9

Hasil perkahwinan antara Allahyarhamah Hasnah Mat Sin dengan Encik Mahidin bin Din, mereka telah dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Nur Shuhaida binti Mahidin pada 25 Oktober 2002. Anak gadis  ini telah dilahirkan di HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Walaupun baru berusia 16 tahun, adik Nur Shuhaida telah maju mengorak langkah ke hadapan dalam mengharumkan nama negara di persada dunia.

Beliau menerima pendidikan awal di Sek Keb Mentuan, dan kemudiannya di Sek Men Agama (A) Al-Yunusiah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Sekarang, beliau menyambung tingkatan 4 di Kolej Vokasional Pengkalan Chepa. Siapa sangka, anak gadis kelahiran Negeri Che Siti Wan Kembang ini mewarisi semangat serikandi yang mendalam di dalam dirinya. Walaupun masih berusia belasan tahun, gerak langkah beliau dalam menewaskan lawan dalam arena sukan taekwondo setangkas Khaulah Al-Azwar.  Hampir kesemua acara yang disertai beliau beroleh pingat emas, sambil diselangi sekali-sekala warna perak dan gangsa.

Semenjak berusia 11 tahun lagi, adik Shuhaida telah mula belajar taekwondo dan kehebatannya terus terselah apabila dinobatkan sebagai atlet paling cemerlang selama 3 tahun berturut-turut.  Malahan, cukup membanggakan apabila anak muda ini turut menempa nama bukan sahaja di peringkat kebangsaan, malah turut menonjol di peringkat dunia. Baru-baru ini beliau memperoleh pingat gangsa dalam pertandingan taekwondo bertaraf dunia iaitu ITF World Championship di Argentina. Berikut adalah pencapaian yang telah diraih oleh atlet muda ini :

2013

3rd High Kicks Taekwondo Championship

-Individual Sparring : Gold

4th Kelantan Spt Invitation Taekwondo Championships

-Individual Sparring : Gold

Song Ki Young Cup 2013

-Individual Sparring : Bronze

  • 4th UiTM Cawangan Kelantan Taekwondo Invational Tournament

Individual Sparring : Silver

  • Kejohanan Taekwondo Milenium Club (MGTF)

    -Individual Pattern : Silver   

    -Individual Sparring : Gold

2014

  • Kejohanan Terbuka High Kicks Taekwondo Kali Ke-4 Negeri Kelantan

Individual Pattern : Gold   

     -Individual Sparring : Gold

  • Kejohanan Taekwondo Terbuka (MGTF) 1 Malaysia Langkawi

-Individual Pattern : Gold

-Individual Sparring : Gold

  • Kejohanan Taekwondo Jemputan Sek. Men. Keb. Tok Janggut

-Individual Sparring : Gold

  • 1st Asia Pacific Chift Taekwondo Championship

-Individual Pattern : Gold  

     -Individual Sparring : Gold

  • Sungaikolok South Border Land Of Siam

    -Individual Sparring : Silver

  • Inter School Annual Championships & National Intivations (ISTAC)

     -Individual Pattern : Gold  

     -Individual Sparring : Gold

  • Kejohanan Terbuka Taekwondo Milenium Club (MGTF) Peringkat Negeri Kelantan

     -Individual Pattern : Gold  

    -Individual Sparring : Gold

  • Siaga Harimau 3rd Taekwondo Championship

     -Individual Sparring : Silver

2015

  • Kejohanan Taekwondo Terbuka Kuala Lumpur (Antara Sekolah Sekolah Jemputan Kebangsaan)

-Individual Pattern : Gold 

     -Individual Sparring : Gold

  • Kejohanan Antara Sekolah Menengah Agama SeMalaysia (SMASTEC)

-Individual Pattern : Gold

  • Stanic 2015

     -Individual Pattern : Gold  

     -Individual Sparring : Gold

  • Asia Open Championship 2015

     -Individual Pattern : Gold   

     -Individual Sparring : Silver

  • Kejohanan Taekwondo MGTF Sekolah Sekolah Sarawak Ke-7 & Jemputan Borneo Ke-5

-Individual Pattern : Gold

-Individual Sparring : Gold

2016

Putrajaya Taekwondo Challenge 2016

-Individual Pattern : Gold

-Individual Sparring : Gold

1st Malaysia Best Of Taekwondo Fighter 2016

-Individual Pattern : Gold

-Individual Sparring : Gold

Kejohanan Taekwondo Terbuka MGTF 2016

-Individu Pattern : Silver

-Individual Sparring : Gold

2017

Jemputan Taekwondo Peringkat Sekolah Kebangsaan Terbuka (MGTF) Sabah

-Individual Pattern : Gold

-Indivual Sparring : Gold

-Team Sparring : Silver

Kejohanan High Kicks Taekwondo & Jemputan Kebangsaan 2017 Kali Pertama

-Individual Pattern : Gold

-Individual Sparring : Gold

5th Putrajaya Taekwondo Challenge 2017

-Individual Pattern : Gold

-Individual Sparring : Gold

-Team Pattern : Silver

-Team Sparring : Gold

International Asia Taekwondo Championship 2017

-Individual Pattern :Gold

-Team Sparring :Gold

-Team Pattern: Silver

2018

Kejohanan Taekwondo Melaka (MGTF) Jemputan Kebangsaan 2018

-Individual Sparring : Bronze

ITF World Championship Argentina 2018

-Individual Sparring : Bronze

Melihatkan pencapaian beliau yang cemerlang saban tahun, tidak hairanlah beliau dianugerahkan tokoh Khaulah Al-Azwar. Semoga dengan penganugerahan tokoh pada gadis muda ini, semangat serikandi akan terus membara dan menjadi dorongan untuk meneruskan langkahnya dalam arena sukan taekwondo sekaligus mengharumkan nama negara dan agama.

Sumber: Buku Cenderamata Hari Sayyidatina Khadijah 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *