Suami, Jom Bahagiakan Isteri

Saya sangat kagum dengan para isteri di luar sana. Mereka ini insan luar biasa yang kuat fizikal dan mentalnya.

Bayangkan sebelum kerja sudah bangun awal pagi siapkan sarapan, pakaian suami & anak-anak. Kemudian terkejar-kejar jemur baju dan pergi kerja pula.

Balik kerja siram pokok, kemas-kemas rumah dan memasak lagi. Mereka sangat multitasking dalam sesuatu perkara.

Kepada para suami, pernahkah anda tengok isteri sambil memasak dia sempat lagi basuh baju, bancuhkan susu anak, lap dapur dan lain-lain?

Kita tengok mereka sangat cekap uruskan rumah tangga kan?

Tetapi suami jangan lupa, secekap mana pun isteri dalam urus rumah tangga, mereka tetap wanita yang perlukan kebahagiaan & kasih sayang. Apabila isteri bahagia, InshaaAllah rumah tangga pun bahagia.

Saya nak kongsikan 5 cara yang disarankan oleh pakar dan sains untuk suami membahagiakan isteri.

1️⃣ Isteri suka keluhan dan cerita mereka didengari oleh suami.

Gambar Hiasan : Pinterest

Apabila isteri meluahkan kegusaran atau menceritakan apa-apa, cuba pandang dan berikan sepenuh perhatian kepada cerita mereka. Percayalah! Itu cukup membuatkan mereka rasa sangat dihargai dan didengari. Kerana fitrah wanita suka meluah.J adilah pendengar yang setia buat isteri.

2️⃣ Beri perhatian kepada perkara kecil yang isteri suka.

Mengikut kajian, isteri sangat bahagia apabila pasangan memberi perhatian kepada perkara kecil tentang mereka. Contoh belikan kuih kegemaran mereka, mesej ucap ‘I Love You’ ke dan lain-lain.

3️⃣ Sentuhan fizikal. Carilah masa untuk usap kepala isteri, picit kepala mereka dan peluk mereka.

Gambar Hiasan : Google

Selepas seharian penat menguruskan rumah tangga, anak-anak dan urusan di tempat kerja, mereka akan berasa sangat lega, apabila suami picit kepala sambil dengar semua cerita-cerita isteri yang pelbagai itu dari A-Z. Biasalah perempuan jika bercerita bermacam-macam keluar. 😄

4️⃣ Reward isteri

Benda ini jarang sangat suami buat. Hendak reward isteri ini terdapat berbagai cara. Bawa pergi candle light dinner pun boleh. Jika tak mampu, belikan barang kesukaan isteri pun bagus. Atau pun belikan makanan kesukaan isteri dan lain-lain. Segala kepenatan mereka akan rasa hilang selepas dapat hadiah. Yang penting isteri mesti menghargai setiap pemberian suami.

Gambar Hiasan: FB

5️⃣ “Self care”

Jika nak tuangkan kasih sayang kepada isteri & anak-anak, kita dahulu mesti ada kasih sayang. Takkan hendak tuang dari cawan kosong kan? Galakkan pasangan untuk buat perkara yang sama. Apabila kedua-dua belah pihak sentiasa recharge kasih sayang perkahwinan akan lebih bahagia.

Jom kongsikan di komen bagaimana suami membuatkan anda rasa bahagia? 🥰

Sumber : FB Page Ustazah Asmak Husin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *