Rejection Is A Positive Experience

Rejection is a positive experience…

Berapa ramai orang berjaya,
selepas dia gagal banyak kali.

Gambar : Google

Berapa ramai orang tercapai hasrat dan impian, setelah mencuba berkali-kali?

Berapa ramai yang jatuh, bangun kembali, jatuh lagi, kemudian bangun lagi … Terus bangun

Bukankah Hajar berulang-ulang melakukan pendakian dan ulang alik tujuh kali? Bahkan ia menjadi rukun Haji.

Hajar menunjukkan kepada kita untuk mendapatkan sebuah ‘telaga zamzam’ berkekalan sehingga ke hari ini
menuntut usaha berganda-ganda setelah hampa, tak berjaya, tetapi tidak sesekali mati punca.

Gambar Hiasan : Google

Berapa ramai yang ditolak hasil kerjanya,
kemudian dia menghasilkan/menunjukkan
prestasi kerja yang lebih bermutu, dengan idea yang lebih baik, lebih berinovasi…?

Kita/hasil usaha Kita mungkin ditolak hanya kerana satu atau dua sisi pandangan.

Penolakan itu akan memberi peluang baharu untuk kita melihat kembali sisi yang itu dengan paradigma memperbaikinya dan juga meneroka sisi-sisi yang lain.

Bukankah Nabi Yaakub berpesan kepada anak-anaknya – masuklah (Mesir) dari pintu-pintu yang berbeza?

Ini semua menunjukkan kepada kita,
bahawa satu pintu yang tertutup mungkin berbahaya sekalipun pintu itu pintu biasa…
Boleh dicari lagi peluang dari pintu-pintu alternatif yang lain.

Sumber: Google

Nabi Muhammad SAW ditolak oleh kaum kerabat dari keluarganya sendiri. Namun ada ‘Keluarga-keluarga’ di Madinah yang menghargai baginda. Mereka yang menghargai akan terus menghargai. Manakala yang menolak, akan mengambil masa yang lama untuk berubah dan diyakinkan.

Apakah Nabi pernah berhenti?

Tidak. Baginda mengubah fokus. Dari Mekah ke Madinah. Begitulah kehidupan kita.

Ubahlah diri kita.

Sumber: FB Page Najah Nadiah Amran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *