10

Nur Imana Balqis binti Ramli merupakan anak kelahiran Melor, Kelantan dan dilahirkan pada tahun 1992. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Melor. Beliau seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat tinggi dalam jurusan diploma, ijazah dan seterusnya sarjana di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Walaupun Nur Imana Balqis dikategori seorang insan yang tidak sempurna dari sudut fizikal, namun ianya tidak menjadi halangan untuk beliau bergiat aktif baik di alam kampus mahupun bersama dengan masyarakat setempat.

Beliau juga turut menganggotai Persatuan Insan Kelantan dan sering menghadiri program yang dianjurkan. Selain itu, beliau juga turut aktif melibatkan diri di peringkat kawasan Melor dengan membantu masyarakat setempat berkaitan dengan komputer. Semangat juang yang terpasak dalam diri beliau membuktikan bahawa kejayaan bukan hanya semata-mata terletak kepada kekuatan fizikal sahaja, bahkan pada kekuatan mental dan fikiran seseorang individu. Bak kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *