5

Kebanyakan delegasi-delegasi antarabangsa merupakan tokoh dan pakar dalam bidang masing-masing di negara mereka. Kedatangan mereka ke Bumi Serambi Mekah memberi kelebihan kepada rakyat Kelantan untuk mengenali mereka dengan lebih dekat tanpa perlu bersusah payah mengembara.

Para delegasi sanggup mengeluarkan belanja sendiri semata-mata untuk hadir berkongsi ilmu dan buah fikiran di Negeri Serambi Mekah ini. Sempena HSK kali ini, seorang tokoh ilmuan dan politik antarabangsa telah dinobatkan sebagai tokoh Wanita Antarabangsa.

Beliau ialah Dr Samia Raheel Qazi dari Negara Pakistan. Beliau lahir daripada keluarga yang bergelumang dengan sepak terajang politik. Beliau merupakan anak perempuan kepada Qazi Hussain Ahmad, bekas Amir/Presiden Parti Islam Pakistan atau dikenali sebagai Jami’at Islami Pakistan. Almarhum ayahandanya merupakan antara tokoh politik penting dalam memposisikan syariah Islam dalam Negara Pakistan. Allahu Akbar.

Dr. Samia telah mendapat pengijazahan dari Universiti Punjab, seterusnya Sarjana Pengajian Islam dengan kepujian tertinggi dari Universiti Baluchistan dan memperolehi Doktor falsafah dengan kajian yang bertajuk “Sistem Keluarga Dalam Islam Dan Cabaran Kotemporari”.

Beliau pernah mendapat latihan professional sebagai Ahli Parlimen dan aktivis hak asasi manusia. Beliau telah berjaya mengikuti kursus keselamatan negara dari Universiti Pertahanan Nasional Islamabad. Selain Itu beliau juga pernah menghadiri kursus pensijilan dalam bidang tajwid, qiraat dan memahami al Qur’an di Jami’ah Mansoorah Lahore. Beliau juga berjaya mengikuti kursus pendek pengajian bahasa Arab dan parsi.

Dr Samia Raheel Qazi memegang beberapa jawatan penting peringkat negara dan dunia iaitu ;

1) Pengerusi Majlis Pemegang Amanah Kesatuan Wanita Muslim Antarabangsa (IMWU), sebuah NGO dengan status ECOSOC Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

2) Ahli Parlimen dan aktivis hak asasi manusia.

3) Lembaga Pengarah Ahli Ghazali Education Trust.

4) Ahli Suruhanjaya Kebangsaan Manusia ( NCHD ).

5) Pemegang Amanah Pertolongan Wanita (WAT), sebuah NGO yang berusaha meningkatkan kecemerlangan wanita selain menyediakan bantuan guaman kepada wanita yang dipenjarakan.

6) Ahli Majlis Penasihat Dakwah Universiti Islam Islamabad.

7) Ahli Persidangan Antarabangsa untuk parti politik Asia (ICAPP).

8) Penyelaras Piagam e-Pakistan.

9) Duta Global al- Khidmat Global Pakistan.

10) Ahli Lembaga Pengarah “Khawateen Trust” yang menyediakan skim pembiayaan mikro untuk wanita.

11) Pemegang Amanah Persatuan Global Wanita Islam.

12) Ahli pemikir Turki ESAM.

13) Ahli wanita pertama dan antarabangsa dari Kesatuan Antarabangsa untuk orang Islam dari Pakistan.

Sesungguhnya, beliau merupakan bukan sahaja ilmuan, negarawan, malah merupakan pemimpin dunia Islam yang wajar dijadikan idola anak muda khususnya kaum wanita. Beliau telah membuktikan bahawa wanita mampu berdiri di pentas dunia dalam memberikan manfaat kepada ummah.

Siiri ‘ala barakatilLah Dr. Samia Raheel Qazi!

Sumber Dari :

  1. https://www.facebook.com/samia.qazi
  2. https://www.facebook.com/D.srqazi/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *