MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KE YAN KEDAH – Made With PosterMyWall (3)

Kelantan Gerakkan Misi Bantuan Kemanusiaan ke Yan, Kedah.

Pada 25 Ogos 2021 hari Rabu, Kelantan telah menggerakkan misi bantuan ke Yan, Negeri Kedah ekoran daripada banjir kilat yang melanda penduduk sekitar. Hal ini dipercayai kesan daripada fenemona kepala air di Gunung Jerai.

Bagi menjayakan misi bantuan tersebut, Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita YB Dato’ Mumtaz Md Nawi mengetuainya bagi mewakili YAB Menteri Besar Kelantan, diiringi oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Ustaz Mohd Asri Mat Daud, Puan Ilvira Mohd Dasuki, Pengarah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita serta pegawai pengiring.

Misi bantuan kemanusiaan ini adalah selama dua (2) hari membabitkan konvoi empat (4) buah kenderaan pacuan empat roda dan dua (2) buah lori semasa majlis pelepasan. Selain itu, melibatkan 17 orang ahli rombongan dan telah disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato’ Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Negeri Kelantan.

Bantuan kerajaan negeri berbentuk tunai serta peralatan harian yang keseluruhannya bernilai RM150,000. Tabung banjir Kedah juga dibuka bagi melibatkan rakyat negeri Kelantan untuk menyumbang keperluan bagi membeli periuk nasi, telekung solat, dan hand sanitiser.

Konvoi pasukan membuat serahan sumbangan di Wisma Darul Aman akan disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md. Nor sebelum diagihkan ke kawasan terkesan.

Misi bantuan itu turut disertai pasukan dari Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Kelantan (MESRA).

Artikel telah disunting oleh penulis wk.com

Sumber: FB Page Mumtaz Md Nawi Official

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *