Macam mana kita hendak sara keluarga.
  2. Macam mana hendak memastikan keluarga dapat meneruskan kelangsungan hidup.
  3. Memastikan kewangan keluarga stabil.
  4. Memastikan keluarga dapat menikmati apa yang sepatutnya diperolehi.
  5. Memastikan tanggungan-tanggungan yang lain seperti ibu bapa, adik-beradik dan lain-lain.
Gambar : Google

Wanita dalam mengurus kewangan keluarga biasanya lebih cakna akan keadaan di dalam dan luar rumah. Boleh dikatakan wanita yang banyak ambil tahu. Jadi, begitu penting wanita perlu tahu selok-belok kewangan. Hal ini akan menyumbang kepada sebuah keluarga Sakinah, mawaddah dan warahmah.

6 Tips keperluan wanita untuk belajar urus kewangan keluarga yang baik:

Gambar Hiasan : Google
  1. Kita kena tahu niat dan prinsip-prinsip asas kewangan islam. Contoh kepentingan pendidikan awal anak-anak demi melahirkan generasi yang berilmu dan bermanfaat buat agama, bangsa dan negara. Dengan ilmu, Insya-Allah anak-anak kita akan boleh berdikari, bermanfaat di dunia dan akhirat. Inilah aset yang paling penting.
  2. Rezeki adalah milik Allah dan pinjaman semata-mata. Pinjaman Allah di sini bermaksud bila-bila masa Allah akan ambil. Rezeki sikit mahupun banyak hendaklah sentiasa bersyukur. Kekalkan sikap yang baik tidak kira jumlah rezeki yang diperoleh banyak atau sedikit.
  3. Dalam rezeki atau pendapatan kita ada juga rezeki orang lain. Milik kita hanya untuk keperluan dan tidak melampaui batas. Selebihnya perlu dikongsi kepada ibu bapa, adik-beradik dan dalam masa yang sama zakat dan sedekah. Tetapi, simpanan jangan dilupakan.
  4.  Sentiasa semak sumber pendapatan kita halal atau haram. Jauhi riba, perkara haram dan sesuatu yang dimurkai Allah. Contoh, perlu tahu slip gaji suami.
  5. Kena belajar mencatat dan mengira. Wajib kita tulis terutama catatan kewangan dan juga hutang serta inflasi dalam keluarga. Kena tahu istilah debit dan kredit. Hal ini hendak memastikan tidak berlaku kebocoran kewangan yang melampau.
  6. Kenali kehendak dan keperluan. Jangan ikut trend. Jangan ikut nafsu. Rumah sendiri, pakaian, kesihatan, makan minum, keselamatan dan pendidikan adalah 6 perkara yang penting dan perlu.

Semoga bermanfaat.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Sumber: FB Page Ustazah Asmak Husin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *