Presentation1

Mutakhir ini, berita penderaan dan kematian bayi di rumah pengasuh dan TASKA semakin membimbangkan dan isunya menjadi tajuk utama Negara. Kemuncak kepada isu tersebut pada tahun ini ialah kematian adik Adam Rayqal yang amat tragis dan menjadi tular kerana mayatnya disembunyikan oleh pengasuh di dalam ruangan ‘freezer’ peti sejuk. Naluri keibuan mana yang mampu mendengar berita-berita seumpama ini, trauma menjadi sebati dalam diri si ibu, hinggakan jantung berdegup kencang, emosi bergolak dan fikiran bercelaru bila mana menghantar anak-anak mereka ke rumah pengasuh dan TASKA.

Inilah situasi dan dilema yang berlaku pada ibu bapa yang bekerja. Kepada siapakah patut dipersalahkan dalam isu ini, kerajaan? Pengasuh? Ibu bapa? Masyarakat?. Sikap menunding jari dan meletakkan kesalahan pada siapa-siapa tidak menyelesaikan masalah ini.

Kerajaan negeri Kelantan memandang serius berkaitan isu ini, pada tahun 2016 lagi pemerkasaan pengasuh dengan ilmu dan pendidikan pengasuhan telah diterapkan dalam Kursus Halimatul Saadiah. Halimatul Saadiah di ambil bersempena dengan nama pengasuh Rasul junjungan kita Muhammad S.A.W. Tidak terhenti di situ, pihak kerajaan negeri Kelantan telah menambah baik program ini dengan mengadakan Skim Halimatul Saadiah untuk memberi lebih dorongan dan pendidikan berkaitan ilmu pengasuhan kepada pengasuh-pengasuh di rumah.

Kita hanya merancang, perancangan dan kuasa Allah adalah sebaik-baiknya. Sekiranya Islam diterapkan kembali secara ‘kaffah’ terutamanya dalam pengurusan berkaitan asuhan anak-anak, pastinya kita tidak akan lihat lagi berita bayi mati di rumah pengasuhan kerana ibu-ibu pengasuh ini mereka pastinya akan menjaga anak-anak kecil ini dengan penuh kasih sayang, kerana negara memainkan peranannya dalam memastikan segala hak umat dilaksanakan mengikut hukum syarak.

Di sediakan oleh: Puan Siti Nurhajartum Akmal Mohammad

Penulis bertugas sebagai Penolong Pengarah Kanan, Unit Pembangunan Keluarga di Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Kerajaan Negeri Kelantan.

This Post Has 3 Comments
  1. What i do not realize is in fact how you’re not actually much more
    smartly-appreciated than you may be right now. You are very intelligent.
    You understand therefore significantly in relation to this subject, produced me in my view imagine it from so many numerous angles.
    Its like men and women don’t seem to be involved except it’s one thing to accomplish with Girl gaga!
    Your personal stuffs nice. All the time handle it up! https://vanzari-parbrize.ro/parbrize/parbrize-mini.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *