Template Featured Photo WK

1. TOKOH SAYYIDATINA KHADIJAH KHUWAILID (USAHAWAN)

Wan Zainab Wan Ibrahim

Wan Zainab binti Wan Ibrahim telah dilahirkan pada 12  Januari 1971 dan merupakan anak ke-7 dari 8 orang adik beradik. Menerima pendidikan awal di Sek. Keb. Othman Talib, Tendong dan Sek. Men. Keb. Tendong. Wan Zainab memulakan langkah pertama dalam bidang bidang perniagaan di Pasar Siti Khadijah. Setelah 2 tahun berniaga, beliau memulakan perniagaan sendiri berbekalkan sedikit duit simpanan kutu dan hasil berniaga.

Baca untuk lebih lanjut berkaitan Wan Zainab binti Wan Ibrahim

2. TOKOH SAYYIDATINA ZAINAB KHUZAIMAH (KEMASYARAKATAN)

Hajah Wan Ubaidah Omar

Wan Ubaidah binti Omar dilahirkan pada 28 Julai 1956 di Kampung Banggol, Kota Bharu, Kelantan. Bapanya, Omar Fauzee bin Hj. Othman, bekerja sebagai  seorang anggota polis dan ibunya Wan Eshah Che Ali merupakan seorang surirumah. Sejak berusia 3 bulan, beliau dibesarkan sepenuhnya oleh ibu saudaranya, Wan Halimah Che Ali, seorang peniaga runcit dan guru Al-Quran.

Baca untuk lebih lanjut berkaitan Wan Ubaidah binti Omar

3. TOKOH AL-KHANSA’ AMRU (KESENIAN)

Datuk Hajah Faridah Mat Saman

Datuk Hajah Faridah mula menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran pada usia 14 tahun dan terus melakar sejarah apabila muncul sebagai johan untuk peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa pada tahun 1964, 1965, 1972, 1976, 1977, 1989, 1990 dan 1991. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, begitulah diibaratkan bakat yang ada pada Datuk Hajah Faridah. Ibunya, Che Yam Che Had dari Kubang Terap, Pasir Mas, Kelantan merupakan qariah Istana Kelantan dan pernah muncul johan tilawah al-Quran peringkat negeri.

Baca untuk lebih lanjut berkaitan Datuk Hajah Faridah

4. TOKOH SITI AMINAH ABDUL WAHAB (ARMALAH)

Ustazah Mariam Omar

Puan Hajah Mariam binti Omar atau lebih dikenali sebagai Ustazah Mariam dilahirkan pada 6 November 1948 di Kampung Demit, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.  Beliau berkongsi hidup bersama Encik Mohamad Lazim bin Haji Awang dan dikurniakan lima orang cahaya mata, iaitu empat  orang perempuan dan seorang lelaki.

Baca untuk lebih lanjut berkaitan Puan Hajah Mariam binti Omar

5. TOKOH SAYYIDATINA AISYAH ABU BAKAR (PENDIDIKAN)

Prof. Madya Dr. Nik Rosmawati Nik Husain

Profesor Madya Dr. Nik Rosmawati binti Nik Husain telah dilahirkan pada 27 April 1972. Berkongsi hidup dengan Encik Azmi bin Mat Nor, mereka telah dikurniakan tiga orang putera dan tiga orang puteri. Dr. Nik Rosmawati telah mendapat Ijazah Doktor Perubatan di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1997. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam Sarjana Perubatan Masyarakat dan seterusnya Doktor Falsafah dalam Mikrobiologi Makanan dan Pemakanan di universiti yang sama.

Baca untuk lebih lanjut berkaitan Profesor Madya Dr. Nik Rosmawati binti Nik Husain

6. TOKOH ZINNIRAH AR-RUMIYAH (OKU)

Siti Huraizah Ruslan

Siti Huraizah binti Ruslan adalah seorang gadis istimewa berasal dari Kelantan yang telah diputerikan pada 16 Oktober 1983. Sungguhpun dilahirkan dengan keadaan mata yang celik, pada usia tujuh tahun nikmat penglihatan beliau telah ditarik apabila disahkan menghidap penyakit trakoma, iaitu sejenis penyakit mata. Beliau pasrah dengan ketentuan Ilahi dan sentiasa tabah dalam menjalani kehidupan seperti biasa.

Baca untuk lebih lanjut berkaitan Siti Huraizah binti Ruslan

7. TOKOH KHAULAH AL AZWAR (SUKAN)

Nur Shuhaida Mahidin

Hasil perkahwinan antara Allahyarhamah Hasnah Mat Sin dengan Encik Mahidin bin Din, mereka telah dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Nur Shuhaida binti Mahidin pada 25 Oktober 2002. Anak gadis  ini telah dilahirkan di HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Walaupun baru berusia 16 tahun, adik Nur Shuhaida telah maju mengorak langkah ke hadapan dalam mengharumkan nama negara di persada dunia.

Baca untuk lebih lanjut berkaitan Nur Shuhaida

Sumber : Buku Cenderamata Hari Sayyidatina Khadijah 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *