TIPS URUS RUMAH TANGGA – Made With PosterMyWall

Musim pandemic Covid-19 ini, macam-macam ragam anak-anak dapat dilihat. Ramai kaum ibu dalam dilema terutama bagi yang bekerjaya sebagai frontliner.

Jika tanya pasti ramai yang mahu keadaan rumah yang sentiasa dalam keadaan yang terbaik dan menenangkan. Rumahku Syurgaku kerana matlamat utama sesebuah ikatan perkahwinan adalah bercinta sampai syurga.

Nak tahu caranya, ikuti perkongsian seorang doktor Pakar Perubatan Kecemasan HRPZ II, Kota Bharu, Kelantan iaitu Dr. Azirawati Binti Ismail

Mahu rumah sentiasa tampil kemas dan tenang tanpa bibik

Sumber Gambar: FB Dr. Azira Ismail

Semua pasti tahu betapa banyak sumbangan tenaga dan masa para frontliner semenjak sebelum Pandemic Covid-19 melanda tanah air kita lagi. Hampir setiap saat mereka diperlukan mengakibatkan masa bersama insan yang tersayang menjadi semakin berkurang.

Kadang-kadang keluar bekerja waktu awal pagi di saat anak-anak masih belum bangun tidur. Kemudian, pulang pula anak-anak sudah pun masuk tidur. Waktu makan pula, jarang sekali dapat makan semeja. Air tangan si ibu pula bila betul-betul free baru boleh rasa.

Bila difikirkan balik, si ibu manakah yang mahu situasi sebegini. Bahkan, jika diberi pilihan antara bonus dan masa bersama keluarga, sudah pasti masa bersama keluarga akan dipilih.

Petua memastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.

1 . Belajar minimalist barangan di rumah.

Gambar sekadar hiasan : Unsplash
Gambar sekadar hiasan : Unsplash
  • Belajar menyimpan HANYA barangan yang diperlukan SAHAJA termasuk perabot.
  • Tidak perlu sayang melepaskan barang-barang yang tidak digunakan.
  • Boleh disedekahkan atau dijual dengan harga yang sepatutnya.

Kajian mendapati, jika 6 bulan ke atas tidak digunakan menunjukkan barangan tersebut sudah tidak diperlukan. Boleh dihadiahkan kepada orang lain atau disedekahkan kepada sesiapa yang memerlukan.

2 . Wujudkan satu ruangan penyimpanan seperti stor.

Kebanyakan masyarakat kita akan ada satu ruang penyimpanan barang. Sebagai contoh tempat simpan periuk belanga, talam, pinggan mangkuk dan seumpamanya.

Dahulu, orang kita selalu mengadakan majlis rewang atau gotong-royong melibatkan jiran tetangga, anak-beranak dan rakan-rakan. Perkakasan yang digunakan boleh digunakan selagi mana tidak rosak. Tidak seperti sekarang.

Jadi, tujuan stor ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengurangkan kadar crowded dalam rumah.

3. Elakkan membuat kerja yang sama setiap hari.

Gambar sekadar hiasan : Google

Kita sering melakukan hal yang sama seperti menyusun dan mengemas barang-barang ‘SAMPAH’ lagi dan lagi.

Cubalah untuk buang ‘SAMPAH’ ini dan kita akan dapati tidak perlu lagi keperluan mengemas ‘SAMPAH’ ini lagi.

Sebagai contoh: Di atas meja banyak hiasan-hiasan yang tidak perlu dan berhabuk yang sudah tiada keperluan lagi. Kalau kita minimie kan hiasan dalaman, habuk akan berkurang.

Jadi kita tidak perlu melakukan pekerjaan yang sama lagi.

4 . Sediakan ruang khusus untuk ‘ANAK’ mengemas.

Gambar Hiasan : Unsplash
  • Bagi yang ada anak kecil, agar sukar untuk memastikan keadaan rumah sentiasa kemas bab istana. Agak mustahil juga sekiranya kita hendak melarang mereka untuk tidak ‘MENGEMAS’ sebab itu adalah ‘NATURE’ mereka sebagai budak dan cara untuk mereka menonjolkan kreativiti.
  • Boleh mengajar mereka kaedah mengemas setelah selesai bermain.

5. Ajar anak-anak mengemas bilik, tandas dan barangan peribadi mereka.

  • Anak-anak perlu dilatih dari kecil untuk menjaga barangan peribadi mereka sendiri termasuk bilik tidur dan bilik mandi.
  • Ajar secara berperingkat mengikut perkembangan usia anak.
  • Latih dari kecil perkara asas seperti kemas tempat tidur usai bangun tidur dan belajar lipat selimut.
  • Boleh rujuk ilmu parenting seperti OT Aisyah Rozali.
Gambar Hiasan: Unsplash

6. Jangan larang anak untuk menolong kita.

  • Anak-anak akan menyerap apa yang kita lakukan.
  • Jangan merajakan anak lelaki. Pastikan layanan dan tugasan diberikan secara adil. Sebagai contoh buat jadual bertugas.
  • Libatkan semua anak dalam kerja hal ehwal rumah dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara.

Kesimpulannya, rumah yang sentiasa kemas dan tidak terusik adalah ‘RUMAH CONTOH’. Hargai anak-anak yang aktif. Belajar melepaskan barangan yang sudah lebih dari 6 bulan tidak digunakan. Moga perkongsian ini dapat sama-sama mendapat kebaikan.

Artikel telah disunting oleh penulis wk.com

Artikel asal boleh ke link MAJALAH KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *