Jom kita cuba resipi sagu gula melaka sempoi. Musim-musim panas sekarang ni, lazat sekali jika dihidang sejuk. Resipi ini dikongsi oleh Puan Nazatul Fairuz di page buatoranglapo.com
Bahan-bahan:
- 250 gram biji sagu
- 4 cawan air
- Sirap atau pewarna (jika tidak ada, tidak mengapa)
- 80 gram gula melaka
- 4 sudu besar gula pasir
- 1/2 cawan air
- 1 helai daun pandan (simpulkan)
- 300 ml santan pekat campur sedikit garam dan kacau rata
*pilihan lain: boleh gunakan susu cair untuk menggantikan santan
Cara-cara:
- Rendam biji sagu terlebih dahulu di dalam air biasa selama lebih kurang sejam. Supaya biji sagu lebih cepat masak. Tak rendam pun takpe. Cume proses untuk masak tu lama sikit.
- Didihkan 4 cawan air. Kemudian masukkan biji sagu. Masak dengan api sederhana. Sentiasa kacau sagu supaya tak berkerak di bawah. Masak hingga biji sagu kembang dan jernih.
- Tapis dan bilas bawah air paip untuk membuang kanji sagu (supaya biji sagu kelihatan lebih cantik)
- Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran masing2. (Kalau masuk dalam bekas besar, boleh potong2 semasa hendak makan)
- Simpan dalam peti sejuk hingga sagu kental.
Cara untuk sediakan air gula:
- Masukkan gula melaka, gula pasir, air dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga gula larut dan pekat.
- Sejukkan air gula.
- Bila sagu dah sejuk dan kental, keluarkan dari acuan. Hidangkan bersama sedikit air gula dan santan @ susu cair.