Gerakan Fenimisma, Persamaan Gender Dan Pemahaman Agama

Fahaman persamaan hak antara lelaki dan perempuan ini akan mempengaruhi struktur hukum dalam keluarga, sehingga dengan alasan ’persamaan hak’ mereka menuntut larangan berpoligami, kerana poligami merupakan ketidakadilan terhadap wanita. Demikian juga dengan alasan ’persamaan gender’ gerakan ini menuntut agar diubah hukum perkahwinan berbeza agama, kerana perkahwinan berdasarkan agama menurut gerakan ini bertentangan dengan asas persamaan hak.

Demikian juga menurut gerakan feminisme, ijab dan qabul pernikahan bukan dilakukan oleh pihak lelaki sahaja, tetapi juga boleh dilakukan oleh pihak perempuan. Dalam masyarakat muslim liberal India, pernah terjadi perkahwinan yang dilakukan oleh seorang wanita, dengan tuan qadhi wanita, dan saksi wanita. Dalam bab hak cerai pula, berdasarkan hukum persamaan hak, jika suami berhak menceraikan isterinya dengan suatu lafaz cerai, maka mengapa wanita tidak boleh menceraikan suaminya secara langsung tanpa perlu membuat tuntutan cerai melalui mahkamah syariah, sedangkan selama ini suami berhak menceraikan isteri tanpa melalui proses tersebut? Oleh sebab itu, dengan dalil persamaan hak, isteri juga mempunyai hak untuk menceraikan suami tanpa melalui proses tuntutan ke mahkamah. 

Demikian juga dalam persoalan iddah (masa menunggu perkawinan selanjutnya) bagi perempuan yang diceraikan. Jika selama ini setelah bercerai atau kematian pasangan, seorang suami boleh terus berkahwin tanpa menunggu tempoh iddah, sedangkan isteri harus menunggu tempoh iddah selama 3 quru’ (3 kali suci daripada haid) sebelum berkahwin semula, maka menurut gerakan feminisme ini tidak adil. Menurut mereka jika wanita mempunyai tempoh iddah, maka lelaki juga harus mempunyai tempoh iddah, malahan mereka menuntut tempoh iddah lelaki selama 130 hari. Atau sebaliknya, jika lelaki dapat berkahwin tanpa melalui tempoh iddah, maka demikian juga perempuan yang diceraikan dapat berkahwin semula tanpa harus menunggu tempoh iddah tersebut. – Jawatankuasa Pemikir Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah ditubuhkan pada 20 Mac 2012. Sila rujuk http://www.muftiwp.gov.my/v1/ untuk mengetahui matlamat dan objektif penubuhan.  

Demikian juga gerakan ini menuntut persamaan memusakai harta antara lelaki dan perempuan. Jika selama ini harta pusaka lelaki adalah dua bahagian berbanding satu bahagian sahaja harta pusaka perempuan, maka menurut gerakan feminisme, ini merupakan suatu ketidakadilan, maka mereka menuntut persamaan hak di antara lelaki dan perempuan dalam pembahagian pusaka dengan masing-masing memperolehi satu bahagian.  

Gambar Pinterest

Lebih hebat lagi gerakan ini meminta perkahwinan antara lelaki dengan lelaki, atau antara wanita dengan wanita juga harus dianggap sah, kerana perkahwinan yang dibenarkan antara lelaki dan perempuan merupakan ketidakadilan gender. Musdah Mulia dalam buku ”Islam Agama Rahmat Bagi Alam” menyatakan, : “menurut hemat saya, yang dilarang dalam teks-teks suci tersebut lebih tertuju pada perilaku seksualnya, bukan pada orientasi seksualnya. Mengapa? Sebab menjadi heteroseksual, homoseksual (gay atau lesbi) dan biseksual adalah kodrati, sesuatu yang “given” atau dalam bahasa fikih dapat disebut sunatullah sementara perilaku seksual bersifat konstruksi manusia jika hubungan sejenis atau homo, baik gay atau lesbi sungguh-sungguh menjamin kepada pencapaian tujuan dasar tadi, maka hubungan demikian dapat diterima “.

Pada waktu undang-undang perceraian di Mesir disahkan atas landasan persamaan gender, di mana undang-undang membolehkan seorang isteri menjatuhkan cerai kepada suami-suami mereka, maka sejak dikuatkuasakan undang-undang tersebut sehingga tahun 2009 telah terdapat 12,000 orang suami di Mesir yang diceraikan oleh isteri-isteri mereka, sehingga suami yang diceraikan tersebut membentuk sebuah organisasi bekas suami yang menuntut kepada Mahkamah Mesir, dan Lembaga Fatwa Al-Azhar untuk merubah undang-undang tersebut. Inilah akibat jika undang-undang persamaan gender diterapkan dalam hukum perceraian, sehingga perempuan mempunyai hak menceraikan suami, walaupun perkara sedemikian bertentangan dengan hukum fekah.  

Gambar Google

Demikian juga di India menurut akhbar Malay Today,13 Ogos 2008, kelompok Muslim Liberal telah menjalankan satu pernikahan yang dilakukan oleh wali perempuan terhadap calon pengantin perempuan, sehingga akad nikah diucapkan dengan ucapan dari seorang wali perempuan: “Aku nikahkan engkau (calon pengantin perempuan) dengan si fulan (calon pengantin lelaki)“. Perkahwinan tersebut disahkan oleh dua orang saksi perempuan. Ini semua terjadi akibat hukum persamaan gender dibenarkan berlaku, sedangkan penjaga perempuan dalam syariat Islam tidak boleh menjadi wali dalam pernikahan kerana hanya lelaki sahaja yang mempunyai hak menjadi wali. – Hamid Fahmi,

Liberalisasi Pemikiran Islam, CIOS-ISID, Gontor, 2007, hal.110 3 Laman web www.eramuslim.com,10 Desember 2009 4 Malay Today,13 August 2008. Demikian juga dalam hukum perkahwinan muslim, sepatutnya akad nikah dilakukan oleh wali pengantin perempuan kepada pengantin lelaki, bukan kepada pengantin perempuan.  Saksi perkahwinan juga yang disyaratkan lelaki dari dua keluarga, dirubah menjadi saksi perempuan. Tanpa disedari gerakan persamaan gender telah merubah hukum-hukum fekah yang telah ditetapkan oleh nas agama. Dengan kata lain, jika hukum persamaan gender ini berlaku secara menyeluruh, maka semua hukum fekah akan diubah kerana dalam ajaran Islam, banyak syarat yang hanya dapat dilakukan oleh lelaki sahaja, seperti  syarat perwalian, syarat menjadi imam solat Jumaat, dan sebagainya.  Pada bulan Jun 2012 yang lalu, Parlimen Indonesia yang disebut dengan nama  Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia membahas Rancangan Undang-Undang Kesetaraan dan Keadilan Gender (RUU KKG) yang akan menjadi rujukan hukum bagi bangsa Indonesia.  Dalam Draft RUU KKG yang disebarkan kepada masyarakat untuk mencari pandangan dan pendapat, terdapat beberapa hal yang dapat merubah tatacara sistem keluarga dan hukum keluarga bagi masyarakat muslim. Jika undang-undang tersebut dipersetujui oleh anggota dewan dan disahkan, maka ia dapat menjadi landasan hukum bagi pelanggaraan hukum fekah keluarga, seperti hukum perkahwinan, hukum perceraian, hukum faraid dan sebagainya yang menyentuh kedudukan perempuan dalam suatu agama.  

Dalam Draft RUU KKG tersebut tertulis: “ Gender adalah pembedaan peran dan tanggungjawab laki-laki dan perempuan yang merupakan hasil konstruksi sosial budaya yang sifatnya tidak tetap dan dapat dipelajari, serta dapat dipertukarkan menurut waktu, tempat, dan budaya tertentu dari satu jenis kelamin ke jenis kelamin lainnya”. (Fasa 1: 1). Definisi gender yang tertulis dalam ayat “Gender adalah pembedaan peran dan tanggungjawab laki-laki dan perempuan yang merupakan hasil konstruksi sosial budaya yang sifatnya tidak tetap…” sebagaimana yang tertulis di atas sangat bahaya kepada hukum agama Islam. Perbezaan hukum ke atas lelaki dan perempuan dalam Islam merupakan hukum yang bersifat tetap dan tidak dapat diubah-ubah kerana perbezaan tersebut adalah berdasarkan nas-nas al-Quran dan hadis Nabi SAW, bukan berdasarkan perubahan masyarakat.  

Sebagai contoh, hukum imam solat Jumat dan khatib adalah lelaki tidak dapat dirubah, walaupun dalam satu masyarakat tertentu nanti bilangan lelaki lebih sedikit daripada bilangan wanita. Ini adalah kerana hukum imam solat Jumaat bukan berdasarkan perubahan keadaan masyarakat. Dalam pembahagian harta pusaka, bahagian lelaki tetap dua bahagian berbanding satu bahagian perempuan, walaupun si perempuan lebih miskin daripada si lelaki.. – Daft Rancangan Undang Undang Keluarga dan Kesamaan Gender Republik Indonesia. Pasal 1, ayat 1. Oleh sebab itu pembahagian harta pusaka, kedudukan imam solat Jumaat tidak dapat dirubah dan dikaji apatah lagi disesuaikan dengan perubahan masyarakat sebagaimana yang termaktub dalam Rancangan Undangundang Kesetaraan dan Keadilan Gender (RUU KKG) tersebut. 

Gambar Google

Jika undang-undang tersebut diluluskan dan menjadi undang-undang Negara, maka seorang perempuan berhak meminta dan dilantik menjadi imam solat Jumaat, atau meminta hukum pewarisan yang sama dengan lelaki, dan lembaga, institusi atau individu yang melarang perempuan untuk menjadi imam solat Jumaat, atau menjadi wali bagi  perkahwinan, atau melarang seorang perempuan menceraikan suaminya boleh dikenakan tindakan melanggar peraturan, dan boleh dihukum, kerana dalam pasal 70 RUU KKG tertulis : “ Setiap orang yang dengan sengaja melakukan perbuatan yang memiliki unsur pembedaan, pembatasan, dan/atau pengucilan atas dasar jenis kelamin tertentu sebagaimana dimaksud dalam pasal 67, dipidana dengan pidana penjara paling lama …(…)tahun dan pidana denda paling banyak Rp…(…)”.6 

Bermaksud, jika seorang anak perempuan tidak mendapat pembahagian pusaka yang sama sebagaimana lelaki, beliau boleh membuat laporan polis terhadap pihak yang menguruskan pembahagian harta mengikut hukum faraid tersebut dan pihak tersebut boleh diambil tindakan dikenakan hukuman. Demikian juga jika ada seseorang yang melarang seorang wanita untuk menjadi imam solat Jumaat, maka orang yang melarang akan dikenakan hukuman. Demikian juga jika terdapat keluarga yang melarang seorang isteri menceraikan suaminya, maka keluarga yang melarang tersebut akan dikenakan hukuman. Demikian juga, akibat persamaan gender, maka jika ada ibu bapa yang melarang anak perempuannya daripada berkahwin dengan lelaki non-muslim, atau berkahwin dengan sesama jenis, maka ibu bapa tersebut boleh dikenakan hukum penjara atau denda, dan demikianlah seterusnya.  Dalam draf Undang-Undang tersebut, segala usaha yang membezakan peranan antara lelaki dan perempuan merupakan tindakan diskriminasi sebagaimana disebutkan: “Diskriminasi adalah segala bentuk pembedaan, pengucilan, atau pembatasan dan segala bentuk kekerasan yang dibuat atas dasar jenis kelamin tertentu, yang mempunyai pengaruh atau tujuan untuk mengurangi atau menghapuskan pengakuan, penikmatan manfaat, atau penggunaan hak asasi manusia dan kebebasan pokok di bidang politik, ekonomi, sosial, budaya, sipil atau bidang lainnya terlepas dari status perkawinan  atas dasar persamaan antara perempuan dan laki-laki “ ( pasal 1 : 4 ) “. 

Jika Rancangan Undang-undang ini disahkan maka aplikasi hukum tersebut akan merosakkan tatacara hukum-hukum setiap agama yang menjalankan konsep agama yang bertentangan dengan prinsip kesamaan gender. – Draf Rancangan Undang Undang Keluarga dan Kesamaan Gender Republik Indonesia, pasal 70 7 Draft Rancangan Undang Undang Keluarga dan Kesamaan Gender pasal 1 ayat 4. Contoh, jika seorang muslim membahagi harta pusaka yang tidak sama antara lelaki dan perempuan, maka muslim tersebut dianggap telah melakukan diskriminasi gender. Jika institusi agama melarang wanita muslimah berkahwin dengan lelaki non-muslim, maka institusi tersebut telah melakukan diskriminasi gender. Demikian juga jika isteri tidak dibenarkan berpoligami sedangkan suami dibolehkan, maka itu merupakan diskriminasi gender, dan sebagainya.  Sebenarnya undang-undang  persamaan dan keadilan gender ini adalah untuk masyarakat atheis yang tidak memiliki pegangan agama, atau untuk masyarakat Barat yang trauma terhadap penindasan perempuan yang dilakukan oleh gereja masa lalu. Kritik atas Kesamaan Gender Dalam Persoalan Imam Solat. Pada hari Jumaat 18 Mac 2005, umat Islam menerima berita yang mengejutkan di mana seorang  pensyarah Pengajian Islam di Virginia Commonwealth University, menjadi  imam dan khatib solat Jumaat bersama sekitar seratus orang jemaah lelaki dan perempuan yang bercampur dalam saf. Solat Jumaat tersebut diawali dengan azan yang diserukan oleh seorang perempuan tanpa memakai tudung kepala.  Solat Jumaat tersebut dilaksanakan di sebuah Gejeja Kathedral, Sundram Tagore Gallery 137 Greene Street, New York.  Sikap Amina Wadud tersebut merupakan contoh praktikal pemahaman kesamaan gender yang masuk ke dalam pemikiran intelektual dan sarjana muslim hari ini; pemahaman kesamaan gender yang akan merubah pemahaman Islam khususnya masalah hukum hakam  yang berkaitan dengan perempuan.  

Gambar Google

Fahaman persaman gender (gender equality) yang dipaktikkan oleh Amina Wadud tersebut sebenarnya berasal dari pandangan hidup Barat sekular-liberal yang bercanggah dengan pandangan hidup muslim yang berpandukan ajaran Islam.  Jika lelaki boleh menjadi imam solat Jumaat dan khatib, maka menurut fahaman kesamaan gender Barat, perempuan juga dapat menjadi imam solat Jumaat dan khatib Jumaat. Jika lelaki boleh mengumandangkan azan dalam solat Jumaat, demikian juga perempuan boleh mengumandangkan azan Jumaat. Fahaman kesamaan gender liberal juga membolehkan saf solat bercampur antara lelaki dan perempuan, kerana jika saf lelaki di depan dan saf berempuan di belakang, hal tersebut telah merendahkan darjat perempuan.  Fahaman kesamaan gender dalam pemikiran Barat-Liberal inilah yang mendasari praktik imam solat Jumaat dan khatib yang dilakukan oleh Amina Wadud, walaupun bercanggah dengan ajaran Islam. 

Amina Wadud menyatakan bahawa perbuatan menjadi imam solat Jumat dan khatib adalah berdasarkan pada hadis Rasulullah SAW memberikan izin kepada sahabat wanita Ummu Waraqah untuk menjadi imam solat dengan jemaah lelaki, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Daud : “ Dari Abdul Rahman bin Khallad Al-Anshari dari Ummu Waraqah binti Abdillah binti Haris berkata bahwa Rasulullah datang ke rumahnya dan memberikan kepadanya seorang muazzin dan memerintahkannya untuk menjadi imam bagi ahli keluarganya. “Abdul Rahman menambah : “ Saya melihat bahawa muazzin (bilal penyeru azan) tersebut adalah seorang yang sangat tua “. 
Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa di dalam rumah Ummu Waraqah tersebut hanya ada seorang anak kecil, dan seorang hamba sahaya perempuan, sehingga Ummu Waraqah meminta kepada nabi seorang penyeru azan. Dari kedua hadis tersebut dapat diambil kesimpulan bahawa pada waktu itu orang yang berada di rumah Ummu Waraqah hanyalah Ummu Waraqah, seorang lelaki yang sangat tua, seorang hamba sahaya perempuan, dan seorang budak lelaki. Oleh kerana itu Ummu Waraqah meminta kebenaran kepada nabi untuk menjadi imam solat, dan nabi membenarkan hal tersebut. Keizinan nabi ini khas kepada Umu Waraqah sahaja. Ia tidak dapat menjadi dalil yang membolehkan perempuan menjadi imam solat bersama lelaki, kerana pada waktu itu tidak ada seorangpun yang layak menjadi imam kecuali Ummu Waraqah. Bererti hadis ini adalah khas hanya untuk Ummu Waraqah pada masa tertentu, di mana pada waktu itu di rumahnya tidak ada  seorang pun yang layak menjadi imam, sehingga nabi membenarkannya untuk menjadi imam solat di rumahnya sahaja. Menurut riwayat Daru Qutni, hadis ini ditambah dengan ayat “bagi perempuan” sehingga hadis tersebut berubah menjadi : “Rasulullah membenarkannya (Ummu Waraqah) untuk menjadi imam solat “bagi perempuan” di rumahnya “ 10.

Bererti hadis di atas sebagai dalil bagi perempuan untuk menjadi imam solat bagi makmum perempuan, bukan menjadi dalil bagi perempuan untuk menjadi imam solat bagi makmum lelaki sebagaimana yang didakwa oleh Amina Wadud.  Hadis di atas juga menyebutkan bahawa “Nabi memberikan seorang muazzin (bilal) lelaki tua kepada Ummu Waraqah “, tetapi hadis tidak menyatakan bahawa lelaki tua itu ikut solat berjamaah dengan Ummu Waraqah, kerana boleh jadi orang tua tersebut hanya menyerukan azan, dan kemudian dia pergi dan tidak solat bersama, sebab tidak ada ayat dalam hadis tersebut yang mengatakan bahawa orang tua tersebut turut bersolat bersama Ummu Waraqah. Oleh sebab itu, hadis di atas tidak dapat menjadi dalil untuk membolehkan seorang perempuan menjadi imam solat bagi jamaah lelaki. Oleh sebab itu menurut Wahbah Zuhaili, syarat menjadi imam adalah “mempunyai sifat kelelakian yang jelas jika makmumnya seorang lelaki atau khunsa “, dan perempuan hanya sah menjadi imam bagi kumpulan perempuan dengan dalil hadis  bahawa  nabi pernah memberikan kebenaran kepada Ummu Waraqah untuk menjadi imam bagi jamaah perempuan di rumahnya -Sunan Abu daud 592 9 Sunan Abu Daud, 591 10 DaruQutni I, 403.   

Ulama sepakat menyatakan bahawa seorang perempuan tidak boleh menjadi imam bagi solat seorang lelaki atau jamaah lelaki. Imam Syafii berkata : 

ولا يجوز أن تكون امرأة إمام رجل في صلاة رجال أبدا 


“Dan tidak dibolehkan seorang perempuan menjadi imam solat bagi lelaki dalam solat apapun selama-lamanya “12  
Dalam kitab Majmu, Imam Nawawi  berkata :  


اتفق أصحابنا على أنه لا تجوز صلاة رجل بالغ ولا صبي خلف امرأة، وسواء في منع إمامة المرأة للرجال صلاة الفرض والتراويح  ,وسائر النوافل  ,هذا مذهبنا  ,ومذهب جماهير العلماء من السلف والخلف- رحمهم الله- وحكاه البيهقي عن الفقهاء السبعة فقهاء المدينة التابعين, وهو مذهب مالك وأبي حنيفة وسفيان وأحمد وداود 


Telah bersepakat sahabat-sahabat kami ( ulama mazhab Syafii ) bahawa tidak boleh seorang lelaki yang baligh dan seorang anak lelaki solat di belakang seorang perempuan, baik dalam solat wajib mahupun dalam solat tarawih dan semua solat sunat. Inilah mazhab kami, dan mazhab majoriti ulama dari salaf dan khalaf dan menurut Baihaqi pendapat ini dipegang oleh 7 fuqaha sahabat yang berada di Bandar  Madinah dan juga pendapat para pengikut sahabat (tabiin). Ini juga merupakan Mazhab Malik dan Abu Hanifah dan Sofyan dan Ahmad dan Daud Dzahiri.
Imam Ibnu Hazm dari ulama Mazhab Dzahiri dalam kitab al-Muhalla menyatakan :   


ولا يجوز أن تؤم المرأة الرجل ولا الرجال ,وهذا ما لا خلاف فيه 


“Dan tidak boleh seorang perempuan menjadi imam bagi seorang lelaki atau ramai lelaki dan pendapat ini tidak ada khilaf padanya “.14  
Dalam kitab al-Taj wa al-Iklil , Imam Mazari, ulama mazhab Maliki menyatakan : 


لا تصح إمامة المرأة عندنا وليعد صلاته من صلى وراءها وإن خرج الوقت 


Bagi kami (mazhab Maliki) Tidak sah keimaman seorang perempuan, dan hendaklah orang (lelaki) yang menjadi makmum mengulangi solatnya walaupun telah keluar dari waktu solat.
                 

                                          
11 Wahbah Zuhaili, Fiqhul Islamy wa adillatuh, jilid 2, 196 12 Imam Syafii, Kitab al-Umm, jilid 1, 191 13 Imam Nawawi, Kitab al majmu, jlid 4, hal. 151. 14 Ibnu Hazm, Kitab alMuhalla, jilid 2, hal. 167 15 Imam Mazari, Kitab altaj wal Iklil, jilid 2, hal. 412 
  

Dalil Tidak Dibenarkan Wanita Menjadi Imam Solat Kepada Makmum Lelaki 


Di antara dalil yang menjadi keputusan ijma’ ulama mazhab mengenai larangan perempuan menjadi imam adalah sebagaimana berikut :  
Dalil Dari Nas Al-Quran:          
Dalil Al-Quran berkaitan larangan imam perempuan dalam solat jamaah lelaki adalah : 


 الرجال قوامون على النساء بما فضل الله بعضهم على بعض وبما انفقوا من أموالهم 


“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka“. (Surah an-Nisa : 34).

 
Imam solat merupakan salah satu bentuk dari kepimpinan, oleh sebab itu kepimpinan imam solat juga hanya diberikan kepada lelaki jika makmum terdiri terdapat makmum wanita, dan difahami dari ayat di atas bahawa seorang wanita tidak boleh menjadi imam solat bagi makmum lelaki. 
Dalil Dari Nas Hadis Nabi: 
Ada beberapa hadis sahih yang memberikan maksud tentang larangan seorang wanita menjadi imam solat bagi jemaah lelaki yaitu :  
Rasulullah  saw bersabda :  

 لن يفلح قوم ولوا أمرهم امرأة  )البخاري)

“ Tidak akan bahagia suatu kaum jika kaum tersebut dipimpin oleh seorang perempuan ( Hadis sahih riwayat Bukhari ). 
Ulama berpendapat bahawa kepimpinan solat termasuk dalam kepimpinan yang dimaksudkan oleh hadis di atas.  
Rasulullah saw bersabda :  


خير صفوف الرجال أولها ، وشرها آخرها ، وخير صفوف النساء آخرها ، وشرها أولها)  مسلم)
 
“ Sebaik-baik barisan solat adalah barisan (saf) pertama dari barisan lelaki dan seburuk-buruknya adalah saf terakhir, dan sebaik-baik saf perempuan adalah saf yang terakhir, dan seburuk-buruk saf perempuan adalah saf yang pertama ( Hadis sahih riwayat Muslim ). 

Sahabat Nabi Anas bin Malik berkata : 

صَلَْيتُ أَنَا وَيَِتيمٌ فِي بَيْتِنَا خَلْفَ النَبِيِ صلى الله عليه وسلم وَأُمِي أُمُ سُلَيْمٍ خَلْفَنَا .)البخاري) 


“ Saya solat dan seorang anak yatim lelaki di belakang Rasulullah dan ibuku Ummu Sulaim berada di belakang barisan kami “ ( Hadis sahih riwayat Bukhari ). 
Rasulullah saw bersabda : 


من عمل عملاً ليس عليه أمرنا فهو رد ) البخاري ومسلم)

 
“Sesiapa yang beramal dengan amalan yang tidak ada contohnya pada amalan kami, maka amalan itu tertolak“ (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ). 
Dalam sejarah sahabat, tabiin (pengikut sahabat) dan tabi’ at-tabiin (pengikut tabiin) tidak ada suatu riwayat pun yang menyatakan seorang perempuan menjadi imam solat bagi makmum lelaki. Oleh sebab itu menurut Ibnu Rusyd:

 
لو كان جائزاً لنُقل ذلك عن الصدر الأول 


“Seandainya hal itu dibolehkan maka sudah mesti akan sampai berita itu kepada kita yang bersumber daripada amalan generasi sahabat yang pertama“. 16( Ibnu Rusyd, Kitab Bidayatul Mujtahid, jilid 2 : 21 )   

Kedudukan Hadis Ummu Waraqah 

Ulama berpendapat bahwa hadis Ummu Waraqah yang membolehkan Ummu Waraqah menjadi imam solat tersebut adalah lemah. Kedudukan hadis lemah tersebut tidak dapat membatalkan ayat al-Quran (surah) hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang menjadi dalil larangan perempuan menjadi imam.  


 :65/2 قال الباجي في المنتقى شرح الموطأ” :هذا الحديث مما لا ينبغي أن يعول عليه .”وقال ابن حجر في التلخيص الحبير “في إسناده عبد الرحمن بن خلاد، وفيه جهالة”. 


Berkata al- Baji dalam kitab al-Muntaqa dalam Syarh Muwatta : “ Hadis ini (maksudnya hadis ummu Waraqah ) adalah hadis yang tidak layak dipakai “. Dan berkata Ibnu hajar dalam kitab al-Talkhis al-Habiir menyatakan bahawa : “ Dalam silsilah hadis (isnad) Abdul Rahman bin Khalad ada jahalah ( orang yang bodoh )”.17  
Daripada keterangan di atas  dapat disimpulkan bahawa larangan seorang perempuan menjadi imam bagi makmum lelaki bukanlah berdasarkan pendapat (ijtihad) ulama fekah yang mempunyai pemikiran patriarki (pemikiran yang mengutamakan lelaki daripada perempuan) sebagaimana yang didakwa oleh penulis-penulis feminisme seperti Amina Wadud, Nawal Sa’dawi, Rifaat Hassan, Fetima Mernissi, Musdah Mulia, kelompok Sisters in Islam, dan sebagainya. Pendapat ulama melarang wanita menjadi imam merupakan hasil ijtihad yang berlandaskan kepada nas al-Quran, hadis-hadis nabi yang sahih, dan amalan para sahabat dan generasi pertama Islam. Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid, jilid 2, hal.21.

KESIMPULAN 

Demikianlah gerakan feminisme dan persamaan gender Barat yang berasaskan kepada pemikiran liberal dan sekular yang merosakkan ajaran Islam, dan akan melakukan perubahan-perubahan hukum syariat yang berkaitan dengan perkahwinan, keluarga, dan pewarisan pusaka sebagaimana yang pernah diajukan dalam Draft Kompilasi Hukum Islam yang disusun oleh kumpulan penyusun di bawah pimpinan Musdah Mulia yang mengajukan perubahan hukum Islam seperti18 : mengharamkan poligami, menghalalkan perkahwinan berbeza agama antara muslimah dengan lelaki kafir, melakukan pernikahan tanpa wali, atau menjadikan perempuan sebagai wali, masa iddah bukan hanya bagi perempuan tetapi juga bagi lelaki, talak dapat jatuh dengan lafaz bukan hanya daripada suami tetapi juga daripada seorang isteri, dan bahagian pusaka anak lelaki sama dengan bahagian pusaka anak perempuan, dan sebagainya.

Dengan demikian, gerakan feminisme Barat, dan persamaan gender merupakan ancaman terhadap ajaran agama khususnya hukum Fekah, dan dapat menghancurkan sistem kehidupan beragama sebagaimana dinyatakan oleh Ellen Willis bahawa : “Feminism is the cutting edge of a revolution in cultural and moral values..the objective of every feminist reform, from legal abortion to child-care program, is to undermine traditional family values “ – Ibnu Hajar, Kitab Talkhis alhabiir, jilid 2, hal.56. 18 Hamid Fahmi Zarkasyi, Liberalisasi Pemikiran Islam, CIOS-ISID-Gontor, 2007, hal . 101. 19 Henry Makow, Cruel Hoax : Feminism and The New World Order, Silas Green, Canada, 2007, hal.25. 

GERAKAN FEMINISME, PERSAMAAN  GENDER DAN PEMAHAMAN  AGAMA (BAHAGIAN II) 
Oleh : Muhammad Ariffin bin Ismail   
Panel Jawatankuasa Pemikir Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Implikasi Fahaman Persaman Gender Terhadap Agama

Rujukan : MUFTI WP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *