Copy Of Salam Maal Hijrah – Made With PosterMyWall

1 . Hijrah daripada jahil kepada berilmu.

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

Di antara hamba-hamba Allah yang takut kepada-Nya, hanya para ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

Fatir 35: 28

Yang dimaksudkan ulama dalam ayat ini ialah mereka yang memiliki ilmu syariat Islam, memahami Quran dan sunnah serta mengenal Allah, yang menyebabkan rasa takut kepada Allah meningkat sehingga menjadikan diri sangat berhati-hati dalam memilih dan membuat keputusan dalam apa jua perkara.  Justeru senantiasalah memohon kepada Allah ilmu yang membawa diri dekat kepada-Nya.

2 . Hijrah daripada maksiat kepada taat.

وَمَن تَابَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَإِنَّهُ يَتُوبُ إِلَى اللَّهِ مَتَابًا

Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat;

Furqan 25: 71

3 . Hijrah daripada amal secara cincai-cincai kepada berkualiti.  

Amal utama yang PALING PENTING ditambah baik  ialah SOLAT FARDU 5 WAKTU kerana solat adalah amalan pertama dihisab di alam barzakh/kubur.  Upgrade kualiti solat daripada  lalai kepada khusyuk.  Gais, hidup kita hanya sementara.  Allah yang menciptakan hati guna untuk mengingati serta menyintai-Nya.  

Gambar dari Pinterest

اَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اَنْ تَخْشَعَ قُلُوْبُهُمْ لِذِكْرِ اللّٰهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّۙ وَلَا يَكُوْنُوْا كَالَّذِيْنَ اُوْتُوا الْكِتٰبَ مِنْ قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْاَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوْبُهُمْۗ وَكَثِيْرٌ مِّنْهُمْ فٰسِقُوْنَ

Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk hati-hati mereka khusyuk mengingati  Allah serta mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka), dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan ramai di antara mereka menjadi orang-orang fasik.

Al-Hadid 57: 16

 4 . Hijrah daripada memburu dunia kepada mengejar akhirat.

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.

Al-Qasas 28: 77

5 .  Hijrah daripada mencari perhatian makhluk kepada ikhlas.

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya.

Al-Bayyinah 98: 5

Gambar Hiasan: Pinterest

5 tip sahaja gais, namun bila kita berusaha mengikuti 5 tip tersebut, In syaa- Allah, kitalah insan yang paling bahagia di dunia dan akhirat.

Penulis : Puan Wan Nor Ainon Wan Abdullah

1 Muharram 1443H

10 Ogos 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *