12

Nurul Fathihah binti Ibrahim dilahirkan pada 12 September 2001 di Hospital USM Kubang Kerian, Kelantan. Walaupun usianya baru mencecah 18 tahun, nama beliau mula mencuri perhatian ramai apabila telah berjaya mengharumkan nama barisan kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford pada peringkat Majlis Sukan-Sukan Daerah (MSSD) di daerah Lipis pada 2018 yang telah berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa.

Dalam masa yang sama, beliau telah berjaya menonjolkan kehebatannya dalam bidang sukan ketika penglibatannya dalam pertandingan Kriket Perisai Tuanku Najihah. Bertitik tolak daripada itu, ikon contoh ini telah berjaya mengharumkan nama sekolahnya dengan mendapat johan dua tahun berturut-turut. Walaupun tahun berikutnya dia tidak ditakdirkan untuk meraih johan, tetapi pada tahun seterusnya beliau berjaya merampas kembali takhta sebagai johan dalam pertandingan itu.

Selain daripada menjadi kebanggaan sekolah dengan mewakili dan memenangi pingat emas, beliau juga telah dicaturkan untuk kekal berentap pada setiap tahun bersama dengan pasukan luar negara seperti pasukan Pattani, Thailand. Selain dari itu, beliau juga pernah berpeluang beraksi bersama dengan pasukan kriket Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Rentetan daripada pelbagai ruang danĀ  peluang yang tersedia kepada beliau, membolehkan beliau untuk mengutip sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu agar dapat memandu perjalanan pada masa akan datang.

Besar harapan agar kejayaan beliau mengharumkan nama sekolah dapat diperhebat lagi hingga ke peringkat antarabangsa, sekaligus dapat mengangkat martabat Malaysia di arena sukan dunia. Semoga beliau terus menjadi contoh teladan serta menjadi inspirasi kepada anak muda pada masa kini dan mendatang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *