Nasi Kerabu
Nasi kerabu merupakan satu jenis makanan yang mempunyai pelbagai variasi warna.Ia selalunya dihidangkan bersama ulam-ulaman yang segar beserta ikan atau ayam bakar
Nasi Dagang
Nasi dagang dibuat daripada beras pulut merah dan ia disajikan bersama lauk ikan tongkol berserta acar timun.
Nasi Berlauk
Nasi berlauk merupakan nasi putih yang disajikan bersama lauk pauk tradisional seperti gulai ikan dan ayam.
Nasi Tumpang
Merupakan nasi yang dicampur bersama makanan lain (ikan dan daging) dan dibungkus di dalam daun pisang berbentuk kon.
Laksam
Laksam dibuat daripada tepung beras yang dihidangkan bersama kuah lemak santan kelapa dan ulam-ulaman yang segar.
Sambal/Serunding Daging, ikan, ayam
Merupakan satu makanan kering dimana daging, ikan dan ayamnya dimasak bersama rempah ratus.
Budu
Budu merupakan satu sos yang dibuat daripada ikan bilis dan boleh disajikan bersama ikan dan sayuran.
Ayam Percik
Ayam bakar yang disediakan bersama sos santan kelapa yang istimewa (berwarna putih)
Jala Mas
Juga dikenali sebagai makanan diraja. Bahan-bahan utama adalah telur dan gula.
Lompat Tikam
Merupakan satu makanan yang terkenal yang selalunya disajikan dalam majlis-majlis tertentu.
Ketupat Sotong
Ia dibuat daripada beras pulut, sotong dan gula merah sebagai sos.
Lempok
Dibuat daripada durian dan gula tetapi proses membuatnya memakan masa yang agak lama sehingga ia melekit.
Tahi Itek
Bahan-bahan utamanya ialah telur, santan, dan gula.
Buah Tanjung
Rasanya manis seperti jala mas dan merupakan makanan warisan kerabat diraja kelantan.
Puteri Mandi
Diperbuat daripada beras pulut dan dihidangkan bersama kelapa manis (sambal).
Akok
Juga dikenali sebagai akok kelantan kerana mempunyai bau yang harum dan dibuat daripada telur dan gula merah.