Surah al-Baqarah ayat 232
Apabila kamu menceraikan isteri-isterimu lalu habis ‘iddah mereka. Maka janganlah kamu (Wahai wali-wali nikah) menghalangi mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (Lelaki dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik (yang dibenarkan oleh Syarak). Demikianlah diberi ingatan dan pengajaran dengan itu kepada sesiapa di antara kamu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih suci. Dan (ingatlah) Allah mengetahui (Akan apa yang baik untuk kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.
Tadabur Surah Al-Baqarah ayat 232
- Tamat ‘iddah mengikut mazhab Syafie adalah 3 kali suci.
- Turunnya ayat ini kerana Allah menegur seorang lelaki yang menceraikan isterinya sekali atau dua kali menurut kitab Ibnu Katsir.
- Sekiranya pasangan ini bersetuju untuk rujuk Kembali, maka wali tidak ada hak untuk menghalang.
- Anak dara tidak boleh dinikahi tanpa ada wali. Janda boleh kahwin walaupun tanpa izin wali (Rujuk dengan bekas suami).
- Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui.
Perkataan wali adalah berasal dari bahasa arab. Wali juga boleh jadi pemerintah iaitu yang telah ditaklifkan. Wali dari segi bahasa adalah seorang yang dekat atau hampir. Sebab itu seorang anak dara, walinya adalah siapa yang hampir dan dekat. Paling dekat adalah bapanya.
Perkataan yang disebut al-wilayah dipanggil wali juga yang bermaksud ketua kerajaan, sultan ataupun hakim. Ulul Amri yang Allah perintahkan kita untuk ditaati adalah wali selagi mana tidak menyuruh kepada perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak.
Wali juga bermaksud orang yang hampir, dekat dan boleh menguruskan pernikahan ataupun harta. Jadi, berturutan kepada susunan wali yang ditetapkan dalam islam sekiranya wali yang paling hampir tidak ada.
Hadis at-Tarmizi dan Imam Daud
Kata baginda Rasulullah SAW, ‘Mana-mana perempuan yang berkahwin tanpa izin walinya (Anak-anak dara), nikahnya itu adalah batil. Nikahnya itu adalah batil. Nikahnya itu adalah batil.’
Sekiranya telah bersama pasangan, mereka kena dipisahkan dan hak menerima mas kahwin bagi perlu diberi juga. Jika berlaku perbalahan tentang wali, maka orang yang diamanahkan (Sultan, Qadi ataupun hakim) boleh menjadi wali kepada mereka yang tidak ada wali. Setiap pertikaian itu ada penyelesaiannya.
Jadi, orang yang ada wali jangan pinggirkan walinya. Wali ini peranannya sangat besar terutama dalam institusi kekeluargaan.
Adakah kepentingan wali ini sama penting dengan lantikan Amirul Mukminin?
Wanita ini mesti kena ada orang yang menjaganya. Wanita akan dijaga oleh ayahnya di waktu kecil. Kemudian, bila sudah sampai umur akil baligh sampai umur dewasa dan melayakkannya untuk bernikah dan ayahnya mengizinkannya. Maka, hak itu berpindah daripada ayah kepada seorang suami.
Maka, sekiranya suami ini telah menjaganya sampai satu tahap tiba-tiba meninggal dunia, jadi wanita ini akan berpindah balik pergi kepada wali dan ahli keluarganya.
Allah menjaga wanita dengan penjagaan yang sangat rapi dan diangkat pangkat dan martabat wanita. Lelaki tidak termasuk kerana lebih berdikari dan bertanggungjawab.
Kita kena tahu kategori-kategori wali.
Jenis-jenis wali
- Wali Mujbir. Mempunyai kuasa mengahwinkan walaupun tanpa izin bakal pengantin perempuan. Tetapi, tetap juga kena ada perbincangan. Siapa mereka? Bapa, datuk sebelah bapa, adik beradik seibu-sebapa, adik beradik lelaki sebapa, anak saudara lelaki daripada adik beradik seibu sebapa dan panjang lagi dalam lingkungan 14 mengikut turutan wali.
- Wali Aqrab. Mempunyai hubungan yang dekat dengan bakal pengantin perempuan. Siapa mereka? Adik beradik lelaki atau anak saudara lelaki. Hanya tertakluk kepada syarat tertentu.
- Wali Ab’ad. Mempunyai hubungan yang jauh dengan bakal pengantin perempuan. Antaranya, datuk saudara (Adik beradik datuk) atau moyang saudara juga tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
Dalam mazhab Syafie, sekufu atau sama padan sangat penting untuk menjaga kemaslahatan yang sangat panjang.
Autoriti boleh gugur sekiranya wali berbuat maksiat. Perbahasan dalam kalangan ulamak ada dua cara. Contohnya, wali yang dikehendaki adalah fasik akan digugurkan dari menjadi wali dan berpindah kepada datuk sebelah bapa (Mengikut turutan yang ditetapkan oleh syarak).
Apa yang diamalkan di Malaysia, wali yang ingin menikahkan anaknya mestilah seorang yang baik. Hikmahnya kita minta dia (Wali yang tidak baik) mengucap dan istighfar. Kaedah ini secara halus bagi menjaga aib si wali itu sendiri.
Wali nasab berpindah kepada wali hakim.
Sekiranya berlaku pertikaian (Fasik dan tidak sekufu misalnya), akan pergi kepada wali hakim. Selain itu, jika lebih dari dua marhalah (81 KM dalam mazhab Syafie), dan wali itu tidak boleh pergi. Waktu itu, bolehlah diwakilkan wali itu dengan syarat diizinkan. Sebagai contoh, anak-anak yang berkahwin sewaktu belajar di luar negara.
Antara syarat-syarat wali.
- Islam.
- Akil baligh.
- Keimanan tinggi.
- Matang.
- Amanah.
- Jujur.
Artikel disediakan oleh penulis wk.com