Farzana

Ikon Sukan ini dilahirkan pada 4 September 1997 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ismail 4 di mana bermulanya titik permulaan kehidupan beliau kepada
terhadap dunia sukan dan aktiviti lasak. Seawal darjah 4 Nurul Farzana binti Md Fauzi telah terpilih untuk mewakili sekolah dan berjaya merangkul Sijil Perak untuk Kategori Lompat Jauh Sirkit Olahraga di peringkat MSSK Kota Bharu. Pada tahun seterusnya beliau berjaya mengharumkan nama sekolah sekali lagi dengan Sijil Penghargaan Naib Johan Bola Baling QIT Kota Jembal, Sijil Penghargaan Acara Lompat Jauh QIT Kota Jembal, Sijil Penghargaan 4 x 100 (Gangsa) QIT Kota Jembal.

Dinobatkan sebagai Ikon Sukan kejayaannya bukan sedikit apabila beliau terus menyemai dan menggilap bakat setelah merangkul Sijil Emas Merejam Lembing MSSK bawah 15 tahun, Sijil penghargaan
Merejam Lembing bawah 15 tahun, Emas MSSD Kota Bharu, Sijil Penghargaan Melontar Peluru bawah 15 tahun Gangsa MSSD Kota Bharu, dan Sijil Penghargaan Ketiga Bola Baling Peringkat MSSK Kota
Bharu IV. Tidak hanya bertumpu kepada dunia sukan semata Nurul Farzana bijak mengatur langkah agar tidak ketinggalan dalam pembelajaran sehingga melayakkan beliau menerima Anugerah Pelajar
Cemerlang Olahraga MSSK pada tahun 2013. Pada tahun yang sama anak emas SMK Kubang Kerian 1 itu juga turut menghadiahkan sijil perak acara Pentathlon MSSD Kota Bharu, sijil emas MSSD Kota
Bharu, Anugerah Olahraga Amatur Kelantan, dan sijil gangsa merejam Lembing MSSK bawah 18 tahun. Di samping berjuang untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( beliau berusaha mengekalkan momentum apabila menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Olahraga MSSK sekali lagi pada tahun 2014. Selain itu beliau membawa pulang sijil perak MSSK merajam lembing bawah 18 tahun, sijil emas merejam lembing bawah 18 tahun Olahragawati MSSD Kota bharu serta sijil perak melontar peluru bawah 18 tahun MSSD Kota Bharu.

Pemegang Diploma jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Politeknik meneruskan minat terhadap sukan sewaktu menyambung pengajian di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun. Bermula dengan perasaan ingin mencuba dalam bidang silat beliau telah mendapat Sijil Penghargaan Pencak Silat Taming Sari 8 dalam perlawanan silat pertama beliau. Kegigihan dan kesungguhan yang tertanam dalam diri membuahkan hasil yang mengagumkan apabila beliau berjaya melakar rekod Sijil Perhargaan 8th UPSI International Pencak Silat Championship(Gold), Sijil Penghargaan 8th International Silat Championship Deputy Prime Minister of Malaysia Cup selain merangkul Pingat Emas dan Anugerah Pesilat Terbaik pada Kejohanan Silat Jemputan Politeknik Malaysia. Sebelum bergraduasi beliau telah meninggalkan nama yang harum di tempat beliau menuntut ilmu dengan meraih pencapaian pingat emas dalam 9th International Silat Championship.


Bukan sahaja aktif dalam penglibatan sukan beliau juga turut melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan Beliau telah melibatkan diri sebagai sukarelawan kerja amal di bawah Askar Wataniah
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Kini, beliau sedang menjawat jawatan sebagai Penyelia Pasar Tani Kekal di Pusat Transformasi Luar (RTC) Kelantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *