Wanita Dambaan Syurga Insyaa Allah

Tajuk yang dibawakan ini sangat bermakna jika difahami dengan betul-betul. Wanita dambaan syurga? Cuba bayangkan, siapa sahaja yang tidak mahu menjadi wanita dambaan syurga.

Syurga itu adalah suatu tempat kembali yang sangat indah. Merupakan satu impian dan cita-cita serta tujuan hidup setiap orang sebagai tempat kembali yang tidak ada mati lagi selepas itu. Tempat Kembali kita di akhirat itu ada dua antara syurga dan neraka. Mudah-mudahan, boleh masuk ke dalam syurga Allah kerana sesungguhnya nikmat syurga itu terlalu banyak.

Ada satu gambaran hamba Allah yang terakhir masuk syurga, yakni syurga yang paling bawah, sudahpun terasa satu nikmat. Syurga paling bawah pun dikatakan seakan 10 kali ganda kecantikan dunia. Kalau lah kita kata, kita ada satu kebun yang luas, ditengahnya ada tasik dan merupakan satu kawasan taman yang indah, dipenuhi pelbagai bunga-bungaan. Tasik pula kebiru-biruan. Masha Allah. Dengan keberadaan kita di situ, angin sepoi-sepoi bahasa. Itu baru di dunia. Tidak dapat dibayangkan di syurga yang terakhir yang 10 kali ganda keindahan di dunia pada masa itu.

Sumber gambar : Google
Sumber Gambar : Google

Bayangkan Kashmir antara salah satu tempat yang indah di dunia. Tapi syurga 10 kali indah meskipun di tingkat syurga yang terakhir dan tidak ada mati lagi setelah itu.

Dambaan adalah satu keinginan yang kuat. Wanita dambaan syurga adalah wanita yang dirindui syurga. Wanita yang nak sangat menjadi penghuni syurga tersebut. Jadi wanita yang bagaimana dikatakan wanita dambaan syurga ini.

Kita cuba tanya suami atau adik beradik lelaki kita ke, apakah yang satu keinginan yang besar yang ada pada diri mereka apabila kita kembali ke alam akhirat. Sudah tentu mereka akan cakap, mereka ingin hidup di dalam syurga bersama dengan pasangan hidup yang sangat cantik iaitu bidadari syurga. Kenapa inginkan bidadari? Bidadari ini merupakan wanita yang sangat cantik di dalam syurga, bermata jeli (mata yang menggoda), bila dipandang wajahnya, kita tak nak berpaling ke arah lain. Macam kita kata, bila kita jumpa dengan artis tersohor. Cantik. Tapi, bidadari di syurga ini Subhanallah tidak dapat ditandingi oleh mana-mana wanita cantik di dunia. Wajah yang semula jadi, tanpa make up.

 Isteri penghuni syurga dalam keadaan suci dan tidak datang haid. Tiada nifas. Tiada najis. Peluh pun wangi. Berada dalam keadaan serba sempurna dan cukup pakej. Cantiknya bidadari putih melepak dan diletakkan di dalam setiap bilik dalam istana di syurga. Maksudnya di bilik itu digambarkan berada di tepi sungai dengan keluasan kawasan 40 hasta. Masha Allah. Itu baru bidadari.

Imam at-Tabrani menceritakan seorang isteri Rasulullah SAW yang bernama Ummu Salamah r.a bertanya kepada baginda,

“Siapakah bidadari yang punyai mata yang berkelimpang di dalam syurga nanti?”

Kita tidak boleh bayang macam mana sebab itu di luar jangkauan akal fikiran dan mata kita. Jadi kalau kita lihat di sini, sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah al-Waqiah ayat yang ke-22 bermaksud,

“Dan mereka dilayani bidadari-bidadari yang cantik parasnya.”

Kemudian, Baginda menjawab,

“Bidadari-bidadari itu mempunyai kelopak mata yang bercahaya, bukan mata yang bercahaya. Berkelip-kelip seolah-olah burung nasar.

Namun, Ummu Salamah bertanya lagi kepada Rasulullah SAW,

Tentang firman Allah SWT dalam Surah al-Waqiah ayat 23,

‘Seperti Mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.”

Gambar: Google
Gambar Mutiara di dasar laut: Google

 Baginda menerangkan jernihnya ia umpama mutiara di dalam laut dalam yang tersimpan di dalam cengkerangnya yang belum pernah disentuh oleh tangan sesiapapun. Bagi yang pernah ke Sabah, pernah nampak tak mutiara? Pernah tak kita jumpa Mutiara yang masih berada di dalam cangkerangnya. Jadi maknanya, di dalam sarang dan juga nun di dasar laut yang belum pernah disentuh oleh tangan-tangan manusia. Masih suci, bersih. Mashaa Allah.

Lalu, Ummu Salamah bertanya lagi kepada baginda akan maksud firman Allah dalam Surah al-Rahman ayat 70,

‘Dalam kedua-dua syurga itu juga terdapat teman-teman yang baik akhlaknya lagi cantik parasnya.’

Dan kemudian diterangkan oleh Rasulullah SAW, ‘Bidadari itu punya akhlak yang baik dan sopan tingkah lakunya.

Ummu Salamah bertanya lagi, ‘Apakah maksud bidadari itu seperti telur yang tersimpan dengan kemas?’

Lalu dijawab oleh baginda SAW, “Kelembutan paras bidadari itu selembut selapuk di dalam telur.

Bagaimana kita nak bayangkan. Sudahlah kelopak mata yang bercahaya. Kulit pula putih melepak. Lepas itu, akhlak yang baik dan sopan santun.

Kalau dulu kita digambarkan dengan wanita timur yang sopan santun dan ayu. Maknanya selalu digambarkan oleh banyak rancangan televisyen. Bila bercakap itu, wanita melayu halus dan lembut sahaja.

Sumber Gambar : Google

Di sini Rasulullah SAW menggambarkan kepada kita tentang bidadari.

Tapi kalau kita lihat di sini, itu bidadari.

Mungkin kita tertanya-tanya mana tempat kita. Kita ini wanita asalnya di dunia. Bidadari ini memang Allah telah jadikan mereka di syurga. Kalau macam kita ini wanita dunia. Di mana tempat kita? Kalaulah kita kata suami kita mengimpikan berjumpa dengan bidadari, bila kita Kembali ke alam abadi (akhirat), mana tempat kita? Adakah suami kita ini akan bersama dengan bidadari sahaja dan tidak menghiraukan kita ke? Ataupun, bagaimana?

Jadi, ini merupakan satu persoalan. Sedangkan, bila kita sebut di sini, wanita dambaan syurga ini atau wanita yang dirindui syurga ialah dalam kalangan kita. Kenapa disebut begini? Disebutkan kepada kita bahawa Allah meninggikan kedudukan muslimah lebih jauh dari kedudukan para bidadari syurga. Malah, secantik 72 kali ganda bidadari syurga.

Kalau lah kita kata bidadari itu tadi mempunyai kulit yang putih melepak, boleh bayangkan atau tidak macam mana 72 kali ganda putih melepak itu. Bidadari digambarkan bermata jeli atau mata menggoda, maka 72 kali ganda lebih menggoda mata muslimah.

Malah pernah dikhabarkan kepada kita bahawa wanita dunia ini apabila dimasukkan Allah ke dalam syurga, sekali suami memandang kita, datanglah seribu bidadari pun, suami kita tidak akan pandang. Ini istimewanya wanita dunia (muslimah) yang bila dikembalikan kepada Allah SWT ke syurga, kecantikannya, keayuannya, menariknya kita 72 kali ganda daripada bidadari di syurga.

Maka, sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT sekalian, Mashaa Allah. Siapakah kita yang menjadi wanita dambaan syurga? Bagaimanakah kita hendak menjadi wanita dambaan syurga?

Contoh wanita-wanita yang pernah hidup bersama dengan Rasulullah SAW yang juga digambarkan kepada kita sebagai wanita ahli syurga.

Kata-kata daripada Sayyidatina Aishah r.a berkata, ‘Saya tidak pernah rasa cemburu terhadap mana-mana isteri Rasulullah SAW seperti saya mencemburui Khadijah r.a. selaku isteri pertama Rasulullah SAW. Selama mana Rasulullah SAW bersama dengan Sayyidatina Khadijah r.a, Rasulullah tidak berpoligami.

Sumber Gambar : Google

Jadi disebut oleh Sayyidatina Aishah r,a maksudnya,

“Meskipun beliau telah meninggal dunia Ketika baginda mengahwiniku. Maksudnya selepas Sayyidatina Khadijah wafat, barulah Rasulullah SAW mengahwini Sayyidatina Aishah r.a. Tetapi saya sering mendengar Rasulullah SAW menyebut-nyebut perihal Sayyidatina Khadijah r.a dan Allah SWT telah memberitahu baginda bahawa Allah telah membina sebuah istana bernama Qasab yang diperbuat daripada batu permata dan mutiara di syurga.

Walaupun Sayyidatina Khadijah ini telah wafat, tapi rasulullah SAW sentiasa menyebut namanya sehingga Sayyidatina Aishah r.a rasa cemburu. Pernah suatu hari, Sayyidatina Aishah r.a sebut kepada Rasulullah SAW, kenapa masih sebut nama Sayyidatina Khadijah r.a. Sedangkan dia ada. Kan dirinya lagi muda. Kita kata Sayyidatina Aishah r.a ini merupakan isteri Rasulullah SAW yang perawan, dikahwini semasa masih gadis sunti dan paling muda. Jadi kenapa nak ingat lagi.

Satu pesanan kepada kita yang berkahwin dengan seorang lelaki yang pernah ada isteri. Kalaulah kita kata perkara ini normal atau biasa pada seorang lelaki yang berkahwin tidak akan melupakan wanita pertama yang dicintainya. Jadi, begitu juga dengan Rasulullah SAW. Mungkin ada sesuatu pada Sayyidatina Khadijah r.a buat sehinggakan baginda sampai bila-bila terus teringat akan dirinya.

Sayyidatina Khadijah r.a bukan disayangi oleh Rasulullah dan Allah SWT. Peristiwa baginda menyembelih kambing, pasti Rasulullah SAW akan mengirimnya kepada rakan-rakan Khadijah r.a.

Siapa sebenarnya Sayyidatina Khadijah r.a ini?

Kalau kita kata kita mahu menjadi wanita dambaan syurga, kita kena ambil dan contohi peribadi wanita-wanita atau muslimah yang telah diperakui sebagai ahli syurga. Antaranya, Sayyidatina Khadijah r.a sendiri.

Sayyidatina Khadijah r.a bukan calang-calang wanita. Beliau merupakan ahli korporat, business woman yang berharta, tinggi darjat dan kedudukan pada masa itu serta merupakan wanita bangsawan. Wanita yang dipandang tinggi oleh masyarakat pada masa itu.

Tapi, Sayyidatina Khadijah r.a juga isteri kepada sosok agung baginda Rasulullah SAW, ibu kepada seluruh umat Islam dan merupakan insan istimewa di samping Rasulullah SAW yang telah bergadai seluruh hartanya yang sementara di dunia untuk menegak Islam.

Serba sedikit bagaimana menjadi wanita dambaan syurga terutama di zaman yang serba mencabar kini. Marilah kita berusaha meraihnya. Inshaa Allah.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com.

Pautan asal boleh tonton di Page DMPM Negeri Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *