Tips Kekeluargaan Dambaan Syurga – Made With PosterMyWall

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang suci. Usai lafaz ijab dan kabul dilafaz, maka tergalaslah tanggungjawab yang besar beserta amanah di pundak si suami dan isteri.

Gambar Hiasan: Pinterest

Perkahwinan juga adalah antara satu ibadah yang terpanjang. Hari ini ramai dalam kalangan masyarakat kita yang telah ke jinjang pelamin seawal usia muda. Bahkan, di zaman kampus mahupun usai menamatkan pelajaran SPM.

Persoalannya apakah matlamat sebenar baitul muslim itu sendiri. Adakah hanya sekadar mahu mengikut trend? Adakah hanya mahu sekadar menghalalkan si dia? Satu perkara yang sangat besar cuba tanya diri big why kenapa anda ingin kahwin.

Jawapan asas mahu berkahwin antaranya adalah sebab kita beriman kepada Allah SWT. Big why kita mestilah clear. Rupanya misi kita mahu membina masjid adalah kerana Allah SWT.

Banyak beza antara orang beriman dan tidak beriman dalam mendirikan rumahtangga. Konsep kita, bina dulu. Ekonomi akan datang seiring dengan sentiasa berusaha dan merancang. Paling penting perlu seiring agama, ekonomi dan akhlak.

Adakah remaja dibolehkan berkawan sebelum ke arah ikatan perkahwinan?

Gambar Hiasan: Pinterest

Satu perkara remaja kita alami adalah perasaan yang ingin kenal dengan pasangan. Istilah ‘Cinta monyet’ menjadi isu hangat. Berkenalan dibolehkan. Cuma, kita perlu akur dengan landasan yang disyariatkan dalam Islam antaranya seperti kaedah menggunakan orang tengah bertujuan demi menjaga kesucian sesebuah perhubungan. Di samping itu lebih menjaga maruah diri.

Cara pemilihan jodoh dalam islam. Apakah antara kriterianya?

Macam mana nak memilih jodoh? Dalam bab jodoh ini perlu sangat diambil berat semenjak awal lagi.

Pertama sekali, didik hati kita agar bertakwa kepada Allah. Ya Allah pertemukan aku dengan si dia yang lebih bertaqwa daripadaku.

Kedua, istikarah. Mohon pada Allah. Moga Allah pertemukan kita dengan si dia yang mencintai Allah lebih dari segala-galanya.

Ketiga, bila sudah dapat, hormat. Jangan salah ertikan cinta islamik. Baitul muslim ini akan kita lalui seumur hidup dan sampai syurga. Vision kita, letak impian mahu bersama-sama masuk syurga sama-sama. Setiap orang terikat dengan apa yang kita kerjakan.

Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Normal sangat di awal usia perkahwinan,andai berlaku seperti yang tidak dirancang. Sebab kita dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana yang berbeza. Apa yang penting suami isteri perlu belajar komunikasi.

 Antara tips bila mahu berbincang dengan si suami adalah dalam keadaan waktu dia tenang seperti selepas solat. Jangan waktu si dia sedang lapar. Insya Allah, akan menenangkan kita.

Bagaimana cara untuk kita semarakkan rasa cinta antara suami isteri memandangkan zaman sekarang masing-masing sibuk mencari nafkah menyebabkan perkahwinan itu menjadi sikap hambar.

Hidup adalah tentang pilihan. Jodoh maut sudah ditentukan oleh Tuhan. Hidup ini akan bahagia jika bergantung sepenuhnya pada Allah. Kita akan dapat penuh kejutan daripada Allah SWT. Tidak payah ada perasaan sangkut andai tidak berjaya memiliki si dia. Hal ini kerana dia sudah ditetapkan bukan jodoh kita.

Jarang zaman kini kita jumpa si isteri yang fulltime housewives. Hal ini kerana akan ada business online, usrah sana sini, mesyuarat, work from home dan sebagainya.

Kita kena tanya apa yang kita hendak dalam hidup kita. Perbincangan dan awareness perlu ada sama ada rumahtangga kita on track atau tidak. Duit, harta, kemewahan adalah alat.

Walaupun masih on track, kita tetap akan diuji. Kita ambil sebagai inspirasi kisah baginda Rasulullah SAW. Banyak cerita romantis antaranya ketika baginda bersama dengan Sayidatina Aisyah r.a. Apa mesej nabi. Mesej nabi adalah pentingnya perancangan. Meskipun baginda sangat sibuk dengan taklifan.

Ada 3P yang perlu dititikberatkan.

Gambar Hiasan: Bercinta sampai syurga
  1. Penerimaan. Penerimaan baik seorang suami mahupun isteri. Saling menerima kekurangan.
  2. Persetujuan. Tidak ada orang suka kita buat perkara yang mereka tidak suka.
  3. Penghargaan.  Ucapkan terima kasih kepada pasangan masing-masing kerana sudi buat yang terbaik dalam menguruskan rumahtangga.

Wahai remaja, wahai anak-anak muda. Ingat sampai mati ayat-ayat ini.

Bukan soal siapa jodoh kita. Tetapi soal siapa kita bila jodoh kita tiba.

Amalan yang boleh mendekatkan diri kita bersama-sama masuk syurga Allah.

Syurga adalah impian semua orang kerana ia adalah perkampungan abadi kita. Kita perlu bersiap sedia dengan bekalan untuk bertemu Allah SWT.

Perkara yang kita perlu hadapi adalah saat kematian itu dahulu. Hidup adalah peluang untuk menggandakan ketaatan kita. Mengapa Allah masih beri kita nikmat hidup? Tidak lain dan tidak bukan adalah dosa kita masih banyak.

Setiap orang di sisi Allah, Allah tidak melihat semata-mata sebanyak mana kehebatan keluarga itu. Allah tidak lihat seramai mana bilangan anak yang diperoleh. Apa yang Allah lihat adalah sebanyak mana ketakwaan kita kepadaNya.

Tips untuk suami isteri jangan buat. Simple. Insya Allah berkesan.

  1. Jangan perli pasangan.
  2. Jangan hina pasangan.
  3. Jangan ungkit.
  4. Jangan bandingkan pasangan kita dengan orang lain.

Tips apa yang kita hendak isi dalam rumahtangga.

  1. Banyak taubat dan Istighfar kepada Allah. Hal ini demi melahirkan pasangan suami isteri yang banyak bertaubat kepada Allah. Bila kita buat, kita akan rasa kemanisan iman. Dalam surah Hud pada ayat 3 yang bermaksud “Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya. Jika kamu mengerjakan yang demikian, nescaya Allah akan memberi kenikmatan yang baik dan terus-menerus kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan. Dan Dia akan memberi kepada setiap orang yang mempunyai keutamaan balasannya. Dan jika kamu berpaling, sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa seksa hari kiamat.”
  2. Solat. Tiang yang paling utama sekali. Jika rasa tidak terurus, check balik solat kita. Fasa PKP, letakkan dan wujudkan keutamaan solat dalam keluarga. Jadikan rumah kita sekarang ini masjid. Ada baca al-Quran, majlis ilmu, solat berjemaah dan lain-lain.
  3. Hidupkan al-Quran dalam rumah kamu. Musim ini kalau tidak pandai, boleh belajar secara atas talian. Baca surah al-Mulk sebelum tidur.
  4. Saling memaafkan. Minta maaf walau kita rasa kita tidak buat salah. Tidak rugi pun jika kita mengalah untuk mendapat redha Allah.
  5. Doa. Ya Allah jadikanlah diriku ini menjadi penyejuk mata pasanganku. Ya Allah kuatkanlah aku untuk menjalankan amanahMu di atas muka bumi ini.

Doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Wahai Allah yang Maha Hidup. Wahai Allah yang Maha Berdiri dengan sendiri. Wahai Allah yang Maha Melihat kita. Wahai Allah yang tidak pernah tidur untuk melihat keresahan hidup kita. Dengan rahmatMu, Aku minta tolong sangat-sangat ya Allah. Ya Allah tolong baiki semua urusan hidupku. Jangan Ya Allah. Jangan Engkau serahkan semua urusan ini kepadaku walaupun sekelip mata.

Secara kesimpulannya,

Pernah tak kita terfikir kenapa bila sesorang bernikah kita katakan sebagai dirikan masjid.

Hal ini demikian kerana kalau dekat masjid ada bacaan al-Quran. Begitu juga di rumah. Kalau di masjid tempat orang dirikan solat berjemaah. Begitu juga di rumah.

Surah Tahrim ayat 6

Wahai orang yang beriman, tolong jaga diri kamu dan ahli keluargamu, anak dan isterimu daripada masuk ke dalam neraka.’

Tolong jaga diri dan ahli keluarga agar masuk ramai-ramai ke dalam syurga Allah. Masuk syurga Allah, tidak seronok masuk seorang diri.

Berjuanglah. Soal sudah bertemu jodoh atau belum itu adalah kerja Allah.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Artikel asal boleh ke link Jodoh.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *