Sebagai ketua keluarga, seorang ayah itu perlu menjadi contoh yang terbaik buat anak-anak mereka kerana segala tindak-tanduk si bapa sentiasa menjadi contoh anak-anak.
Surah An-Nisa: Ayat 34
Maksudnya: Lelaki (Suami) itu pelindung bagi perempuan (Isteri).
Orang lelaki ataupun seorang ayah dianggap sebagai ketua di dalam rumah tangganya. Selain itu sebagai imam di dalamnya. Hebatnya seorang ayah ini, Allah SWT sebut di dalam surah Luqman.
Maksudnya: Dan sungguh, telah Kami berikan hikmah kepada Lukman, iaitu ‘Bersyukurlah kepada Allah!’ (Surah Luqman: Ayat 12).
Hikmah bermaksud bijaksana. Para sahabat bertanya pada Aisyah tentang bagaimana sifat Rasulullah ketika di rumah? Maka Aisyah menjawab, “Ketika di rumah, baginda membantu isterinya dan apabila mendengar laungan azan, baginda keluar ke masjid.
Action speak louder than word
Perbuatan kita (Ayah) memberi kesan yang lebih cepat berbanding apa yang kita cakap. Misalnya, kita suruh anak solat, tetapi kita duduk main telefon. Sebagai ketua keluarga, jadilah contoh yang terbaik buat anak-anak.
Ada satu ungkapan, si ayah dan anaknya sedang berjalan. Ayah tersebut berpesan, ‘Hati-hatilah anakku sewaktu berjalan.’
Si anak menjawab, ‘Wahai ayahku, hati-hati dengan langkahmu kerana aku akan mengikut langkah-langkahmu!’.
Apabila anak-anak memerhatikan tindak-tanduk si ayah, ayah perlu jadi pemimpin dan imam yang baik.
Ibrah pandamic Covid-19
Kajian mendapati ramai dalam kalangan bapa berubah dan ada yang istiqamah menjadi imam solat buat ahli keluarganya selepas wabak Covid-19.
Kepada seorang ayah yang mempunyai anak perempuan, bersifatlah dengan sifat-sifat bakal suami anak perempuanmu.
Maksudnya, jadilah seorang ayah yang baik sebagaimana kita mahu bakal suami si anak bertingkahlaku baik dengan anak perempuan kita.
Seorang ayah juga boleh menjadi rapat dengan anak perempuan apabila seorang ayah itu berusaha memahami minat anak tersebut. Si ayah pula perlu cuba memahami minat si anak lelaki.
Sebagai seorang ayah juga kita perlu mendidik anak-anak sesuai dengan zaman mereka. Prinsip dan jiwa yang sama. Tetapi, realitinya mungkin berbeza.
Sebagai contoh, kalau dahulu si ayah boleh sahaja merotan anak-anak yang pulang lewat ke rumah. Zaman sekarang, si ayah siap didakwa oleh anak akibat setelah dirotan. Gerun tapi itulah hakikat anak-anak generasi kita kini.
Jadi, prinsipnya yang paling utama, kita menangi hati anak-anak. Inilah yang menjadi cabaran buat kita sekarang. Macam mana kita hendak meluangkan masa dengan mereka dengan menjadikan kualiti time. Maksudnya Kuantiti yang berkualiti.
Sekejap sahaja masa berlalu kerana anak-anak akan makin membesar dan bakal meninggalkan kita dengan erti kata lain sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi serta berkahwin dan lain-lain lagi.
Tujuan menjadi contoh teladan yang baik buat anak perempuan kita adalah untuk memberi guidelines kepadanya agar tahu menjadi ayah yang baik (anak lelaki), dan tahu ciri-ciri sebagai sebagai suami yang baik itu bagaimana buat anak perempuan.
Amaran Rasulullah SAW kepada seorang ayah agar tidak menjadi seorang yang dayus.
Orang yang dayus tidak akan masuk ke syurga. Maksud dayus adalah membiarkan anak-anak serta isterinya melakukan maksiat. Contohnya, membiarkan anak perempuan dan isteri tidak menutup aurat, membiarkan anak perempuan dijemput oleh teman lelaki naik motor bersama dan sebagainya. Situasi di sini si ayah tahu, tetapi membenarkan ia berlaku di depan mata tanpa rasa bersalah dan takut Allah.
Semoga para ayah di luar sana tidak menjadi kategori ayah yang dayus serta dapat memberikan keamanan kepada kesejahteraan anak dan isteri di dunia dan akhirat.
Bagaimana ulamak-ulamak silam kita terdahulu ketika mahu keluar mencari rezeki. Si anak dan isteri menyatakan, ‘Kami sabar walaupun terpaksa makan-makan roti-roti yang kering. Namun, kami tidak mampu hendak sabar sekiranya ayah bawa balik ke rumah dengan makanan yang haram!’. Maha suci Allah.
Maksud pesanan ini menunjukkan tanggungjawab yang penting bagi setiap ayah demi memastikan setiap suapan ke mulut ahli keluarga adalah dari sumber yang halal dan berkat.
Kadang-kadang ada ayah yang rungsing dengan sikap si anak yang tidak mahu solat. Rupanya, si ayah itu membawa balik rezeki yang tidak berkat.
Ada juga si ayah yang mengaku tidak mengambil rasuah. Tetapi, boleh jadi si ayah ini tidak solat ketika bekerja. Terlalu sibuk sehingga mengabaikan hak-hak dan tanggungjawab sebagai seorang muslim yang baik. Duit itu halal, tetapi kita bimbang ia menjadi tidak barakah.
Hindari riba dan salah laku dalam kalangan ayah. Berilah contoh yang terbaik. Berilah agama kepada mereka. Perintahkan anak-anak solat dari umur 7 tahun. Rotan sekiranya mereka tidak mahu solat. Kemudian, asingkan tempat tidur, pastikan rezeki yang halal dan berkat serta janganlah menjadi seorang ayah yang dayus. Hal ini kerana, kita tidak mampu menjawab depan Allah SWT.
Moga-moga Allah SWT beri kekuatan kepada ayah-ayah sekalian demi memimpin dan membawa keluarga ke syurga. Bahagia di dunia dan bahagia di akhirat sana bersama-sama. Insya-Allah.
Artikel disediakan oleh penulis wk.com
Sumber: Fiqh TV Al-HIjrah