TOKOH PEMBANGUNAN UMMAH LOKAL DAN GLOBAL – Made With PosterMyWall (2)

Kerajaan Kelantan telah menetapkan satu Dasar Wanita untuk melahirkan wanita yang solehah sesuai dengan dasar MBI. Islam menghargai sifat kehalusan dan ketajaman perasaan wanita yang menjadikan mereka layak memikul tanggungjawab yang sesuai. Dalam konteks negeri Kelantan, Dato’ Hajah Mumtaz Md Nawi selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan adalah tokoh wanita yang sinonim dengan usaha pembangunan ummah pada peringkat lokal dan global.

SUMBER GAMBAR: FB PAGE YB HJH MUMTAZ MD NAWI

Beliau memenangi kerusi DUN Demit dengan majoriti tertinggi di Kelantan pada PRU 13 (2013) dan PRU 14 (2018) telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan (AMKK)/ Exco pada tahun 2013 hingga 2018, dalam masa yang sama memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS negeri Kelantan.

SUMBER GAMBAR: FB PAGE YB HJH MUMTAZ MD NAWI

Mantan Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Malaysia ini teguh memegang prinsip setiap manusia adalah khalifah Allah dan pemimpin untuk diri sendiri.Wanita perlu dillibatkan dalam bidang kemahiran kepimpinan dan latihan.

“Kita boleh menjadi pemimpin walaupun tanpa pangkat, darjat atau jawatan. Polisi kerajaan Kelantan menggalakkan wanita terlibat aktif secara patuh syariah dalam kepimpinan”

Bagi mengaktifkan penyertaan wanita, pihaknya melalui Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga Wanita Negeri Kelantan (U-KekWa), melihat kepentingan penggubalan dasar undang-undang dan enakmen, serta melantik lebih 300 wanita sebagai ahli Majlis Perundangan Wanita pada peringkat parlimen. Pihaknya juga menyelaras Pembangunan Armalah dengan melantik Pengawai Penyelaras Pembangunan Armalah di setiap DUN bagi menguruskan isu ibu tunggal dan anak yatim, serta membantu pembangunan ekonomi dengan memperkenalkan e-pembelajararan (e-learning), pemasaran secara dalam talian, kelas jahitan express dan pemasaran bagi mengadakan Expo Antarabangsa dan Seminar Antarabangsa.

Melalui program Hari Sayyidatina Khadijah, Dato’ Hajah Mumtaz berjaya membawa delegasi pemimpin wanita dari sembilan negara hadir (dengan perbelanjaan sendiri) ke Kelantan pada tahun 2016 dan penyertaannya meningkat sehingga 18 negara pada tahun 2019.

Berdiri di mata dunia

Mewakili kerajaan Kelantan (2006-2012) sebagai Ahli Dewan Negara/ Senator selama dua penggal di Parlimen Malaysia, beliau diberi kepercayaan dan dilantik sebagai wakil Parlimen Malaysia lebih 10 kali keluar negara, antaranya Persidangan Ahli Parlimen Dunia atau Inter Parlimentary Union (IPU), Inter Parlimentary.

Assembly in Singapore (AIPA), Women Asean Intern Parliament in Hanoi, Vietnam (WAIPA), Asia Pacific Parliament Forum Tokyo, Japan (APPF), Intern-national Forum For Islamist Parlimentarian (IFIP) di Geneva, Bangkok, Patayya, Jepun, Hanoi, Jakarta dan diteruskan dengan pembentangan mewakili negara dan kesatuan ke Mesir, Jordan, Syria, United Nation di New York, Tukri dan Taiwan. Pada tahhn 2017, beliau juga dilantik sebagai pembentang di Commission on the New York, America (Mac 2017), Speaker of Jordan Iqraa TV (Mei 2017) dan peserta Women Economic Forum di New Delhi, India (Mei 2017).

Dato’ Hajah Mumtaz juga mewakili negara dan negeri dalam wawancara dengan saluran televisyen dunia iaitu:

1) British Broadcasting Company (BBC)

2) Australian Broadcasting (ABC) Radio (ABC)

3) Iqra’ Channel 16 siri (Jordan)

4) Asahi Shimbum Jepun

5) TV Pakistan, TV Sudan dan TV Vietnam

6) Voice of Africa, South Africa (VOA)

7) Soutun Nidaa- ke udara serentak di Radia Arab Saudi dan Radio Malaysia (RTM)

Bintangnya semakin menyinar apabila dipilih oleh Amerika Syarikat untuk mewakili Malaysia bagi program Exchange Leadership Programme di New California, selain melantik menjadi ahli Ahli Lembaga Pengarah (Trustee Board) untuk Kesatuan Wanita Islam se-Dunia sejak tahun 2016 hingga kini. Pada November 2018 hingga sekarang, Mumtaz menjadi ahli Kesatuan Ulama Dunia (KUIS) yang berpangkalan di Tukri.

Kesimpulan, Kelantan memiliki saf kepimpinan yang bukan calang-calang. Pemikiran dan gerak kerja empat tokoh pemimpin Kelantan yang dikupas di dalam penulisan ini terbukti melangkau sempadan geografi. Meskipun berlokaliti dari sebuah negeri kecil di Pantai Timur Semanjung Malaysia, kesejagatan idea mereka sesuai digunakan pakai oleh seluruh ummah dan bersifat malar segar.

Sumber : Majalah Qiadah Edisi 24

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *