Kekuatan Setelah Disakiti

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisaa’ Ayat 33.

Maksudnya: Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (Suami isteri), maka lantiklah ‘orang tengah’ (Untuk mendamaikan mereka, iaitu) seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua ‘Orang tengah’ itu (Dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (Suami dan isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya. (Al-Nisaa’:33)

Gambar Pinterest

Tadabur Surah An-Nisaa’ ayat 33

  1. Ini adalah ayat berkaitan hukum perkahwinan ataupun Do’s and Don’t’s.
  2. Seluruh isi keluarga memainkan peranan dalam ayat ini. (Anak/Adik-beradik/Ayah dan Ibu/ dan lain-lain).
  3. Peringkat alam perkahwinan seperti Dharar(Belum teruk lagi), dan Shiqak(Sudah teruk).
  4. Kepentingan orang tengah untuk membincangkan dan cuba memperbaiki keadaan rumah tangga tersebut.
  5. Allah tutup ayat ini dengan Allah Maha Mengetahui, dan dalam pengetahuanNya situasi sebenar.
  6. Guna orang tengah menunjukkan adanya konsep menutup aib dalam rumah tangga. Tutup itu sesuatu yang lebih baik untuk menyelamatkan rumah tangga.
  7. Menunjukkan kepada siapa perlu dirujuk sekiranya menghadapi masalah.
Gambar Pinterest

Bagaimana peranan ibu dan ayah.

Ibu bapa adalah insan yang sangat dekat dengan anak-anak dan juga menantu. Jangan ada bias. Eloknya ibu bapa ini menjadi seorang yang pendamai. Tiada orang yang sempurna dan cuba cari sesuatu yang boleh memperbaiki hubungan mereka. Banyakkan berdoa kerana tidak ada hijab doa seorang ibu dan bapa.

Bagaimana pula bila kita sakit, kita sakitkan orang lain pula? Bagaimana untuk diubati segala kekecewaan ini?

Maksudnya kita menyakiti insan lain setelah disakiti. Asam garam kehidupan, semua orang memang tidak lari daripada disakiti. Ada masanya kita diberikan cubaan dan dugaan.

  1. Jangan kita sakiti orang lain. Jangan kita memulakan kemudaratan atau menyakiti orang lain.
  2. Jangan pula apabila disakiti, kitab alas pula dengan kesakitan.
  3. Marilah kita menjadi orang yang berjiwa besar dengan membalas dengan kebaikan.

3 bentuk pengkhianatan atau kecurangan dalam rumah tangga yang berlaku di sekeliling kita.

Gambar Google
  1. Dimulai dengan tahap terlampau cemburu.
  2. Syak wasangka atau overthinking.
  3. Pasangan benar-benar curang. Kecurangan adalah urusan Qadi dan Hakim untuk disiasat.

Sekiranya alami perkara seperti berikut, pertama sekali ambil masa dan bawa bertenang. Jangan biarkan kemarahan menguasai diri. Jadilah orang yang tenang. Hiduplah dengan syariat agar setiap yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik tanpa dipengaruhi oleh bisikan syaitan dan hawa nafsu.

We can forgive but we cannot forget.

Gambar Google

Memang rasa memaafkan adalah sedikit sukar. Seseorang itu kalau kita lihat telah melakukan dosa lalu dia beristighfar, Allah SWT akan mengampunkan dosanya yang telah lalu.

Orang yang baru mengucapkan kalimah syahadah walaupun dosanya yang tidak terhitung banyaknya, Allah mengampunkan dosanya umpama kain putih yang bersih.

Maksudnya, Allah itu Maha Pengampun. Selain itu, apbabila kita bersedia untuk memaafkan, jiwa kita sebenarnya akan lebih tenang. Umpama beban yang ditanggung terus diangkat darinya. Sesungguhnya perasaan yang teramat lega pasti diraih.

Tidak melupakan bermaksud untuk kita lebih bersiap siaga dan lebih kuat sekiranya hal yang sama dialami. Maknanya, kita sudah tahu apakah tindakan yang terbaik untuk dilakukan.

Pilihan di tangan kita sama ada memilih untuk bahagia atau sebaliknya. Sentiasalah melibatkan Allah dalam setiap urusan hidup kita.

Semoga artikel kali ini sedikit sebanyak mendekatkan kita dengan isu masyarakat. Jadilah pendamai. Jadilah orang yang sentiasa mahukan yang terbaik. Insya-Allah moga kita tergolong dalam kalangan orang yang diredhai oleh Allah SWT.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com.

Rujukan : TV Al-Hijrah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *