Kesenian

Siti Mariam Binti Mat Nor, berusia 32 tahun dan merupakan anak jati Kampung Pangkal Pisang Peringat, Kelantan. Dilahirkan pada tahun 1987 merupakan ikon kesenian yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang seni lukis dan seni reka (Seramik). Beliau dianugerahkan seorang anak yang berusia 4 tahun hasil perkahwinan dengan Mohd Noraznan bin Norizan.

Beliau mempunyai asas seni lukis dan seni reka (seramik) semenjak menuntut pengajian Diploma pada tahun 2008. Kemudian, pada tahun 2010, beliau melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang yang sama iaitu seni lukis dan seni reka (Seramik) di UiTM Shah Alam. Pada tahun 2015, Siti Mariam melanjutkan pengajian dalam bidang Reka Bentuk Produk di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Oleh kerana terlalu meminati bidang ini, beliau menyambung pengajian di peringkat PhD dalam pengkhususan Teknologi Bahan dan ianya masih dalam fasa penyelidikan.

Beliau memulakan kerjaya beliau di Zutah Industries sebagai pelajar praktikal pada bulan Mei 2010 hingga hujung tahun dan Pusat Pemulihan Orang Cacat Perak sebagai jurulatih seni seramik pada tahun 2010 hingga 2011. Pada Disember 2010 hingga bulan Mei 2011, beliau menjadi pembantu seramik artis di Pati Satu Studio. Kemudian, beliau menjadi Pereka Grafik pada tahun 2011.

Seterusnya, beliau menjadi pensyarah sambilan di Open University Malaysia pada Mei 2011 hingga Mei 2018 dan diikuti dengan menjadi tenaga pengajar Seni Seramik di Pusat Ko-Kurikulum Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian bermula pada Mei 2011 hingga sekarang.

Beliau seorang  yang sangat aktif dalam persatuan seperti Persatuan Seniman dan Warisan Kelantan (PESTA), Persatuan Pereka Alami Kelantan (SEREKA) dan lain-lain. Beliau juga pernah mendapat beberapa anugerah sepanjang terlibat dalam bidang ini seperti Program Makmal Inovasi Usahawan Produk Seni pada tahun 2016, pembentang International Conference On X-Rays And Related Techniques In Research and Industry pada tahun 2018 dan lain-lain lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *